Saturday, August 01, 2009

Terima Kasih Yang Teramat Sangat.....


Terima kasih Kak Dora @ LG kerana sudi menganjurkan majlis yang amat bermakna

Terima kasih Kak Zie kerana sudi turut serta dan mengeluarkan kos pula

Terima kasih Kak Nurul untuk satu perkongsian rasa

Terima kasih Kak Fa, Kak Jamm, Kak Sha, Kak Anje, Kak Aizee, Kak Zetty, Kak Lia dan Kak Ehan kerana sudi meluangkan masa….

Terima kasih akan terus diucapkan kerana cipta indahnya kenangan

Terima kasih kerana sudi menerima dan membenarkan saya menjadi sebahagian kalian

Walau perkenalan menjangkau 6 tahun, 4 tahun malah ada yang seminggu, tetapi keakraban bagai untuk tahun yang ke-seribu. Sesungguhnya diri ini amat-amat terharu….

Disini, ku ingin memohon maaf andai mungkin ku tak seceria biasa dan semuanya bagai hilang rasa. Terlalu banyak perkara yang berlaku pada satu-satu masa, terlalu banyak mainan emosi dan rasa. Bila datang rasa gembira… diselubungi pula rasa bersalah dan duka. Minta maaf sangat-sangat, harap-harap tak merosakkan mood majlis.

Terima kasih juga buat Kak Saida yang kebetulan berada disitu. (cara akak peluk sayadan bisikan kata-kata buat saya sebak……)

Dan terima kasih juga buat kak CT untuk tanda ingatan. Selama 14tahun, tak pernah saya bayangkan dan gambarkan menerimanya. Sesungguhnya… sayalah yang paling bertuah didunia!!




Suka gambar ni... macam cantik.....Thanks kak Jamm jadi jurucamera
Aik?? tu handphone saper yang amik gambar tu ya??? hehehe...

Muka-muka kelaparan menunggu makanan.... sabo..sabo...hee


Kenangan...kenangan... Tapi tadi ada amik bnyk gambar. tapi dalam kamera ku ada sikit aje... huhu

Camera zaff blurr laa... huhuhu kak aizee not in the pic

Terima kasih Kak CT.....

Tin of chocs dari Kak Dora, minyak gamat dari kak Anje dan fishy comey dari Kak Sha.

Pen dari Kak Fa dan buku bekalan duniawi dan ukhrawi... dari Kak Jamm...
Apron?? hehehe... Naik bot bleh pakai.... baju tak basah. hehehe...


Ku akan bawak kad-kad dan F4 lukisan tangan ni ke Lahad Datu... pengubat rindu....


Sape bleh baca tulisan ni via gambar ni memang terrer. hehehe.... Sumber inspirasi 1


Sumber inspirasi 2.... Terima kasih.....

Thursday, July 30, 2009

Guest the weight???


Ok... 1 large red travelling bag plus 1 yellow balik kampung beg. (saya orang SELANGOR yang akan menjajah SABAH!!!!!!)
1 bag pack plus Laptop bag.

Please help to measure or estimate the weight of my luggage.
a) more than 20kg
b) less than 2okg

And one more thing... for every extra 1kg... How much will MAS charge? Hmmm....

Ku dah bawak Iron... sabun2... sebab walau ape pun baju mesti tak berkedut dan wangi....
Tapi Mamas mengingatkan ku akan Water heater....
"Tu penting tu air bersih. Sesak2 bleh tadah air hujan... bleh minum." - kata Mamas.

hati ku terdetik... ada benarnya juga.... abistu nak sumbat mana lagi wei.... bantal??

Monday, July 27, 2009

104th entry : Counting Days.... huhuhu....


The letter was finally arrived on last Saturday. Hmm… got to take immediate actions. And Alhamdulillah, I manage to settle up all the documents needed especially the Dokumen Perjalanan Terhad this morning. I also did ask my father to fax the confirmation letter. What left now is to seriously pack my things. (confirm exceed 20kg!!)

Errmm… still haven’t decided on the convo flight ticket. Like it or not, we have to book it from here cause definitely there will be no internet connection there. ( I hate decision making!! MAS?? AirAsia?? Firefly?? From Tawau to KLIA or KK to KLIA?? Berserabutnyer….)

And this will be the schedule for 4 days from now.

Sunday (2/8/09) 2pm-4pm = check in Empress Hotel, Sepang and will be having 1 night talk. (bla…bla..bla..)

Monday (3/8/09) 8am - 9am = Fly to Kota Kinabalu. (stay another night there and this time, we got to know the name of the school and the exact location….. )

Tuesday (4/8/09) 4.05pm = Fly from KK to Lahad Datu and takes about 50mins. (in a small and scary plane!!!!)

Doakanlah keselamatan ku dan dipermudahkan segala urusan. Amin….

