Sunday, July 19, 2009

Tribulations + anguish = maximum depression!!

Phisically, I maybe seemed to be alright… but seriously I’m not!!! Please… I’m so tired… I had enough of all this. I am trying and learning to face the facts… but please don’t keep on mentioning about it. Don’t keep on questioning about it. Please…please… don’t talk about it anymore…. Why I entered this course at the very beginning even though I know this would happen? Is teaching the right profession for me? Why I chose teaching? Do I have of what it takes to be a teacher? Why SABAH? Why LAHAD DATU?............. Only one word answers all…. “Entaaahhlaaaa…..”

Melawan pula dengan perasaan….(kecil hati dengan sikap seseorang) dan keserabutan kepala otakku yang dah taktau nak lari kemana lagi dah. I’m not strong enough to face all this alone… Tapi syukur, didalam keserabutan dan keresahan yang Allah sahaja yang tahu… aku dapat buat mende lain yang dapat melupakan sekejap masalah2 tadi. Hmm.. Kak Saida nampaknye berminat nak tempah cupcakes dari Kak Ngah.. dan aku pun jadilah orang tengah. 4 set semuanya…. Barbie doll cake and fairy tales cuppies for Citah… football cuppies for Anas… and fairytales cuppies for Damia.

So, last Saturday, berpeluanglah merayau hingga ke Damansara to take all the cuppies including Kak Nurul punya order sekali. Fuh… the purple Hyundai Getz was fulled with cuppies!!! Hehehe… Before reaching Kak Saida’s house, drop by at Giant, meeting point untuk cuppies Kak Nurul. Thanks kak atas duit belanja tu? Hehehehe…. Then, heading to Kak Saida’s house plak. Alamak, ingat-ingat lupa plak jalan kesana… kene tahan dengan security guard plak tu. Iskh..iskh.. Tapi tugasan berjaya dilunaskan…. All the cuppies especially the Barbie doll cake were arrived safely. Thanks Kak Ida…(kak Ida pun bagi duit belanja juga…hehehe) Hope semua pun enjoy!Ibu Citah dengan kek Barbie Doll.... fuh.. mencabar tau nak bawak kek tu dari Damansara ke Cheras. Citah berkata didalam hati.... "Itu Citah punya tau Ibu..." hehehe...

Citah dah tak sabar nak terkam all the cute cuppies tu... hehehe... Comel jek Citah ni... Sorry Citah... teacher terpanggil Citah.. Damia pulak... hehehe... Confius...

Khalid dok perhati jek football cuppies Abang dia, Anas... hehehe... Tu lah Anas... dah 10 tahun dah dia. Dulu masa first time jumpa umur 3 tahun. Tapi terharu... ingat lagi kat teacher dia ni... hehehe...

Hmm.. dah kene start packing barang ni… rasa macam nak bawak printer skali. Hmmm… should or should not?? Dilemma…. Saper bleh tolong saya amik jubah konvo 4 August nanti?? Huhuhu… Ibu takleh cuti.. Ayah outstation time tu… Angah ada kelas… Aduhai….
Entah kenapa sekarang ni hati menjadi sangat rapuh dan amat mudah tersentuh…Especially, When listening to these two songs…. You Are Not Alone and Will You Be There For Me by MJ…and the tears drop again….

“In my darkest hour.. in my deepest despair…Will you still there? Will you be there? In my frust and my tribulations…. Through my doubts and frustrations… In my anguish and my pain…. In my joy and my sorrow…And the promise of another tomorrow…. I’ll never let you apart… for always you in my heart…”

Wednesday, July 15, 2009

Hari ini… Dah 4 tahun dah…


Hari ini, 15 Julai… dah genap 4 tahun.

17 dan 18 Julai… Happy Birthday Mashitah dan Anas!!! (hehe… dapat tahu hari lahir dorang ni semalam dari Ibu dorang) Hmm.. Anas dah nak masuk 10 tahun…. Aku dah tua!!! Huhu… yerla dulu masa first time jumpa Anas, umur dia 3 tahun…pakai pampers lagi tau pegi tadika. Hehe… jangan marah ya Ibu Anas?

