Saturday, September 12, 2009

Hikmah berseorangan dan pengajaran dibulan Ramadhan.


Tinggal lebih kurang seminggu Ramadhan semester ini akan meninggalkan kita. Bagaimana dengan CGPA nya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ramadhan ku ditempat baru dan suasana baru amatlah berbeza. Disini ku bersahur sekadar minum air dan kalau rajin lagi dengan kurma atau biskut. Ku segan nak join ‘keluarga angkat’ ku ni bersahur. Almaklumla.. dah la tak membantu, tiba-tiba nak join makan pula. Terlapas sahur pun selalu bila disini jam 4pg tu dah dikira lewat. Kalau di daerah asalku, jam 5pg masih banyak lagi waktu, tapi disini ku dah bersiap sebagai guru.

Ramadhan disini berbuka awal. Ku membantu ‘makcik’ apa yang patut. Hmm… mereka ni lebih suka membeli bila dalam peti sejuk takde apa sangat yang boleh dimasak. Lagipun ku tak berani nak main masak, dibuatnya lain cara dan citarasa lain pula ceritanya. Jam 6.15ptg dah pun berbuka bersama-sama ‘keluarga angkat’ ku ni memang simple. Jadi sekadar nasi dan lauk pauk kadang2 ada kuih. Jadi dalam masa 30minit selesai dah. Siap berkemas ku minta diri masuk ke bilik solat maghrib. Selalunya lepas ni dah tak keluar2 bilik dah. Cuma jumaat malam tumpang tengok tv untuk Nurkasih dan kadang2 mengajar English pada ‘adik angkat’, Zubair namanya.
Bila sorang2 dalam bilik lepas solat maghrib sementara menanti Isya’, al-Quran lah mengisi masa. Inilah salah satu hikmah yang ku peroleh bila disini. Kat sini ku tak berapa sibuk dengan itu dan ini. Isya’ masuk jam 7.30pm dan 7.45pm ku dah mula buat terawih. (syukur ada buku panduan tu) Mula-mula tu memang syahdu terawih sorang2 tapi kini dah ok dah.

Bila berseorangan disini… hanya diri sendiri bersama Pencipta. Tiada keluarga… tiada teman gelak dan tawa…. Jadi hanya didalam doalah dicurahkan semua. Suatu sesalan andai dulu bagai lokek untuk meluangkan masa bersama-Nya. Ya Rahman.. Ya Rahim… permudahkanlah urusan, keluarkanlah hambaMu ni dari kegusaran, kesusahan dankepayahan. Sesungguhnya, hanya Mu Ya Allah yang menentukan segala-galanya…Amin.

*Amat-amat diruntun sayu menulis sambil mendengar alunan Asma Ul Husna dari DCT....*