Wednesday, June 10, 2009

Balik kampung...ooo...balik kampung....


Ayah penat-penat drive korang tido??? Hampeh tul korang nih...iskh3....


Yeay!! Finally... we are almost there!!!


7 Jun – 11 o’clock in the morning, one happy family except Angah started the journey back to JOHOR!! Ibu dengan ayah on leave till Wednesday so depa pun decide nak balik kampung. Saje menentang arus supaya tak jem kat highway. Sampai je kat rumah atuk kat Parit Kemang tu terus mesej En.F yang kebetulan orang Johor. Laa… dekat jek ke distance rumah atuk ku dengan rumah En.F ni. Iskh3… Cuma ku musykil dengan dia ni. Kata orang jati Johor, tapi tak faham Jawa??? Hahahha… at least ku ni bleh la paham sikit-sikit. Hampeh laa mu ni Fairuz…. Lepas tu dia kata plak dia orang Banjar. Haa.. jangan tak tau, belah ibuku ada sepupu2 orang Banjar. Ku test dia plak apa itu “Wadi Kiping?” En.Fairuz… ‘wadi kiping’ tu ialah yang tepung pulut dibentuk bulat2 dalam bubur jagung or bubur manis selalunya….(CT punyer version ‘kepit hidung’) Hahaha…..Iskh3..kene pegi kem bina jati diri mu ni…. =p

Kali ni kebetulan aku balik Johor bawak kamera dan kebetulan juga dalam kamera PINK ku ni adala gambar2 CT. (ye ke kebetulan? Hahaha…) Maka, bibik-bibik makcik2 ku pun bertanyala perkembangan terkini dato’ CT ni. Hehe… aku pun dengan semangat nyer berceritalaa… tunjuk la gambar. (memang orang Taurus ni suka bercerita…hahaha..)

Kebetulan juga ku pakai tshirt ni. Makanya, bertambah semangatlaa lagi ku bercerita. Hehehe….

Di Johor tak lama, bila malam esoknya dah pun bertolak balik dan sampai Kajang around 12 midnight. Bila dah balik Johor, ibuku pun nak la juga balik kampung dia.
Happy Father's Day to Ayah and Atuk... Both of you are great Fathers!!

Maka, esoknya hari selasa petang bertolak pula ke Sungai Besar, Selangor. 2 jam setengah perjalanan sampai sana. Nak ke kampung tu, Along dan Adik bergaya dengan tshirt baru Transformer. Along beli sekali dengan Adik masa ayah isi minyak kat Petronas malam tadi. Best kan tshirt ni?? Hehehe….. 2 orang Taurus… kami juga Transformers!!

Destinasi pertama tentulah rumah ‘mama’ coz selalunya kalau balik sini akan bermalam kat sini. (‘mama’, kakak ibuku yang juga merupakan mak kepada Kak Ngah yang buat cuppies tu) Habis layan drama Zati & Si Mawas kat umah ‘mama’, dekat kul 10 malam pegi plak rumah Wak Si’es dan Wak Nab. (untuk orang Jawa, panggilan unt
uk pakcik dan makcik adalah ‘Wak’ – lesson untuk En.Fairuz. hahaha…)

Sampai rumah Wak dorang tengah sibuk siapkan tempahan kuih-muih. Pergh, dahsyat! Ngeri tengok Wak masak kuih banyak2 pastu malam2 plak. Kami yang ringan tulang lagi rajin ini tolonglah sikit2 packing. Best juga. Dah sampai sini, boronglah kuih-kuih frozen. Apam, pau goreng kacang, karipap dan donut. Ni kira stocks for instant brea
kfast.
Esoknya, (Rabu) sebelum balik Kajang, ukur baju untuk tempah baju konvo nanti, baju kurung Pahang. Sejak bila pulak la ni ku jadi orang Pahang ni? Hehehe…. Nak balik tu, singgah kat pasar stadium Sg.Besar, ibu dok borong udang dan ikan. Murah woo dekat separuh harga dari kat Kajang.
Dan satu keistimewaan kat sini adalah Udang Gertak. Haa… sure ramai yang tak tau tentang udang ni. Udang ni besar, dan murah lagi dari udang harimau. Ku terlupa nak snap rupa udang tu sebelum disiang. Fakta pelik tentang udang ni, takleh disimpan sejuk or beku coz bila kita masak nanti isinya akan hilang, tinggal kulit jek nanti. Serius, tak tipu. So, dah beli, siang dan terus goreng. Marvelous!