19 Julai… Happy Birthday Damia!! Mana bleh tak tau tarikh birthday Damia bila kelahiran dia diumumkan kat HotFM lagi waktu tu. Hehehe… Moga besar nanti menjadi kebanggaan keluarga... Amin... Tapi birthday abang-abang Damia tak ingat sangat… Confius tarikh. Hahaha…

Happy birthday buat Mak Kak Nurul juga. Selamat mencari kedai Chincken Chop yang best tu ya? Hehehe…

Azlan!!! Sorry…sorry…. Happy belated birthday. Bila buka emel dan tengok alerts FS, baru teringat. Hehehe…. Happy Birthday Bah!!! (betulke cakap Sabah ni?)

The BIGGEST news EVER!!!!

Mimpi ngeri…. Kenyataan yang paling ditakuti akhirnya menjadi realiti. Last Monday evening around 2.30pm (13 July), dengan segala kekuatan mental, ku menelefon sendiri KPM. (Thanks a lot to Ecah for the sms and the number given.) Bagai hilang punca dan butir bicara setelah ku bacakan nombor IC…. Ku akan diletakkan di SABAH!!!! Ya Allah…dugaan apakah ini? Immediately, phone my parents. Dorang pun hanya mampu terdiam. Dan hari itu airmataku bagaikan sungguh murah. Setiap kali mendengar dan membaca kata-kata pujukan mahupun semangat, setiap kali itulah ku menangis lagi. Malam tu juga ku print surat rayuan. Semalaman pula tak dapat tido. Memang amat-amat tertekan sampai terasa macam nak pegi pharmacy beli anti-depression pills!! Dan malam tu kalau ikut kata hati, buat loan peribadi dan bayar balik rm60,000 tu.

Pagi esoknya bangun awal coz kene ikut ibu ke KWSP dan TH, uruskan banking matters. Dalam kul 11am ke Nestle, met my cousins, Dida. Dah janji nak amik cuppies yang aku tempah last week. Dari PJ, terus ke Cheras dimana ku akan hantar cuppies tu kepada K.J. Memang dah lama berniat nak hadiahkan K.J cuppies sempena hari jadinya. Hehehe… suka tengok reaksi K.J bila dia bukak kotak tu. Aku sengaja pilih tema sukan kesukaanya dan aku sendiri tak sangka hasil buatan Kak Ngah yang memang superb!!! Nampaknya K.S berminat sangat nak tempah cuppies tu untuk birthday 2 anaknya hujung minggu ni. Lepas dekat setengah jam disana, aku pun drive balik Kajang. Baru sedar, dah 1 hari suntuk ku tak makan ape2. Tapi memang aku tak rasa lapar langsung. Dah hilang selera agaknya…bila tengok nasi terus jadi loya. (takpe bleh kurus!hehe..) Aku call Lina nak bersembang dan tenangkan hati. Yup.. Lina, Mamas dan Azlan… nama2 yang ku selalu sebut kat sini turut dihantar ke Sabah.

Aku: Na… susahnya aku nak accept ni Na…

Na: Dah tu nak buat macam mana? Pikir gaji kiter banyak dari orang lain tu je. Lebih rm1000 tau dari guru semenanjung. Bayangkan…. Rm3000 lebih… dekat rm4000 tau.

Aku: alaa… duit banyak tapi emosi dan hati tak hepi apa guna?? (tapi sebenarnya ku dah tertarik dah dengan jumlah gaji tu….hehehe) Na… kalau kiter berdua tinggal sekali… satu sekolah… alangkah INDAHNYA SABAH tu kan???

Na: Satu skola tu tak mungkin je…. Tapi satu tempat tinggal pun takpe kan? Huhuhu….

Aku: Na… aku tak kuat nak tempuh semua ni sorang-sorang Na….

