Monday, March 30, 2009

14 tahun... Sebuah manifestasi... (part1)

Lagi-Lagi Tudung Siti

by gua.com.my | 18 Mar 2009

Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, “Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”

“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.

Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.

Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya “Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“

Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendang Siti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.

Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?

Buat masa ini, GUA ingin imbas kembali fesyen selendang yang digayakan penyanyi kesayangan Malaysia ini

Gaya tudung atau selendang tidak menutup leher ini masih membolehkan Datuk Siti mengenakan anting-anting untuk menambah seri penampilan.

Kulit wajah Siti menyerlah dengan selendang merah yang menampakkan sedikit rambut ala ahli politik Malaysia.



Sewaktu pelancaran album baru Siti. sebahagian rambut ditonjolkan dengan imej selendang moden yang melilit merentasi tubuh.

Berwajah cantik, mengenakan apa sekali pun kecantikan Siti tidak dapat dilindungi, cuma Siti kelihatan berusia dengan penggayaan yang begini.


Mungkin inilah imej yang dinanti-nanti peminat Datuk Siti Nurhaliza di pelusuk Malaysia. Keanggunan Siti tidak dapat disangkal lagi dengan tudung litup yang cukup sempurna.


Sunday, March 22, 2009

Dithyrambic Singers...

Aktiviti diteruskan lagi.... Menuju ke KLPAC to watch my vocal instructor choir performance....
The tix bleh tahan juga mahalnya.... RM30.. free seating.... We begin our journey around 2pm. Split in 2 cars team Aqmaal and team Peik Jin.

While waiting for Ms Aq... Aku syok sendri kat belakang... dahla Ms PJ tutup aircond... radio pun tak pasang... giler boring... huhuu... sib baik ada kamera pink..)

Bertolak dari UM hampir jam 2.30pm. (paham2 laa kalau dah janji dgn Ms Aq ni..) For only about 30mins nak sampai KLPAC?? Dream on... manalaa sempat... dan lantaran sesat barat, kami pun lewat... dan missed about 5songs.... hmmm.. Things happened...

It was remarkably brilliant musics!! Aku kagum dengan ciptaan Allah terhadap suara manusia... Vocal performance tu betul2 make full used or utilized humans' vocal. Dahsyat!! Superb!! Cayalah.... (orang Taurian ni memang lebih kearah dunia seni..hehe.)
The performance end...


This is my vocal instructor, Mr.Vincent..... Hmm.. speechless... hehehe.....


Here we are.... THE WHAAATT??? (tak tau la nk letak nama ape...idea please??)



The scenery at KLPAC is reaally breathtaking.... Best buat photoshoot kat sini... buat VC ke.. cover album ke... sure cantik... marvellouusss!!


Saturday, March 21, 2009

Cherish the LOVE for our PROPHET.. MUHAMMAD s.a.w...


Inilah tema dan gayaku ke IB...(baju jek pinjam... tudung dan kasut koleksi sendri.. tak jadi nk pakai sponsor punyer.. kurang selesa... hehe..) into the mood of Sirah Junjungan... Penampilan khas seperti ini yang barangkali hanya dua kali dalam setahun... selepas raya haji... hehe...

Perjalanan bermula selepas ASAR bertolak dari PJ ke IB... with mamas, am and azlan.... awal kan kami bertolak?? tapi guess what... smpi IB jam 7pm... Punyerlah sume jalan jem... Sampai jek terus ke cafe dah lapar sngt si mamas tu...hehe...
Lepas jek mahgrib... ke foyer luar... ramai sungguh penonton dimalam akhir ni... syukurlah... ke arah dakwah dan kebaikan... satu niat murni..
Sebelum show start... sempat makan lagi roti garlic naan dgn tandori chicken dan kuah dal.. GILER sedap!!! Thanks kak Idasm for the food... Best sgt rasa dpt makan apa yg ct makan... hehe...

