Tuesday, June 30, 2009

SATU dan zaffirazaini: Behind The Scenes. (hahaha….)

Gempakss jek tajuk tu. Hehehe… Seperti biasa, takkan lengkap rasanya kalau tak menulis tentang apa yang telah ku lalui sebelum, semasa dan selepas konsert SATU. Ahad lepas 28june, Pakcik makcik dan atuk nenek ku dari Johor datang rumah sebab nak menghantar sepupuku Hidayah masuk UKM. Maka awal-awal pagi dah kedapur tolong buat itu ini. Basuh baju, sidai baju, masak dan mengemas. Busy giler, nak kuar beli paper pun tak sempat. Jam 2 ptg barulah lega sikit bila semua dah selesai. Sempatla kemas barang2 untuk malam ni. Hehehe… kemas baju sikit sebab akan bermalam dirumah kak Fifa di Alam Damai. Lepas asar, drive ke Istana Budaya. Jam 6 lebih dah tiba di IB.

Tengok pameran baju-baju CT. Eeeii… saperlaa yang design patung-patung tu? Patutnya tak payah ada rambut2 palsu tu, cabut jek kepala. Terus baju-baju tu nampak kureng sebab di overshadow oleh rambut2 palsu tu. Iskh3….ku tak amik gambar sebab takut dengan patung2 tu. Hahaha…. Lepas tu ku beli barang2 SNC. Tak banyak yang ku borong hanya 2 car stickers (kak Ehan kirim satu) buku program dan notebook. “Terima kasih ya?”A.B…
Tak lama lepas tu Mamas tiba…. Dan lama-lama lepas tu barulah En.Fairuz Selamat sampai. Berjumpa dengan kenalan baru SZ juga. Hehehe… ku terperasan jadi popular jap. Sempat juga hi-hi dengan Akak PA yang busy teramat tu. Yang best, ramai kata ku dah kurus sikit. Hahahaha…. Kelakar jek. Ku NAMPAK kurus sebab baju tu laa… Illusi optik. Tapi Ok gak dengan pujian ni, ku makin bermotivasi nak teruskan misi ni.

Lepas maghrib, lepak dan sembang2 di lobi IB sampaila pintu masuk dibuka. Ku dengan ‘kerja gila’ walau apapun ku nak juga pegang banner. Hahaha… Mamas dengan Fairuz kene dera dengan ku. Tapi korang patut say thanks to me tau…banyak kali tau CT ‘acknowledge’ kita. Hehehe… dah sengih sorang2 dah ni. Semasa konsert ku tak nafikan, ku memang hyperactive.Tak kira la tetamu VVIP tu, Tun Mahathir ke, Krisdayanti ke, Rossa ke.. yang penting ku hepi. Yerla, bayar mahal2 takkan duduk menyandar jek?? Enjoykan diri la wei… Iskh3…

Lepas konsert, cepat2 keluar nak beratur untuk signing autograph. Hasrat ku terbantut bila melihat ramainyer orang!!! Hmm.. takperla, sign CT jek. Ku dah ada 3 dah sign CT, bagi ruang kat peminat yang lain datang jauh2 yang tak pernah jumpa CT pun. Sungguhpun itu malam pertama dan terakhir ku datang, tak mengapa, insya’Allah ada rezeki lain kali ketemu lagi. (Tengok… zaffirazaini sangat bertimbang rasa tau orangnya. Hahaha….)

Sedang ku berdiri di tepi pintu masuk belah kanan sambil mengumpat dengan Mamas, ku rasa ada tangan tarik bajuku. Alahai… Put’a rupanya. Sengih2 nak salam dengan ku. Ku memang terpinga-pinga. Cari sekeliling kot2 ada Ibu or Papanya. Eh? Takde…. Terus ku tanya put’a.

Aku: Eh? Put’a dengan saper ni?
Put’a: Sorang je.
Aku: Ibu mana? Papa mana?

Put’a: Ibu kerja… tadi dengan Papa pastu tiba-tiba sampai sini.

Aku: Aik? Macam ma
na bleh tiba-tiba datang kat akak ni? (No aunty ok? Akak tau.. Hehehe…)
Put’a: Entah… sebab macam selalu nampak dan kenal akak.

Alalala...comeynyer dia....Ni put'a masa baby..... Sekarang dah darjah 3 dah....