Na: Kiter tawakal jekla Zaff…. (lina cuba memujukku)

Aku: Entahla.. Na…

Itu jek yang mampu aku ungkap…. “Entahlaaa…” Keterujaan nak konvo pun dah hilang. Tak dapat amik jubah sendiri…. Dan tak dapat nak hadiri raptai juga. Rasa macam tak payah pegi konvo terus pun takpe kan?
Menghitung hari ke 3/8/09…… Beg besar belum beli lagi ni…Hmmm…

Friday, July 10, 2009

Happy Birthday Kok Jue!!!


Happy Birthday to you Miss Juliana bt Dato' Zainal.....
Selamat Hari Lahir Kok Jue!!!
Happy Besday Sutang!!! hehehehe..... =)

Moga dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan dan bahagia dunia dan akhirat.... Amin....

pssstt... Bila kok jue nak belanja 'nasi minyak' ni?? hehehe....=)


Prasasti Seni… Transkripsi… dan Hadiah Daripada Hati….

Saki baki cuti dihabiskan dengan apresiasi lagu-lagu Siti. Hehehe… dah dekat setahun ku menggunkan laptop Compaq ni setelah laptop Acer ku ‘meletop’…. Dan baru kini ku masukkan lagu2 Siti dari album2 terdahulu. Dah bosan asyik dengar lagu-lagu era masa kini… hehehe…

Prasasti Seni… Album pertama Siti yang ku beli versi CD. Mahal tau.. RM45.00 masa mula-mula keluar dan aku beli ni kat Mydin Kotaraya. Dah bertahun tak kesana sejak ‘braces’ dah ditanggalkan bila temujanji dengan pakar orthodontic di Cahaya Suria dah tamat. Prasasti Seni memang best… lebih-lebih lagi ada disertakan sekali 1 VCD bentuk love in which CT bercerita mengenai album. Best sesangat….. lebih menghargai album yang satu ni bila mendengar dengan teliti. Amat menyukai KM, S, IC dan PM.

Transkripsi dan Prasasti Seni punyer sedikit persamaan bila mana disertakan juga kata-kata bukan nyanyian semata. Jika Prasasti Seni lebih puitis dengan kata-kata, Transkripsi pula ada cerita dan tawa. Transkripsi sarat dan padat dengan emosi dan lontaran vocal yang hebat. Tapi mungkin ku dah selalu sangat dengar 3 track yang pertama 4S, BR, DC jadi bosan pula. Lebih menggemari dan larut dalam emosi CUM, BHM, RKS, IC dan B.

Hadiah Daripada Hati… album pop yang tekini. Ramai yang berkata, lagu-lagu dalam HDH adalah ‘lebihan’ dari Transkripsi. Mungkin ada benarnya juga bila kedua-dua album ini kedengaran serupa. Tapi itu tak bermakna ia tak berkualiti malah punya beza dari Transkripsi… lagu KM, MC, SL, dan S menyerlah dengan arrangement yang lebih segar dan tak jemu didengar.

Untuk rumusannya, walau ape pun genre lagu, walau siapa pun pencipta dan penulis liriknya, sekiranya pelontar vokal itu ialah DCT…. Aku pasti menggemarinya… hehehe…=)
p/s: Jika peminat anda CT yang tegar, sila selesaikan acronym nama-nama lagu diatas. Hahaha….

No more PPSMI....

As always being predicted, the news on the abolishment of PPSMI was not a shock. But the shocking thing was…Why suddenly there are reports on bad student’s achievements in math and science? All this while, whenever the UPSR, PMR and SPM results came out, everything was good and the students were performing very well with the new policy. But now? Were all the reports previously done just to deceive our people?

