Saturday, March 04, 2006

INTRIG CINTA...HEHEHE


March 3, 2006 11.50 pm
Assalamualaikum pemula bicara….semoga semua dilimpahi sejahtera….

Catatan terus dilakar…. Minggu ini terasa sangat sukar lalu ku semai benih sabar. Hmmm…. Kisah bermula dengan cerita Kak CT. Walau puteri itu kalah di ABP…. Ku masih boleh menerima realiti keputusan tatkala rakyat menjadi juri. Mungkin bukan rezeki kak CT meraih gelaran lalu mempertahankan kemenangan. Ku tak amik pusing kata orang, walau media menyerang puteriku sayang bahawa zaman kejatuhan menjemput datang. Biarlah mereka bacul berkata, tanpa mengira ada hati yang terluka…..

Habis cerita ABP…. Komitmen maktab datang tanpa henti. Dimana penghujungnya pun ku tak pasti. Mahu atau tidak, walau ini bukan kehendak, ku buat jua kerna tak dapat dielak. Bukan sahaja risau akan pelajaran dan tugasan, bahkan juga dimana akan ku tinggal bila keluarga membuat keputusan memulakan perpindahan. Saban hari ku berdoa dengan harapan, agar ku dapat teman bersama menanggung kos kehidupan. Tapi, bagaimana, dimana dan mengapa tiada?? Persoalan yang bermain dibenak fikiran….=(

Belum jejak bulan 4, assignment bulan 5 dah dapat….adduss… ku dpat Sekolah Kampung Pandan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. (ROS) Alamak… jauhnyer!!! Naper laa tak dapat sekola yang dekat?? Takla aku dihambat penat. Hmm… tak kisah sangat faktor jauh atau dekat…tapi rakan sejawat yang ku dapat…. Ya rabbi, beristghfar panjang ku lihat senarai, pabila shamala dan harjinder turut tersenarai. Tutor plak Pn.Zaira yang ku tak berapa kenal….

Ku cuba untuk menerima semua ini dengan sepositif yang mungkin, dengan seceria dan segembira yang mungkin. Ini semua dugaan dan cabaran dalam melayari bahtera kehidupan. “Dalam perjalanan ada dugaan dan cabaran yang mematangkan kehidupan…..”

Wassalam,
Dari keyboard zaffirah Zaini…

Friday, February 24, 2006

biarlah rahsia...hehehe =]


Assalamualaikum….

Hmm… masih tak percaya lagi ku dah ada blog sendiri….hehehehe=] Rasa tak sabo menulis dan meluahkan segalanya disini. Apa yang menarik?? Basically for me, it was the same routine that I repeat again and again. Go to sleep at 12.30am and wake up at 5.30am everyday. Then, catch the bus and walk to Maktab. Quite bored right?? Huhuhu….=(
But suddenly, there was a very interesting news. About someone that gives a great impact on my life. Siti Nurhaliza and Datuk Khalid!!! It was a tremendous shock for Siti’s fan worldwide. Me?? Muahaha… I quite ready with the news… I had expected this and I knew about it. For me, kak siti juga manusia biasa, punya perasaan dicintai dan bercinta. Mungkin orang itulah jodoh yang terbaik buatnya yang diberi pada kak siti dari yang Maha Esa. She is perfect in her career, so maybe this is the slack… adelaa hikmahnya tuu…
Haa… esok ku akan ke maktab, bawak kereta…harap pak guard tu benarkanla kereta kancil ku itu masuk. Esok…ku juga ada lunch appointment ngan Sitizoners di RSD. Hajat di hati nak ketemu Kak Zyee kerna rindu padanya menggunung tinggi… ehehehe…=]


Dari keyboard zaffirah zaini

Wednesday, February 22, 2006

catatan pertama....

20 February 2006 11.40pm…..

Hmm… episod pertama perjalanan kehidupan dilakar. Tak pernah2 ku buat camni, tetiba hati terdetik nak menulis. Nak tau sebab apa?? Mungkin pengaruh idolaku kak zyee… yerlaa..seronok baca catatan org lain, diri teringin juga berbuat demikian. Bukan untuk meniru, sekadar menjadi ikutan. Hehehe… kak rozie abd razak, kakak ipar ct nurhaliza, best gak baca catatan dia…

Eh?? Watper citer pasal org lain plak ni?? Bukankah ini catatan Zaffirah Zaini?? Okeilaa.. hari ni hari Isnin… hari yg paling ku tak suka. Terasa panjang dan lambatnya masa. Memang dah menjadi rutin harian, pukul 5.30 pagi lena dikejutkan. Tadi start kuliah setelah cuti seminggu..pergh..ngantuknyer semacam maka kepala pun mulala nak meragam. Kepala berat mata pun berat. Tapi ku terpaksa bangkit dan tinggalkan katil walau semacam sukar ditinggalkan. Lepas siap berdandan… bas stop hala tujuan. Ade lesen kereta, tapi apa guna jika perkhidmatan awam ini juga yg memaksa. Mahu tak mahu ku naiki juga, atas satu arahan pengarah yg gila kuasa, kereta pelajar dilarang kemasukkannya.

Ku tunggu bas dgn kesabaran, tapi jelingan tertumpu didada akhbar,wajah kak siti tersiar. Pergh… bangga ku dibuatnya. Idolaku membuat amal kebajikan, setengah juta wang ringgit diberikan pada agensi dadah kebangsaan. Pagiku diserikan keceriaan. Namun keceriaan tak berpanjangan… tatkala hari berlalu pergi, banyak sungguh bebanan yg kugalasi. Inilah harga yang harus kubayar, tatkala melalui lebuhraya bergelar pelajar. Assignment diberi tinggi menggunung, beratnya rasa tak tertanggung. Tak cukup dgn itu, hari sukan pula datang menganggu. Adduss… tabahkanlah hatiku, ya tuhanku… berikanlah ku keberkatan dlm mengharungi bahtera kehidupan. Aku cemburu melihat rakan2 seperjuangan, berjuang atas nama hiburan, membantu menegakkan seorang insan yg menjdi igauan. Mereka dikurnia masa, wang ringgit dan peluang, menatap dan berjumpa puteri yang dijulang. Aku cemburu bukan kepalang….

Tatkala banyak yg tiba, ku cuba menjadi positif, ceria dan gembira. Tak mahu terlalu tertekan dan berdukacita, kelak kerja terbengkalai, hidupku rugi dan masa depan tergadai. Ku cuba sedaya upaya, mengecapi segala cita, agar menjadi kebanggaan diri dan keluarga. Oleh itu, sampai disini sahaja catatan kali ini. Harap tulisan ini tidak berakhir disini dan menjadi kenangan abadi untuk tatapan kemudian hari menjadi kenangan seribu erti. Ada kelapangan ku menulis lagi, dengan cerita dan kisah yang penuh warna-warni.




Dari keyboard Zaffirah Zaini.

11.00pm

welcome!!!!

hai!!!! welcome to my site....

hmm... don't know what to write. maybe i'll think about it later. wait for a moment...yeah??

feel free to be here....=]