Sunday, August 26, 2007

Sabtu 25 Ogos 2007 @ Jaya Jusco Tmn Equine….


DCT always looking at me.... ooohhh!!!!
Dek rasa tak puas hati malam tadi, misi tak berhenti lalu ku kuatkan semangat dengan azam yang kuat, (cewaahh!!) drive ke Seri Kembangan. Lepas kenduri kahwin kawan sekolahku, (boleh agak baju apa yang ku pakai…) terus cabut drive kesana. Parents sehingga hari ni tak tahu perangai anak dorang yang satu ni…=) Ku berjaya sampai mengikut naluri hati… alhamdullillah… Dalam jam 2 ptg lebih, Dato’ Siti tiba dikawal ketat security JJ. Dari atas stage kak Siti sedar kehadiran. Dengan isyarat yang mudah difahami, kak Siti tanya… “Sorang jerk ke?” Ku geleng.. “yang lain ada keliling ni.” Kami terpisah dek orang yang ramai. Entah Kak Siti faham ke tak mesej gaya tangan yang cubaku sampaikan. Acara dimulakan dengan Dato’ Siti membaca teks ucapan dan kempen menderma With All of Our Hearts Mini Coin Box. Kemudian nyanyian lagu tema kempen dan upacara perasmian. Selesai upacara wajib buat pihak penganjur, Kak Siti menyanyikan lagu tema kami pula ketika CTRACE ni.. SITI SITU SANA SINI…. Apa lagi suka tak terhingga…
habis yang tu, kak Siti tanya, “Nak nyanyi lagu apa lagi ye?” Kak Siti memandang kearah kami.. (ku dengan kak Rasbit) Kami pun jawabla “Pastikan!” “Nak Pastikan ya?” jawab Kak Siti. Tetiba plak kami merubah fikiran.. “haa… nak Destinasi Cinta!!” “Ala.. kita nyanyi Pastikan dulu ya?” senyum Kak CT. Kami okay jek. Ada sorang akak kat sebelah kami ni macam pelik dengan kami sebab kak CT layan kami… haa… jadila peminat berdaftar di Sitizone.com… hehehe.

Kami berdua nyanyi Pastikan sekuat hati. Kak CT senyum2 dan kenyit2 mata tengok kerenah kami yang separa mereng waktu tu. Kak CT datang merapati dan bersalam mesra. Tetiba kak CT hulur mic!!! Aduh.. Kak CT memang suka menguji ketahanan jantung kami. Beralih pula ke lagu Destinasi Cinta. Kali ni kak CT ada menjemput beberapa orang peminat naik ke pentas untuk menjadi penari latar. Ku sengaja jek angkat tangan…. “Eh?? Pakai baju kurung tu….” Tunjuk kak CT dari atas stage… hehehe… Maluuss lah. Kak CT nyanyi kami pun nyanyi dan tanpa jemu kak CT terus main2 mata. Aduss!!! Bahagianya….=) (tahap mereng waktu ni 90%)

Lagu terakhir, Biarlah Rahsia. Tetiba kak CT bersuara sayu. Mataku amat pasti ada airmata yang bergenang. “Kak CT, janganla nangis…” ku buat isyarat. Kak Siti menggeleng sambil menahan sebak. Mungkin teringat peristiwa2 yang telah terjadi… dalam bulan Jun tahun lepas, ditempat yang sama, dengan lagu yang sama, kak CT hampir menitiskan airmata… selesai sahaja lagu tu ku terus jerit “Kak CT, Love you always!!” “Love you too!!” balas kak CT….. (tahap mereng waktu ni 150%!!)
Buat Kak CT… tiada tanda aras ucapan terima kasih saya buat akak. Tanpa sedar, hari demi hari, telah banyak mencipta memori. You really make my life more meaningful. Dan zaff akan sentiasa dan sehabis baik akan menjaga keharmonian jalinan persahabatan yang telah tercipta… Love you so much kak CT!!! Muuuuaaahhh!!! =)

1st Anniversary Dinner...

me and KZ my food



Me and DCT



My Bro and DK


Jumaat 24 Ogos 2007 @ Bandar Utama….


Tanpa ada pengalaman luas tentang selok-belok jalan KL yang bengkang-bengkok, ku dan adikku keluar awal dari rumah di Kajang. Hmm.. tak sangka plak tersampai awal… jam 6.45 ptg dah sampai.. hehehe. Terjumpa crew SNP, nak tolong ikat reben, tapi dorang plak tak bagi…. Merayau jerkla sekitar hotel lima bintang tuu… fuhyooo!!
Menanti sehingga acara bermula. Konsep retro yang meriahnya amat terasa. Tepat jam 8.30 (kalau tak silap) Dato’ SIti dan suami pun tiba dan sebelum tu bertemu dengan ayahanda tercinta terlebih dahulu. Tepat jam 9 mlm, acara pun dimulakan. Pasangan romantis yang diraikan melangkah masuk ke dewan sambil lagu-lagu cinta bergema seiringan. Hmm… indahnya… Dan doa selamat dibaca pohon kerahmatan untuk pasangan yang diraikan.
Satu pengalaman setelah 22 tahun hidup dimuka bumi. Inilah kali pertama melangkahkan kaki ke hotel bintang lima, makan malam hidangan yang entah berapa harganya, bersapa bahu dengan orang ternama dan artis popular. Terima kasih sangat buat Dato’ Siti dan crew SNP yang member peluang seprerti ini. Namun, atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, jam 11mlm harus melangkah pulang. Takut nak drive malam2 yang jauhnya sampai ke Kajang. Sempat berjumpa dengan tuan rumah… Dato’ K yang amat rajin melayan tetamu… “Ala, Kajang tu tak jauh mana, lalu highway tu kejap jek… tunggula dulu, banyak acara lagi ni…” Maaf sangat, memang kene balik, walau berat sangat hati. Hmm.. dengar cerita memang banyak acara dan suprises sehingga jam 2 pagi!! Cemburunyer pada rakan2 yang berkesempatan. I wish…. if only I can be there…. Pulang kehampaan.







Saturday, August 04, 2007