I do have a very firm believe that teaching Maths and Science in English was not the medium to enhance our quality of English. Maths and Science are content subjects, it is difficult to attract and gain the student’s interest to the subjects as the ‘language’ may scare and hinder them from liking these two critical subjects. So, to all teachers and trainee teachers (especially those who have already devoted and going to devote their 6 years of studies for PPSMI) do accept this with open hearts. (Apela aku nak buat dengan buku2 yang melambak tu… aduhai… rugi2…)

Besides that, English teachers have to double up their teaching time and prepare tons of lesson plans. (nanti sure sampai dah takde idea nak ajo topic ape) This will not inclusive extra-curricular activities. (Banyak keje siut!!) And the best thing is.. no more 5% allowance for teaching Maths and Science. (Economy tengah down… kerajaan kene jimat. Kene faham ya para guru semua??)

“Untuk mengatasi kelemahan pelajar2 dalam Bahasa Inggeris, kita akan menempatkan 14,000 bakal guru ni diluar bandar.”- MoE. Giler berderau mendengar kenyataan ni dan aku masih tak bersedia untuk menghadapi kemungkinan buruk ni. Hantarlah aku ke ceruk mana pun, even ke kampung orang asli sekalipun…. Tapi HANYA DI SELANGOR!!!!!!!!!!!!!!!!! Huuuuwwwaaaaaaaa…………………

Monday, July 06, 2009

Badminton… workshop & Black (Mentor)

4 Julai (sabtu) Weekend yang tak best. Takde acara ape-ape minggu ni. Huhuhuhu… nak join sangat-sangat event main badminton kat Alam Damai…. Tapi kereta yang bergear automatic tu plak dihantar servis. Kancil plak Angah dah bawak balik Uitm. Tak sukanyeerrr…. Huhuhu… Terpaksala batalkan hasrat tu coz I’m not and will not drive any manual cars. Phobia sangat bila enjin kereta mati kat traffic light gara-gara salah budget first gear. Kadang2 bleh terfikir… macam manalaaa aku bleh lulus lessen kereta ek?? Hahaha…..
Bencinyeerrr!! Malam ni takde Grey’s Anatomy???…. Hmm…layan jekla Cerekarama, drama Kontrak Cinta ni…. But not too bad..best gak, even though cara pengarah menamatkan cerita sedikit kelam kabut. Iskh3….

5 Julai (ahad) Naik beskal pegi beli newspaper. Paper KOSMO jek best coz ada lagi story on SATU. Melodi pun best….. coverage SATU ketika hari Sabtu minggu lalu… Hmm… Miss a lot the concert… Nak tonton lagi…. Huhuhu… Satu hari lepak2 aje dirumah…. Bila malam, satu family layan Mentor. Hahaha…. Inilah first time Ibuku beria-ria tengok rancangan hiburan siap sokong Black lagi. Hahaha…. Dah kene mandrem Black kot Ibuku ni….. Tapi okla tu… bukan selalu layan hiburan… Anaknya yang sorang ni jek yang kaki hiburan. Hahaha… Go Black!! Go Black!!..=)

Alaaa... received another invitation from Kak Jamm... this time, playing futsal at Shah Alam... Zaff kene balik kampung... huhuhu... Tak dapat join lagi....=(

Ulser dan sambal tumis bilis.

1 Julai. (rabu) Hmm… takde ape yang menarik hari ni. Yang menarik ialah membaca newspapers reviews on SATU. Kesemuanya bagi review yang amat memberansangkan, lebih-lebih lagi Utusan. Hehehe… Hari ni yang tak bestnyer plak, dapat ulser. Alaaa… nak makan manggis….nanti habis. Huhuhu…. Ku ni amat jarang kene ulser, bila sekali-sekala kene ulser ni lidah dok ‘main’ dengan ulser. Hahaha… buruk sungguh perangai.

2 Julai (Khamis) Fuh… hujan pagi. Besstnyeer… Sejuuk jer.. lebih-lebih lagi untuk sebuah villa diatas bukit yang dikelilingi alam semulajadi. Hehehe…. Tapi kene bangun pagi coz nak kene hantar Ibu gi ofis. Balik rumah balik, basuh baju. Haaa.. while waiting for the washing machine to do its job…. Ku bleh tetido dan tido tu plak best jek mimpi…. Mimpi main badminton dengan Kak CT dan Akk PA!! hahaha… Mungkin ku memang nak join sangat jemputan main badminton kat Alam Damai Sports Centre Sabtu ni.

