Thursday, May 28, 2009

Let's Cooking part 2....ahaks!

Ok… kita bertemu kembali dalam rancangan…. Hahaha… Ku dah kena syndrome (syok sendiri + bosan tahap gaban = aku) Ku nak berlagak lagi dengan resipi Ikan atau Ayam percik. (Khas buat rakan-rakan coursemate ku especially Miss Nuur Aqmaal…. Cuti-cuti ni bawak-bawakla memasak. Hehehe…) Senang jek rupenyer nak masak Percik ni. Ibuku bagi instruction via phone sebab seperti biasa dia akan balik lambat. (untuk 8 ekor ikan kembung atau seekor ayam bleh kot) Bahan-bahannya:

500gm santan pekat.

2 sudu besar cili kering blender (nak pedas banyak pun takpe)

1 sudu kecil belacan.

3 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih.

1 biji buah keras. (ada lagi bagus, takde pun takpe)

Halia sebesar ibu jari

2 batang serai

1 asam keping.

Cara-caranya:

a) Tumbuk hingga lumat belacan+bawang merah dan putih+halia+buah keras.

b) Masukkan santan, cili blender dan bahan yang ditumbuk dalam kuali, hidupkan api.

c) Didihkan jek… masukkan serai yang dah dipecahkan dan asam keping pastu garam gula.

d) Dah mendidih, masukkan ikan atau ayam dan biarkan separa masak. Tutup api.

e) Then, keluarkan ikan or ayam tadi, bakar lah sampai garing. Jangan lupa tuang kuah sedikit demi sedikit. Pergh… macam kat kedai.

Selamat mencuba. Hehehe…

Aktiviti : Memandang siling dan dinding


Iskh..iskh..iskh… lawa juga dinding bilik aku ni. Aktiviti ini biasanya ku lakukan dari jam 10 malam dan keatas. Ku meniliti… memerhati dinding dan siling… dan akhirnya berangan. Terawang-awang dengan khayalan dan pemikiran sama ada berfikir tentang diri sendiri dan masa depan yang belum pasti atau masalah negara dan dunia yang cuba aku selesaikan dengan cara ku sendiri. Hahaha… Salah satu isu yang aku rimas dan bengang bila jalan penyelesaian sering kali ditangguhkan ialah… The issue of teaching and learning mathematics and science in English.Kalau ikut kepala otakku yang separa bijak ni, my suggestion is … it is up to the child and their parents whether they want to or not to use English. Every single child in this world has the right to receive a quality education so much so they have the right to choose and decide what is the best for themselves. It may sound tedious and ridiculous as there will be 2 streams which are in BM and English. Moreover, it is not fair for the students who chose BM as there will be limited opportunities for them in the job field. The answer for this is… we don’t have to indicate the language medium used in their exams slip, just the grade. Isn’t this fair enough for those who are not comfortable and feel demotivated with English like children in the rural areas? In fact the exam slip is just a ‘ticket to watch a movie’. How many of us do feel that our SPM result is relevant in the university? We used that ‘ticket’ to enroll, whether you will understand ‘the story’ or not it would be another the different issue. By the way, is our astronaut, Dr.SMS the product of English stream?

Pergh… tetiba akademik dan ilmiah plak entry kali. Hehehe… Tapi itulah impian ku untuk 10 tahun dari sekarang. Kalau diizinkan Tuhan, ku tak mahu sekadar terperap disekolah dan mengajar tetapi terus belajar dan buat kajian on our Education system. Curriculum development centre would be my aim in 10 years time. (hehehe.. dah mula dah syok sendiri ku ni)

Dah nak habis bulan Mei... masuk June dan Julai aku nak buat ape ya?? Aku nak kerja... nak sangat2 buat kerja. Tapi please... taknak teaching... nak buat bidang lain.... bidang hiburan ke?? hahaha....=p