Doa selamat & Berbulu Tangkis….

What a busy weekend… there were 2 events that needed me to be physically fit and strong. Hehehe… Mana tidaknye, hari Sabtu lepas, Ibu nak buat kenduri doa selamat sikit sempena ku nak ke Sabah tapi acara kecil ini hanya untuk kaum keluarga terdekat sahaja. Even though acara kecik, jemputan macam tak banyak mana… tapi preparations as if macam kenduri bertunang. Hahaha… Konsep kenduri a little bit weird. Semua jemputan diwajibkan makan selepas asar hinggalah ke sebelum maghrib. Then, assolatu jamaah, tahlil & yassin, isya’ dan solat hajat untuk UPSR Ain…. Menu kenduri pun pelik.. ala-ala barat. Chicken barbeque, spaghetti, Chinese fried rice and fried meehon. Dah selesai acara, mengemas tu yang penat giler. Team badminton berlatih kat court, ku berlatih ke hulu hilir dari dapur ke ruang tamu bawak pinggan mangkuk. Stamina tinggi tu. Hehehe….
Bakar ayam!! Bakar ayam!!Pak Su tengah cheograph Anak2nya dan anak2 buah ku duduk diam amik gambar. Baju dorang ditaja Ibuku. hehehe....

The next day, Ahad seawal jam 6 pagi ku dah bangun. Kene kemas dapur yang macam tongkang pecah dan tolong prepare breakfast untuk Pak Su yang bermalam dirumah. Dah siap semua, jam 7.50am ku pun drive ke Ampang Sports Planet. Thanks kak Anje bagi direction… hehehe… ku pernah sampai Ampang point sekali je dalam seumur hidup… itu pun 2 tahun lepas, temankan Akk PA shopping. Hehehehe….

Tiba dikaunter pendaftaran on the dot 8.45am. pergh… ku nervous tak ingat nak lawan badminton ni. Dah la first match plak tu. Huhuhu… and as expected… TEWAS ditangan anak didik coach Demont@kak Zetty. (lupa la plak nama budak tu..) Eh.. tapi ku takdela kene belasah teruk dengan budak yang sememangnya terer tu… Dia sampai final tuu… tapi akhirnyer dia tewas di tangan Kak Ejay. Hahaha… dendamku berbalas!!!
Sebab dah kalah awal2….dan tak nak rasa rugi jek bayo tapi main skali jek… ku, kak jamm dan kak Aizee bantai jek main tanpa henti kat mana2 court kosong. Hambik…. Satu badan rasa sakit… hahaha….Okla tue!!!
Yang tertewas....hehehehe.... Kak Ju... ambik!! gedegang.... berlaga raket... iskh3... asyik miscomm jek.....Tengokla kepoyoan kak Zetty tu... raket dibuat jadi gitar. hahaha....Wah... datang melawat kawasan....hehehe... thanks kak Ida!! Bergaya laa cikgu Zaff ni nanti dengan tudung tu.....


Penyerahan banner secara rasmi kepada Tini... Ku sedih ke? hehehe... takdelaa... ok aje..

Malam tu juga malam yang best…. Akhirnya, terlepas juga rindu bila dah lama tak berbual panjang…. Hehehe… Moga cepat sembuh... Minum air banyak2.....

Thursday, July 23, 2009

102nd entry : Terlupa… Melupakan…. Dan Dilupakan

Terlupa bukan sesuatu yang disengaja
Melupakan adalah sesuatu yang perlu dicuba
Dan Dilupakan pula sesuatu yang pedih untuk diterima.

Bila terlupa, sehabis baik akan cubauntuk memaafkan

Tapi bila dilupakan, adalah lebih baik untuk belajar melupakan

Agar tidak wujud dendam dan sakit hati

Yang akhirnya hanya memakan diri sendiri…

Namun, melupakan bukanlah mudah

Meninggalkan kenangan-kenangan indah amatlah payah

Sekali lagi… biarlah hanya aku yang beralah……


Ku akui ku sangat-sangat menginginkanmu

Tapi kini ku sedar ku diantara kalian

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Ku akui ku sangat-sangat mengharapkanmu

Tapi kini ku sedar ku tak akan bisa

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Lupakan aku kembali padanya

Aku bukan siapa-siapa untukmu


Ku cintaimu tak beerti bahawa

Ku harus memilikimu selamanya


(D’massiv – Di AnTara kALiaN)


Sekali lagi entry beremosi yang ku sendiri tak mahu ia terus-terusan disini. Tapi inilah rasa hati yang gagal untuk disembunyi. Walau ku tahu dan malu akan banyaknya mata yang membaca dan juga hati yang meneka, tapi ku masih cuba untuk tidak bentangkan semua kerana mahu simpankan sedikit untuk sebuah rahsia.