Bila dah tersedar dekat Jam 12 tgh hari, kelam kabut gi sidai baju. Hehehe… hari ni semua pun berpuasa sunat Khamis dan Rejab, jadi takyah prepare lunch. Tapi entah kenapa lepas zohor jek, tetiba teringin yang amat sangat nak makan sambal tumis ikan bilis. Tak kisahla ulser ni, nak juga makan sambal tumis bilis. Dengan kepakaran, ku pun masakla sambal tumis bilis special ni. Special tau coz pakai gula melaka. Superb!!!

Dah dekat waktu berbuka, ku dan Angah ke Tesco pergi amik KFC. Ain, adik ke-3 ku tu menang esei wrtitng anjuran KFC, dan dapat coupon 1 bucket of KFC. Makanya, kami sekeluarga berbuka dengan nasi, sambal tumis dan KFC. Ape punyer combination of menu la tu….hahaha….

3 Julai (Jumaat) Kene ikut Ibu pegi opis lagi?? Ni sebab gara-gara nak kene jumpa tailor, tempah kebaya plak. Dah settle, balik rumah dan bereskan kerja-kerja rumah. Aduh… tensionnyer…nak masak aper malam ni??? Dah kekeringan idea dah….. Ulser plak ni makin pedih… lagilaaa tension….iskh3…

Yieehaaa… setiap hari Jumaat adalah hari yang dinantikan. Cerita NurKasih TV3 jam 9.00pm memang amat-amat ditunggu oleh seisi keluarga. Memang best giler drama ni. Untuk minggu ni, Kak Nurul tak dapat tengok… ada kenduri dirumah mertuanya, maka kenelah jadi menantu contoh. Tak gitu kak Nurul?? Hehehe….. untuk episode kali ni, kesian si Nur tu, digantung tak bertali, memendam pedih dihati, membawa haluan sendiri, sambung belajar di university dan terpaksa bohong keluarga sendiri. Adam yang hampeh lagi keras hati masih tetap dengan keputusan untuk ke Australia dan kembali dengan cara hidup lamanya.

Secara peribadi, untuk peminat dan pembaca setia novel melayu, jalan ceritanyer macam klise… Have I read this somewhere?? Hmm.. tapi itulah, still nak tengok dan taknak miss cerita ni. Boleh menang drama bersiri terbaik tahun 2009 dengan senimatografi yang amat cantik.

Tuesday, June 30, 2009

SATU dan zaffirazaini: Behind The Scenes. (hahaha….)

Gempakss jek tajuk tu. Hehehe… Seperti biasa, takkan lengkap rasanya kalau tak menulis tentang apa yang telah ku lalui sebelum, semasa dan selepas konsert SATU. Ahad lepas 28june, Pakcik makcik dan atuk nenek ku dari Johor datang rumah sebab nak menghantar sepupuku Hidayah masuk UKM. Maka awal-awal pagi dah kedapur tolong buat itu ini. Basuh baju, sidai baju, masak dan mengemas. Busy giler, nak kuar beli paper pun tak sempat. Jam 2 ptg barulah lega sikit bila semua dah selesai. Sempatla kemas barang2 untuk malam ni. Hehehe… kemas baju sikit sebab akan bermalam dirumah kak Fifa di Alam Damai. Lepas asar, drive ke Istana Budaya. Jam 6 lebih dah tiba di IB.

