Saturday, April 25, 2009

Apa kes blog nih??

Aduhai... what an unpredictable blog... Edit tu laa.. ini laaa... Edit HTML codes laa.. iskh...iskh...iskh... Technology can be very irritating and annoying. Cisss...

Entry ni sengaja ditulis supaya akan ada entry alert untuk entry dibawah... Anda tak paham?? hehehe... takper... abaikan jek. =)

While I'm in PJ...


Ok.. Lepas kelas last ICT ku singgah rumah sewa kat PJ and get the chance to use the streamyx. So, update laa blog nih.... Kiranya arkib seminggu la nih.... ahaks!!

18 April 2009

Sabtu pagi di Kajang, at my parents place. Seindah Biasa, maka anak dara Haji Zaini ni pun melaporkan diri untuk tugas-tugas dirumah. Hehe.. sebab dah terbiasa tertidur balik lepas subuh kat umah sewa, maka ku terbabas dan terlepas ikut ibu gi pasar. Dan secara automatiknya, I had to prepare breakfast that morning. Menu pagi ni Capatti dan kari ikan. Kari ikan tu lebih masak malam tadi dan tepung capatti tu ibuku dah bancuh malam tadi juga. Kiranya, ku tinggal gelek-gelek jek. Ni pun require skills tau. Tak kene cara tak berbentuk dan bleh terkoyak capatti tuh. (ewah… iyo-iyo jek)

Lepas tu basuh baju, sidai baju, masak lunch, buat kek batik (Ain teringin sangat) pastu buat plak Lepat Ubi, (Ayahku gi korek ubi2 keliling umah) angkat baju, lipat baju sambil tengok Hindustan. Malam plak enjoy depan TV tengok Grey’s Anatomy. Makin best tengok Derek dan Meredith yang semakin loving. Ala.. lepas nih sure konflik balik. Cis.. bila laa nak abis siri nih, dah season 5 dah ni…

Happy Birthday Kak Lon...


19 April 2009

Nothing interesting… Newspaper pun ku malas nak gi beli. Projek hari ni nak pegi sental 3 bilik air. Yes, mission accomplished. Ni kes weekend Bibik tu entah ape-ape buat kerje. Basuh bilik air serius tak bersih. Ku basuh 3 bilik air dekat 2 jam tapi bibik tu kurang 1 jam. Cisss…

Happy Birhtday Kak Ras..


20 April 2009

Bangun pagi ikut ibu hantar adik gi sekolah dan opis sebabnyer ku kene bawak balik kereta tu kerumah. Lepas tu vacuum rumah dekat 2 jam, basuh baju, sidai baju.. bla..bla.. kerja rumah yang never ending stories… Huwaa.. bosan… tak leh online… Hmm… lewat malam dapat berita yang tak best. Nampaknyer tak dapat laa ulang kenangan indah seperti tahun lalu. Tak apalah, dia tahu apa yang terbaik dan setiap keputusan yang diambil sudah semestinya telah difikir sekritikal mungkin. Malam nih ku nak siapkan project VC surprise… hehe..


21 April 2009

Rutin yang sama. Dan pagi nih ku tak lupa sms rakan2 tentang berita malam tadi. Lepas tuh dalam kul 11am ku pun cubalah online guna dial up. Pergh… giler slowwww!! Nak masuk page Yahoo dekat 10mins. Nak masuk email plak baper kali kena refresh. Dan akhirnya… wow! 190 emails!! Hehe… alerts from Facebook. Tapi sayangnyer ku langsung takleh bukak page Facebook tuh. Page FB kan berat…huhu…


22 April 2009

Bosan…Boring.. Bosan.. Boring… Yesss!! Dah siap dah VC surprise ku!! Walau ada 2 minggu lagi sebelum tayangan.. tapi dah siap dah. VC ni dalam bentuk DVD. Teruja dengan design kat Menu tu. Tak saba2 nak tunggu reaksi orang tu nanti… hehehe…=)

Hahaha… baru ku sedar rupa-rupanye event dia hari ni. Mati-mati ku ingat 29 April nanti dan macam mana ku bleh ingat 29 April tu entahla… hehehe… Hari ni ayah balik dari outstation kat JB. Sampai jek rumah ayah tanya…

Ayah: Along… hotel The Zon by the sea ni saper owner?

Me: Dengan confirm dan confident, tu Dato’ Seri Khalid punyer. Sama dengan The Zon on the park kat KLCC tu. (Hmm.. kenangan terindah 3 tahun lepas di hotel ni…) Nape ayah tanya?

Ayah: Dah agak dah…

Malamnyer plak lepak depan TV tengok JTL at TV3. Wah.. senyum Azwan ek? Kelakar sangat tengok DCT tersasul-sasul sebut Afdlin instead of Adlin. Agak-agak Afdlin Shauki mereengss tak? Kah..kah..kah…


23 April 2009

Pagi ni ku taknak ikut ibu pegi anta adik dan ke opis. Nak tunggu DCT kat MHI. Laaa… 15mins jek. Iskh…iskh..iskh.. Malam tu plak ibu bawak balik surat dan suruh ku sign…..Hmm.. bila first time baca klako sangat. My mom seemed to be so desperate nak ku kene posting kat area dekat2 sini. Kalau ikut sisi beraniku ini, ku macam OK jek kalau hantar ke pedalaman. But it is not easy to say about things that we are not so sure about it. Terbit plak rasa sayu bila ku rasa ibu buat sumer ni so that I can be near to them and able to help whenever in need. Tapi semua ni takdir Illahi, kita usaha dan ikhtiar, tinggal doa dan tawakal.


'melangsungkan penika...'- aperla agak-agaknyer alasan itu ya?


24 April 2009

Jumaat… Hmm.. nothing much….


25 April 2009

Hari nih, ke UM, hand in the hard copy for ICT assignments. I handed in on behalf of Cik Ju and Aniss too. Yerla.. dorang kan tinggal jauh kat Ganu dan Kedah. I’m driving my mom’s car, fetched Lina at Komuter kajang and straight to UM. Later, singgah umah sewa packed few things lagi and ONLINE!! Hehehe… ni yang update blog nih. Pastu nak update FaceBook plak. Iskh..iskh..iskh… nikmatnyer ada streamyx… huhuhu….


26 April 2009 dan hari-hari seterusnyer kembali bosan. But I have to start revising Future Studies. This will be our very last exam paper which is on the 4th May…. Lepas tu??? Huwaaa… ada sesaper nak amik ku kerja tak?? Kerja tu kalau boleh jenis yang jalan-jalan… jadi driver ke?? Tapi kereta auto jek… hahaha… merapu tul… =)