While waiting for my tertiary education offers, basically after SPM (2003), I did a part-time job as a temporary Krista kindergarten teacher at Damai Budi, Alam Damai, Cheras. Lepas 2 minggu kerja kat situ, baru aku tahu yang berhadapan dengan tadika tu adalah rumah Siti. Dan orang pertama yang aku temui dan berkenalan adalah Kak Siti Norsaida bila dia aku menguruskan pendaftaran kemasukan sekaligus cikgu kepada anak kedua beliau ketika itu, Anas. Memang tak sangka kan?
Monday, June 01, 2009
Menyingkap sebuah kisah, menjadi sebuah sejarah
While waiting for my tertiary education offers, basically after SPM (2003), I did a part-time job as a temporary Krista kindergarten teacher at Damai Budi, Alam Damai, Cheras. Lepas 2 minggu kerja kat situ, baru aku tahu yang berhadapan dengan tadika tu adalah rumah Siti. Dan orang pertama yang aku temui dan berkenalan adalah Kak Siti Norsaida bila dia aku menguruskan pendaftaran kemasukan sekaligus cikgu kepada anak kedua beliau ketika itu, Anas. Memang tak sangka kan?
Thursday, May 28, 2009
Let's Cooking part 2....ahaks!
Ok… kita bertemu kembali dalam rancangan…. Hahaha… Ku dah kena syndrome (syok sendiri + bosan tahap gaban = aku) Ku nak berlagak lagi dengan resipi Ikan atau Ayam percik. (Khas buat rakan-rakan coursemate ku especially Miss Nuur Aqmaal…. Cuti-cuti ni bawak-bawakla memasak. Hehehe…) Senang jek rupenyer nak masak Percik ni. Ibuku bagi instruction via phone sebab seperti biasa dia akan balik lambat. (untuk 8 ekor ikan kembung atau seekor ayam bleh kot) Bahan-bahannya:
500gm santan pekat.
2 sudu besar cili kering blender (nak pedas banyak pun takpe)
1 sudu kecil belacan.
3 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih.
1 biji buah keras. (ada lagi bagus, takde pun takpe)
Halia sebesar ibu jari
2 batang serai
1 asam keping.
Cara-caranya:
a) Tumbuk hingga lumat belacan+bawang merah dan putih+halia+buah keras.
b) Masukkan santan, cili blender dan bahan yang ditumbuk dalam kuali, hidupkan api.
c) Didihkan jek… masukkan serai yang dah dipecahkan dan asam keping pastu garam gula.
d) Dah mendidih, masukkan ikan atau ayam dan biarkan separa masak. Tutup api.
e) Then, keluarkan ikan or ayam tadi, bakar lah sampai garing. Jangan lupa tuang kuah sedikit demi sedikit. Pergh… macam kat kedai.
Selamat mencuba. Hehehe…
Aktiviti : Memandang siling dan dinding
Iskh..iskh..iskh… lawa juga dinding bilik aku ni. Aktiviti ini biasanya ku lakukan dari jam 10 malam dan keatas. Ku meniliti… memerhati dinding dan siling… dan akhirnya berangan. Terawang-awang dengan khayalan dan pemikiran sama ada berfikir tentang diri sendiri dan masa depan yang belum pasti atau masalah negara dan dunia yang cuba aku selesaikan dengan cara ku sendiri. Hahaha… Salah satu isu yang aku rimas dan bengang bila jalan penyelesaian sering kali ditangguhkan ialah… The issue of teaching and learning mathematics and science in English.
Kalau ikut kepala otakku yang separa bijak ni, my suggestion is … it is up to the child and their parents whether they want to or not to use English. Every single child in this world has the right to receive a quality education so much so they have the right to choose and decide what is the best for themselves. It may sound tedious and ridiculous as there will be 2 streams which are in BM and English. Moreover, it is not fair for the students who chose BM as there will be limited opportunities for them in the job field. The answer for this is… we don’t have to indicate the language medium used in their exams slip, just the grade. Isn’t this fair enough for those who are not comfortable and feel demotivated with English like children in the rural areas? In fact the exam slip is just a ‘ticket to watch a movie’. How many of us do feel that our SPM result is relevant in the university? We used that ‘ticket’ to enroll, whether you will understand ‘the story’ or not it would be another the different issue. By the way, is our astronaut, Dr.SMS the product of English stream? Pergh… tetiba akademik dan ilmiah plak entry kali. Hehehe… Tapi itulah impian ku untuk 10 tahun dari sekarang. Kalau diizinkan Tuhan, ku tak mahu sekadar terperap disekolah dan mengajar tetapi terus belajar dan buat kajian on our Education system. Curriculum development centre would be my aim in 10 years time. (hehehe.. dah mula dah syok sendiri ku ni)
Dah nak habis bulan Mei... masuk June dan Julai aku nak buat ape ya?? Aku nak kerja... nak sangat2 buat kerja. Tapi please... taknak teaching... nak buat bidang lain.... bidang hiburan ke?? hahaha....=p
Monday, May 25, 2009
Aktiviti lagi...