Tengok pameran baju-baju CT. Eeeii… saperlaa yang design patung-patung tu? Patutnya tak payah ada rambut2 palsu tu, cabut jek kepala. Terus baju-baju tu nampak kureng sebab di overshadow oleh rambut2 palsu tu. Iskh3….ku tak amik gambar sebab takut dengan patung2 tu. Hahaha…. Lepas tu ku beli barang2 SNC. Tak banyak yang ku borong hanya 2 car stickers (kak Ehan kirim satu) buku program dan notebook. “Terima kasih ya?”A.B…
Tak lama lepas tu Mamas tiba…. Dan lama-lama lepas tu barulah En.Fairuz Selamat sampai. Berjumpa dengan kenalan baru SZ juga. Hehehe… ku terperasan jadi popular jap. Sempat juga hi-hi dengan Akak PA yang busy teramat tu. Yang best, ramai kata ku dah kurus sikit. Hahahaha…. Kelakar jek. Ku NAMPAK kurus sebab baju tu laa… Illusi optik. Tapi Ok gak dengan pujian ni, ku makin bermotivasi nak teruskan misi ni.

Lepas maghrib, lepak dan sembang2 di lobi IB sampaila pintu masuk dibuka. Ku dengan ‘kerja gila’ walau apapun ku nak juga pegang banner. Hahaha… Mamas dengan Fairuz kene dera dengan ku. Tapi korang patut say thanks to me tau…banyak kali tau CT ‘acknowledge’ kita. Hehehe… dah sengih sorang2 dah ni. Semasa konsert ku tak nafikan, ku memang hyperactive.Tak kira la tetamu VVIP tu, Tun Mahathir ke, Krisdayanti ke, Rossa ke.. yang penting ku hepi. Yerla, bayar mahal2 takkan duduk menyandar jek?? Enjoykan diri la wei… Iskh3…

Lepas konsert, cepat2 keluar nak beratur untuk signing autograph. Hasrat ku terbantut bila melihat ramainyer orang!!! Hmm.. takperla, sign CT jek. Ku dah ada 3 dah sign CT, bagi ruang kat peminat yang lain datang jauh2 yang tak pernah jumpa CT pun. Sungguhpun itu malam pertama dan terakhir ku datang, tak mengapa, insya’Allah ada rezeki lain kali ketemu lagi. (Tengok… zaffirazaini sangat bertimbang rasa tau orangnya. Hahaha….)

Sedang ku berdiri di tepi pintu masuk belah kanan sambil mengumpat dengan Mamas, ku rasa ada tangan tarik bajuku. Alahai… Put’a rupanya. Sengih2 nak salam dengan ku. Ku memang terpinga-pinga. Cari sekeliling kot2 ada Ibu or Papanya. Eh? Takde…. Terus ku tanya put’a.

Aku: Eh? Put’a dengan saper ni?
Put’a: Sorang je.
Aku: Ibu mana? Papa mana?

Put’a: Ibu kerja… tadi dengan Papa pastu tiba-tiba sampai sini.

Aku: Aik? Macam ma
na bleh tiba-tiba datang kat akak ni? (No aunty ok? Akak tau.. Hehehe…)
Put’a: Entah… sebab macam selalu nampak dan kenal akak.

Alalala...comeynyer dia....Ni put'a masa baby..... Sekarang dah darjah 3 dah....

Aduhai…. Aku memang takleh kalau budak-budak bersopan jek ni. Terus diselinap rasa terharu plak. Yerla, macam mana seorang kanak-kanak yang bukan selalu ku jumpa bleh ingat padaku ni? Lepas tu sembang-sembang sikit dengan Put’a yang sememangnya ramah dan keletah dan asyik tersenyum. Dia mewarisi PR skills dari ibunya ni. Hehehe…. Tak lama lepas tu Ibu dia datang dengan walkie-talkie. Huhuhu… takutlaa tengok muka Ibu dia tengah busy….
Pada malam tersebut entah kenapa, ku bagai malas nak kuarkan camera. Tak banyak gambar yang ku amik. Bila balik rumah rasa menyesal plak tak amik gambar dengan Put’a yang kiut lagi hensem tu. (Puji ikhlas ni….)