Aduhai…. Aku memang takleh kalau budak-budak bersopan jek ni. Terus diselinap rasa terharu plak. Yerla, macam mana seorang kanak-kanak yang bukan selalu ku jumpa bleh ingat padaku ni? Lepas tu sembang-sembang sikit dengan Put’a yang sememangnya ramah dan keletah dan asyik tersenyum. Dia mewarisi PR skills dari ibunya ni. Hehehe…. Tak lama lepas tu Ibu dia datang dengan walkie-talkie. Huhuhu… takutlaa tengok muka Ibu dia tengah busy….
Pada malam tersebut entah kenapa, ku bagai malas nak kuarkan camera. Tak banyak gambar yang ku amik. Bila balik rumah rasa menyesal plak tak amik gambar dengan Put’a yang kiut lagi hensem tu. (Puji ikhlas ni….)

Tak dapat sign CT, dapat sign Fairuz Selamat pun ok. Siap dapat CD lagi. Thanks!!! Suke laa lagu BENCI….hehehe…
Masih menaruh harapan nak bertemu CT face to face, walaupun jam dah 1 pagi, tunggu CT dikeretanya. Dekat 1 jam baru CT dan DK tiba dikereta. Sekali lagi boleh tahan ramai juga yang serbu, dan sekali lagi, ku yang memang tak reti berasak-asak, dapat salam CT dihujung jari pun jadilah.
Selesai acara di IB, sempat singgah makan di NN bersama Kak Fifa, Kak Nurul, Kak Aizee dan Mamas di Alam Damai. Ni gara-gara promosi dari ‘blog sebelah’ la ni tentang tomyam yang best. Iskh3… sekali dah habis plak menu tu. Lepas jek makan, semua pun beransur pulang. Dah lewat sangat2 dah ni nak stay lama-lama.

Ku pun pulanglah ke apartmen kak Fifa. Terima kasih ya tumpangkan zaff? Melangkah jek masuk, ku terpegun dan terkesima dengan Wall of Fame kak Fifa dengan CT. Ku pun ada pasang angan-angan nak buat macam tu juga, tapi apakan daya, tak terlaksana dan takkan terlaksana.
Hmm.. bila dah masuk jam 3 pagi lebih ni, ku memang dah susah nak lelap dah. Lepas isya’ terus segar. Kak Fifa pasangkan Ek Eleh Afdlin yang dia record. Merasa juga akhirnya ku nak tengok rancangan ni. Best… kelakar tengok CT jadi polis. Segmen kuiz berat sebelah pun best!! Hmm… ku tengok and gelak sorang-sorang sambil ditemani Yumi kucing kak Fifa. Yerla.. kak Fifa kene keje esok…
Inilah Yumi...best main dengan bulu dia... macam karpet. hehehe....

Habis tengok citer tu, akhirnya ku tidur juga. Tu pun tak baper nak lena, kat rumah orang ku ni payah nak lelap. Lepas subuh try sambung tido. Dan akhirnya, ku bangun dan mandi jek. Sambil tnggu kak Fifa bangun, ku layan astro lagi…ulangan AF5 dan CT jadi juri. Hmm.. layan CT lagi dengan Yumi. Hehehehe…… (Kak Fifa..halalkan semuanya ya?)

Tiba di Kajang dekat jam 11 pagi, singgah ofis Ibu amik kunci rumah. Aduhai, satu cawangan AgroBank Kajang tahu ku pergi tengok konsert SATU. Dah siap kemas dapur, basuh kain, makan KFC, dalam kul 1pm ku collapse. Qada’ tidur untuk 2 jam….. hehehe… Jadi mengong ku dibuatnya. Kak Nurul amacam?? Hehehe…..

Dah pun masuk bulan Julai… tinggal beberapa minggu lagi. Entah ku masih di daerah ini atau…..??? Hmm… belum bersedia untuk menerima hakikat, pastinya emosi akan tergugat andai impian bukan seperti dihajat.

SATU yang TERHEBAT!!