Kari Ikan Pertama Kali... Marvelous!!!

It has been quite some times meninggalkan rumah yang satu ni…. Where should I begin? Hmm… maybe bermula dengan….

3 Jun – Happy 3rd Anniversary RSD!! Dah 3 tahun penubuhan restoren Resipi Sangdewi ni rupanya. Kalau tak silap kotak fikiran ku dalam bulan September 2006 pertama kali ku ke restoren ni dan pertama kali juga bertemu 4 mata dengan Pn.Rozie Abd Razak. Untuk 1 tahun yang pertama dulu memang Kak zie selalu ada kat situ dan aku juga selalu jugalah singgah kesana. Hehehe…. Seronoknya ketika itu…Hmm… kenangan…kenangan…


Pada hari yang sama juga, for the very first time aku try masak kari ikan tenggiri tanpa panduan telefon ibuku, sekadar berpandukan pemerhatian dan pengalaman membantu sebelum ni. Memang risau tak ingat ni taku-takut tak menjadi…. Tetapi akhirnya… SUPERB… Marvelous!!! Hehehe… eden banggo….Cuma tak dapat nak letak resipi kat sini coz ada beberapa bahan yang ku tak sure namanya. Macam campuran halba sikit, jintan sikit. Ibuku campur bahan ni siap2 dan letak dalam bekas. Jadi barang siapa yang nak rasa kari ikan best ni..moh ler ke rumah… hehehe…. (poyo ku dah datang dah…)

4 Jun – Duduk rumah, mengemas, membasuh, memasak. Hari ni extra rajin, rasa nak buat minum petang iaitu cucur bilis + jagung. Lagipun anak angkat my mum si Chubby tu spent about 3 days at our house. (forgot to snap a picture with Chubby. Dahla once in a blue moon dapat jumpa budak ni.) Menu dinner malam ni sweet & sour bawal. Siap letak bunga kantan lagi amik tepi rumah. Hehehe….

5 Jun – Yeay… dapat call dari Kak Ivon, Bahagia Tuition Centre untuk ganti cikgu yang balik kampung. The task was to teach English for year 2 and year 3 pupils. 1 hour Rm20. OK sangat2 tips tu. Tapi tula, jadi ‘guru simpanan’ ni tak menentu offer nya… huhuhu… Ha, speaking of Bahagia Tuition Centre ni, kat sini la ku tuisyen dari darjah 3 sampaila form 5. Terletak di Taman Minang, Cheras, area rumah lama ku dulu…. Dan owner tuition centre ni parents si Chubby tu la.
While waiting for them to complete the task sheet, tetiba… cuba perhatikan soalan No.1 tu…. Ada juga nama Siti Nurhaliza… Iskh3…macam tau-tau aje… hahaha….

6 Jun – Penat sampai nak tergolek hari ni. Dari pagi sampai maghrib dok temankan ibu shopping. Lepas parkson, metro point, lepas tu parkson balik. Pilih handbags berejam-rejam, aduh… tapi takpe, nanti along chilok handbag tu ya dengan jam putih tu skali?. Hehehe…. Akhirnye, misi ibuku nak buatkan ku baju baru untuk konvo ku nanti tercapai. Beli kain di Gulatis bila mana ibuku anti Jackel, katanya kain kat Jackel tak best. Hahaha….ape-ape ajelaaa ibu ni… Along nak tema hitam putih… Ibu suruh juga pakai PINK!! Along nak hitam…Nanti nampak kurus. Huhuhu…..