Tak dapat sign CT, dapat sign Fairuz Selamat pun ok. Siap dapat CD lagi. Thanks!!! Suke laa lagu BENCI….hehehe…
Masih menaruh harapan nak bertemu CT face to face, walaupun jam dah 1 pagi, tunggu CT dikeretanya. Dekat 1 jam baru CT dan DK tiba dikereta. Sekali lagi boleh tahan ramai juga yang serbu, dan sekali lagi, ku yang memang tak reti berasak-asak, dapat salam CT dihujung jari pun jadilah.
Selesai acara di IB, sempat singgah makan di NN bersama Kak Fifa, Kak Nurul, Kak Aizee dan Mamas di Alam Damai. Ni gara-gara promosi dari ‘blog sebelah’ la ni tentang tomyam yang best. Iskh3… sekali dah habis plak menu tu. Lepas jek makan, semua pun beransur pulang. Dah lewat sangat2 dah ni nak stay lama-lama.

Ku pun pulanglah ke apartmen kak Fifa. Terima kasih ya tumpangkan zaff? Melangkah jek masuk, ku terpegun dan terkesima dengan Wall of Fame kak Fifa dengan CT. Ku pun ada pasang angan-angan nak buat macam tu juga, tapi apakan daya, tak terlaksana dan takkan terlaksana.
Hmm.. bila dah masuk jam 3 pagi lebih ni, ku memang dah susah nak lelap dah. Lepas isya’ terus segar. Kak Fifa pasangkan Ek Eleh Afdlin yang dia record. Merasa juga akhirnya ku nak tengok rancangan ni. Best… kelakar tengok CT jadi polis. Segmen kuiz berat sebelah pun best!! Hmm… ku tengok and gelak sorang-sorang sambil ditemani Yumi kucing kak Fifa. Yerla.. kak Fifa kene keje esok…
Inilah Yumi...best main dengan bulu dia... macam karpet. hehehe....

Habis tengok citer tu, akhirnya ku tidur juga. Tu pun tak baper nak lena, kat rumah orang ku ni payah nak lelap. Lepas subuh try sambung tido. Dan akhirnya, ku bangun dan mandi jek. Sambil tnggu kak Fifa bangun, ku layan astro lagi…ulangan AF5 dan CT jadi juri. Hmm.. layan CT lagi dengan Yumi. Hehehehe…… (Kak Fifa..halalkan semuanya ya?)

Tiba di Kajang dekat jam 11 pagi, singgah ofis Ibu amik kunci rumah. Aduhai, satu cawangan AgroBank Kajang tahu ku pergi tengok konsert SATU. Dah siap kemas dapur, basuh kain, makan KFC, dalam kul 1pm ku collapse. Qada’ tidur untuk 2 jam….. hehehe… Jadi mengong ku dibuatnya. Kak Nurul amacam?? Hehehe…..

Dah pun masuk bulan Julai… tinggal beberapa minggu lagi. Entah ku masih di daerah ini atau…..??? Hmm… belum bersedia untuk menerima hakikat, pastinya emosi akan tergugat andai impian bukan seperti dihajat.

SATU yang TERHEBAT!!




Teks disediakan oleh Zaffirah Zaini

Dipentaskan di pentas bertaraf dunia, (tapi tempat duduk jer entah ape2) Istana Budaya, ikon lagenda muzik tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza telah merealisasikan impiannya yang SATU iaitu sebuah konsert istimewa dan eksklusif untuk peminat-peminatnya yang setia untuk 14 tahun lamanya. Meminjam kata-kata Pat Ibrahim yang bertindak selaku Pengarah Konsert tersebut, persembahan lebih
2 jam itu bertunjangkan SATU jiwa, SATU rasa dan SATU inspirasi dimana pelbagai elemen muzik, grafik, visual dan tarian telah diSATUkan untuk memberi sebuah dimensi baru dalam persembahan Dato’ Siti Nurhaliza. Selain Pat, konsep persembahan ini juga turut diilhamkan oleh Dato’ Siti sendiri dan kakak iparnya yang juga selaku Pengurus Peribadinya, Rozi.