Around 8.30pm... me and azlan went to our seats. P37 and P38 stall 1... Hmm.. tak berapa puas hati coz kat tepi... so terhalang dgn tiang sikit... tapi takperlaa kan?? Menonton... Memahami dan menghayati... setiap orang punya babak2 tertentu yang sangat terkesan.... Dan bagi aku... scene yang sgt terkesan ialah bila kedatangan Islam dan kalimah syahadah dibaca... All this while, tiap kali solat pun, kalimah syahadah dibaca. Tapi Hanya Allah je yang tahu perasaan ku waktu itu... sungguh sukar untuk diluahkan... Betapa kita punya JANJI yang amat besar terhadap-Nya....


Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki... sungguhpun aku bukanlah bijak pandai dalam bidang ni, but speaking from my own experiences... watching PUTRA TM dan PRamlee TM di IB, sound system untuk Sirah Junjungan bagai tidak konsisten... kadang-kadang jelas, kadang2 memang tak paham langsung line dialog yg dibutirkan... In fact, suara DCT pun tak clear. Susun atur dan gerak tari penari pun boleh diperkemaskan lagi... Tapi mungkin ini semua terjadi kerana faktor kos yang membatasi.... Walau apapun, Sirah Junjungan: Sebuah Tahajud Cinta, satu karya yang harus diangkat tinggi, bukan PGL ataupun PRamlee... kerana sematkan dihati bahawa Nabi MUHAMMAD s.a.w adalah satu ikon yang terpuji dan sejati....


Mcm mana dengan show DCT?? personally, aku tak dpt bayang kalau artis lain yang menyanyi tadi... bukan nak being too judgemental or bias... tapi memang jiwa aku akan lebih terkesan kalau suara CT yg mengalunkannya... she gives souls to the songs...


Lepas acara... of course tunggu untuk autograph session... beratur.. dan beratur..
aku: Hai.. kak Vee.. (Vanida Imran) ni kali kedua jumpe ni...
Kak Vee: Kali pertama bila?

aku: Masa teater musical PUTRA..
Kak Vee: Iskh.. dah lama tuu... (gmbar aku dgn kak Vee tak jadi..)

(jalan depan rebecca Nur islam... aku senyap... tak tau nk ckp a
pe..)

Sampai depan CT...

Aku: Hai kak Iti...
CT: Amboi...

Aku: Haa.. kak Iti dah hafal dah selawat fatih tu...?
CT: Dalam proses mencuba... Haa.. zaff dah hafal ke?
Aku: Hehe.. still refer buku lagi... hehe...
CT: Signing buku aku... "Zaff..Lots of Love.."

Aku: Bye kak zie.. eh? kak Iti... tersasul plak...
CT: (ketawa jek..) - dan gambar aku dengan CT tak jadi juga... iksh3.. tangan Mamas ni betulla...


Dah abis kat situ... sembang2 amik gmbr dengan geng2... tetiba akk PA panggil...
Aku: Hah.. ape dia...?
Akk PA: Ni baju pinjam ek?
Aku: (rasa cam nak masukkan muka dalam beg jek... huhu)-Senyum sipu2..
Akk PA: Orang pegi majlis agama... jangan pakai baju cantik2.. ni namanya menunjuk-nunjuk ni...
Aku: Alaa.. tak macam orang tu.. asyik baju tuu jekkk... (yess!! balas balik... hehe)


Tu sikit jek tu... malas nak taip dah... kalau dibiarkan lagi... mau tak habis-habis... saboo jerk laa... hehe..
Sempat snap dengan pengarah teater.. Puan Eirma Fatima... Hmm.. senyap je orangnyer...

Tamatkan acara menanti di kereta DCT... dan sudah menjadi kelemahanku... kalau ramai2 orang ni.. ku tak reti nak menyelit-nyelit untuk jumpa CT... Rasa segan ya amat nak buat macam tu.... Takperlaa ada rezeki, ruang dan peluang untukku dilain kali... Insya'Allah...
Bersama sebahagian rakan2 sitizoners...

saje selit gambar kontorversi..... Paparazzi manalaa yang amik ni?? iskh3... hehehe..

Ni laa Mama Haziq & Amsyar. "Ahli Mensyuarat Tingkap" Teacher Zaff... (atas arahan, sedikit pembetulan dari entry sebelumnye...hehehe...) Thanks kak for being our MAMA.... =)