Saturday, March 04, 2006

INTRIG CINTA...HEHEHE


March 3, 2006 11.50 pm
Assalamualaikum pemula bicara….semoga semua dilimpahi sejahtera….

Catatan terus dilakar…. Minggu ini terasa sangat sukar lalu ku semai benih sabar. Hmmm…. Kisah bermula dengan cerita Kak CT. Walau puteri itu kalah di ABP…. Ku masih boleh menerima realiti keputusan tatkala rakyat menjadi juri. Mungkin bukan rezeki kak CT meraih gelaran lalu mempertahankan kemenangan. Ku tak amik pusing kata orang, walau media menyerang puteriku sayang bahawa zaman kejatuhan menjemput datang. Biarlah mereka bacul berkata, tanpa mengira ada hati yang terluka…..

Habis cerita ABP…. Komitmen maktab datang tanpa henti. Dimana penghujungnya pun ku tak pasti. Mahu atau tidak, walau ini bukan kehendak, ku buat jua kerna tak dapat dielak. Bukan sahaja risau akan pelajaran dan tugasan, bahkan juga dimana akan ku tinggal bila keluarga membuat keputusan memulakan perpindahan. Saban hari ku berdoa dengan harapan, agar ku dapat teman bersama menanggung kos kehidupan. Tapi, bagaimana, dimana dan mengapa tiada?? Persoalan yang bermain dibenak fikiran….=(

Belum jejak bulan 4, assignment bulan 5 dah dapat….adduss… ku dpat Sekolah Kampung Pandan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. (ROS) Alamak… jauhnyer!!! Naper laa tak dapat sekola yang dekat?? Takla aku dihambat penat. Hmm… tak kisah sangat faktor jauh atau dekat…tapi rakan sejawat yang ku dapat…. Ya rabbi, beristghfar panjang ku lihat senarai, pabila shamala dan harjinder turut tersenarai. Tutor plak Pn.Zaira yang ku tak berapa kenal….

Ku cuba untuk menerima semua ini dengan sepositif yang mungkin, dengan seceria dan segembira yang mungkin. Ini semua dugaan dan cabaran dalam melayari bahtera kehidupan. “Dalam perjalanan ada dugaan dan cabaran yang mematangkan kehidupan…..”

Wassalam,
Dari keyboard zaffirah Zaini…