Kejayaan kesuluruhan konsert ini turut didokong pasukan Siti Nurhaliza Productions selaku krew penerbitan selaras dengan salah satu misi syarikat tersebut iaitu menerbitkan karya-karya
seni yang terbaik. Namun begitu, dalam menyusuri cerita dan emosi, persembahan bermula sedikit perlahan. Tampil dengan tema putih dan bermula dengan HATI bagai menarik penonton untuk membuka sedikit ruang di hati sendiri dan mengundang rasa untuk dikongsi. Setelah itu, Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Senidah Biasa serta Purnama Merindu dialunkan. Untuk segmen kedua, penyanyi jelita itu tampil dengan busana hijau dalam segmen tradisional. Gabungan lagu-lagu dari Cindai, Balqis dan Nirmala sehinggalah yang terkini iaitu Bulan yang Mesra dan Cinta Ini mempedengarkan gemersik kelunakan vocal penyanyi hebat itu.

Mungkin ada baiknya perjalanan diawal sedikit perlahan kerana penonton ‘dikejutkan’ dengan props yang mega dan aksi ala-ala Broadway Dato’Siti. Dengan busana cantik gabungan hitam dan putih, Dato’ Siti sememangya mempunyai stamina yang tinggi untuk segmen Pop Rock ini. Pengguanan teknologi pentas yang canggih dan penguasaan pentas yang maksimum amat mengagumkan. Keberanian Dato’Siti tika meniti tangga-tangga yang tinggi untuk Siti, Situ, Sana, Sini membuat penonton tidak berkelip. Mengekalkan props yang serupa, Destinasi Cinta terus membuat penonton bersorak dengan kelincahanSiti menari ala-ala tentera. Sungguh mengagumkan!!!

Bagai tiada penat dan terus bersemangat, Siti terus mengalunkan Kurniaan Dalam Samaran didalam busana Jepun yang tampak sangat indah. Elemen dramatik yang diilhamkan oleh penghibur muda itu sendiri mampu memukau setiap penonton dimana penggunaan kain yang panjang melatari persembahan. Memang hebat!

Tibalah di segmen yang terakhir dimana Siti tampil dengan busana peach. Bagai menghargai sokongan dan ‘cinta’ peminat setianya, dua lagu terakhir yang bergema ialah DiTaman Teman dan Cahaya Cinta.

Dari padangan peribadi, konsert ini secara kesuluruhannya memang hebat dan belum ada mana-mana artis mahupun produksi tempatan yang mampu menghasilkan acara sehebat ini. Bagai menerbitkan sebuah perasaan yang membuak-buak untuk menonton konsert ini sekali lagi. Saya ingin menonton segmen pertama dan kedua sekali lagi kerana ingin mencari rasional dan kaitan lagu-lagu tersebut. Dan saya juga ingin menonton sekali lagi segmen lagu-lagu pop seperti Siti Situ Sana Sini dan Destinasi Cinta kerana saya masih belum PUAS menontonnya! SNP harus keluarkan DVD konsert ini secepat mungkin.

Corat-coret :

  1. Tetamu VVIP, Tun Dr. Mahathir dan isteri turut hadir dan menerima tepukan yang gemuruh dari semua penonton yang hadir.
  2. Selain rakan artis dari seberang, Kris dayanti dan Rossa, beberapa artis tempatan turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Dato’ Siti. Mereka ialah Ning Baizura dan suami, Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Jamal Abdillah.
  3. Dato’ Siti terlalu menghargai peminat-peminatnya yang tidak jemu melambai kepadanya dengan selalu membalas lambaian mereka. (siap balas flying kiss lagi…. Hahaha… saper ek?)
  4. Tidak seperti di Konsert Royal Albert Hall, penonton bagai teragak-agak untuk berdiri. Mungkin kerana ‘takut’ orang IB agaknya.