Selesai acara di RSD, aku bungkus sambal hitam dan bubur ‘kepit hidung’ dengan banyaknyer. Hehehe… (CT telah menceritakan asal-usul bagi nama bubur tu) Habis mengemas dan menyusun kerusi, around 5.30pm it was time to drive back home. Fuh… it was terribly and heavily raining at Alam Damai. A task was assigned by my mom to drop by at my young days neighbourhood, Taman Minang. ‘Bagi envelope ni kat Acik Y… kalau dia takde kat rumah, bagi kat Acik N.’ The task was fulfilled and reached Kajang around 6.30pm. Then, received sms from my cousin, Adida that she was on her way now. Aduh.. tak sempat nak mandi lagi ni. 23 Mei… hari ni Birthday Ibu. 
Dida brought along cuppies which was made by her sister, kak Ngah. (ala.. yang buat cuppies untuk akk PA juga.) Only a very small celebration cause Ibu have to attend an occasion that was held at Ain’s school. Dek terlalu leka layan cousins ku dan lepas tu bergayut tepon layan merengss Apai, (Hepi Birthday ya Pakcik?) aku bleh terlupa favourite series ku Grey’s Anatomy. Laaa… dah missed 2 episodes dah ni. Dahla duduk kat rumah bleh terlepas plak tu… aduuhh… rindu kat Dr.Derek… hehehe….
Esoknyer.. 24 Mei, Ahad. Bangun pagi lagi. Kul 7 lebih dah gi belakang basuh baju pastu kemas dapur. Have to make sure all these were completely done sebab hari ni nak kuar lagi. An invitation to attend Nadia Dol Bahari’s wedding at Batu Caves.Around 10.30am aku bertolak dari rumah ke rumah Nurul Nadia Zakaria dulu. Banyakkan nama Nadia? Sebenarnya masa sekolah rendah ada 3 Nadia serangkai, Nadia Dol, Nurul Nadia dan Shahira Nadia. Dalam 3 Nadia ni, Nurul Nadia (in grey) yang belum berumah tangga lagi. Tu yang konvoi dengan dia tu. Hehehe… then, fetched plak Rose Nissa. (in orange, maintain kecik dia nih)
Not able to snap any picture with the bride. (tapi ada dalam kamera Abg cameraman..huhu) Tengah makan-makan… jumpa lagi 3 primary school mates ku.. Masliyana, Farah and Jenab. Lepas kenduri, lepak plak kat Burger King sebelah highway. Sembang… sembang… hehehe…
Malamnya pula serius celebration peringkat family buat mereka di bulan May. Paksa Angah pegi beli Marble Cheese cake. (walaupun ku tak jamah sikit pun kek tu sebab cheese, tapi takpe, Ibu suka.) Smile people….=)
Sunday, May 24, 2009
Sitizone Mini Gathering at RSD 23rd of May 2009
Penghargaan dan kredit buat PINO@Haffiez yang gambar kat atas pakai baju brown. (ape tak ikut tema dik oi...hehe...) Dia merupakan jurufoto yang amatlah berkaliber dan komited sekali... every single moments... every wonderful reactions semua pun dia capture.... Besst sangat!!!
Penghargaan juga buat Azwan yang sudi mengajak saya untuk turut serta dibarisan AJK...
Jutaan terima kasih buat Kak Zie@Akak PA yang menyediakan khemah dan PA system. (amboi... gelak tak ingat ni bila saya keluarkan speaker saya tu... ceh! =p)
Acara berjalan dengan lancar dan happening. Kuiz yang diatur memang bagus. Secara bertulis dan berbincang dalam kumpulan merupakan pendekatan yang betul untuk elak kekecohan. Tahniah group kak Jamm atau Lentera Timur yang memenangi acara tersebut.
Ada cerita menarik untuk segmen persembahan. Dimana mula-mula Azwan nak Kak Zie sendiri yang bacakan sajak ulangtahunnya. Tapi ku rasa lebih baik orang lain kan? Mula-mula approach Kak saida... Hmm.. Kak saida tak nak... dia kata suruh la Kak Siti... aduuh... takutnya nak cakap...
Reaksi-reaksi spontan yang berjaya dirakam oleh PINO melalui lensa kameranya ketika deklamasikan sajak.... Bestkan jurufoto ni?? Csayalah!! =)
(Idea yang sangat menarik boss!! saya suka...)
Akhir sekali... ku memang happy dan enjoy sangat pada petang tersebut. Walau penat ya amat... berdiri pun macam dah tak larat.... lepas kerusi disusun dan diangkat, tapi masih mampu untuk tersenyum puas. Moga murah rezeki lagi... kita dipertemukan dalam majlis seperti ini lagi... Insya'Allah... Amin...
Bisakah aku lalui
Bisakah aku hadapi
Bisakah aku tempuhi
Andai jalan didepan bukan seperti yang aku inginkan
Bila takdir dan ketentuan TUHAN bukan didalam kawalan
Bisakah aku tinggalkan akan sebuah daerah yang memberiku kebahagiaan
Bisakah aku lupakan akan sebuah daerah yang memberiku seribu satu pengalaman
Akan sebuah daerah yang juga mengajarku erti persahababatan
Bisakah aku untuk terus berharap, agar segala mimpi dan impi berjaya ku dakap
Aku tak mahu ia berakhir....sungguh-sungguh takut andai semua ini berakhir
Tidak mampuku gambar dan fikir andai ia benar-benar berlaku…
Aku takut dan aku tak mahu...
Biarlah... Benarkanlah... Berikanlah untukku peluang dan kesempatan untuk ku terus disini
Terus disini, hingga ke akhir nanti….