Teks disediakan oleh Zaffirah Zaini

Dipentaskan di pentas bertaraf dunia, (tapi tempat duduk jer entah ape2) Istana Budaya, ikon lagenda muzik tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza telah merealisasikan impiannya yang SATU iaitu sebuah konsert istimewa dan eksklusif untuk peminat-peminatnya yang setia untuk 14 tahun lamanya. Meminjam kata-kata Pat Ibrahim yang bertindak selaku Pengarah Konsert tersebut, persembahan lebih
2 jam itu bertunjangkan SATU jiwa, SATU rasa dan SATU inspirasi dimana pelbagai elemen muzik, grafik, visual dan tarian telah diSATUkan untuk memberi sebuah dimensi baru dalam persembahan Dato’ Siti Nurhaliza. Selain Pat, konsep persembahan ini juga turut diilhamkan oleh Dato’ Siti sendiri dan kakak iparnya yang juga selaku Pengurus Peribadinya, Rozi.

Kejayaan kesuluruhan konsert ini turut didokong pasukan Siti Nurhaliza Productions selaku krew penerbitan selaras dengan salah satu misi syarikat tersebut iaitu menerbitkan karya-karya
seni yang terbaik. Namun begitu, dalam menyusuri cerita dan emosi, persembahan bermula sedikit perlahan. Tampil dengan tema putih dan bermula dengan HATI bagai menarik penonton untuk membuka sedikit ruang di hati sendiri dan mengundang rasa untuk dikongsi. Setelah itu, Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Senidah Biasa serta Purnama Merindu dialunkan. Untuk segmen kedua, penyanyi jelita itu tampil dengan busana hijau dalam segmen tradisional. Gabungan lagu-lagu dari Cindai, Balqis dan Nirmala sehinggalah yang terkini iaitu Bulan yang Mesra dan Cinta Ini mempedengarkan gemersik kelunakan vocal penyanyi hebat itu.

Mungkin ada baiknya perjalanan diawal sedikit perlahan kerana penonton ‘dikejutkan’ dengan props yang mega dan aksi ala-ala Broadway Dato’Siti. Dengan busana cantik gabungan hitam dan putih, Dato’ Siti sememangya mempunyai stamina yang tinggi untuk segmen Pop Rock ini. Pengguanan teknologi pentas yang canggih dan penguasaan pentas yang maksimum amat mengagumkan. Keberanian Dato’Siti tika meniti tangga-tangga yang tinggi untuk Siti, Situ, Sana, Sini membuat penonton tidak berkelip. Mengekalkan props yang serupa, Destinasi Cinta terus membuat penonton bersorak dengan kelincahanSiti menari ala-ala tentera. Sungguh mengagumkan!!!

Bagai tiada penat dan terus bersemangat, Siti terus mengalunkan Kurniaan Dalam Samaran didalam busana Jepun yang tampak sangat indah. Elemen dramatik yang diilhamkan oleh penghibur muda itu sendiri mampu memukau setiap penonton dimana penggunaan kain yang panjang melatari persembahan. Memang hebat!

Tibalah di segmen yang terakhir dimana Siti tampil dengan busana peach. Bagai menghargai sokongan dan ‘cinta’ peminat setianya, dua lagu terakhir yang bergema ialah DiTaman Teman dan Cahaya Cinta.

Dari padangan peribadi, konsert ini secara kesuluruhannya memang hebat dan belum ada mana-mana artis mahupun produksi tempatan yang mampu menghasilkan acara sehebat ini. Bagai menerbitkan sebuah perasaan yang membuak-buak untuk menonton konsert ini sekali lagi. Saya ingin menonton segmen pertama dan kedua sekali lagi kerana ingin mencari rasional dan kaitan lagu-lagu tersebut. Dan saya juga ingin menonton sekali lagi segmen lagu-lagu pop seperti Siti Situ Sana Sini dan Destinasi Cinta kerana saya masih belum PUAS menontonnya! SNP harus keluarkan DVD konsert ini secepat mungkin.

Corat-coret :

  1. Tetamu VVIP, Tun Dr. Mahathir dan isteri turut hadir dan menerima tepukan yang gemuruh dari semua penonton yang hadir.
  2. Selain rakan artis dari seberang, Kris dayanti dan Rossa, beberapa artis tempatan turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Dato’ Siti. Mereka ialah Ning Baizura dan suami, Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Jamal Abdillah.
  3. Dato’ Siti terlalu menghargai peminat-peminatnya yang tidak jemu melambai kepadanya dengan selalu membalas lambaian mereka. (siap balas flying kiss lagi…. Hahaha… saper ek?)
  4. Tidak seperti di Konsert Royal Albert Hall, penonton bagai teragak-agak untuk berdiri. Mungkin kerana ‘takut’ orang IB agaknya.