Saturday, May 02, 2009

Alhamdulillah... Kegembiraan yang tidak terkata...



Lentera Timur dianugerahkan sebagai penerima Album Pop Etnik Terbaik
Lentera Timur juga mengalunkan suara Vokal Terbaik Dato' Siti Nurhaliza
Lentera Timur diangkat sebagai ALBUM TERBAIK tahun 2008/2009
Dan lagu Pada Cintanya OST Spa-Q dianugerah Susunan Muzik Terbaik

Kejayaan yang buat ku teruja...
Kegembiraan yang buat ku hilang kata...
Kesyahduan pula bila 'dia' tiada untuk meraikannya bersama....

Itulah kehangatan dan kehebatan DCT di AIM. Walau DCT tiada di majlis tersebut... yang terbaik... tetap yang terbaik. Aku amat berbangga... amat-amat berbangga. Kalaulah aku ada kereta... dah lama lepas Maghrib ku pecut ke PWTC. Tapi faktor kenderaan membatasi dan diserang migrain plak tu lepas maghrib, harapan ke AIM tahun ni tinggal kenangan....

Tahniah Azwan... Tahniah Kak Lia.... Tahniah Kak Jamm... Tahniah Tini.... diatas satu semangat kalian yang terus membara membawa banner-banner DCT sebagai sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Kenangan Terindah.... 3 Mei 2008

Terubat Rindu.....

Setelah sekian lama... 'Lama tak jumpa... Jumpa pun tak lama' akhirnyer diberikan peluang untuk bersua di KLIA. Segala pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran sejak hari Rabu akhirnyer terjawab Khamis lepas. Rupa-rupanya Akk PA yang masih tak berapa nak sihat tu pun turut join rombongan. Info ni diberi Abg A. Ku pun titiplah pesanan ringkas buatnya. Hmm... beberapa kiriman tak berbalas. Sibuk dan masih sakit nampaknya. Tak apalah....


1 Mei, Jumaat. Bulan Mei yang memang ku nantikan setiap tahun. Pada entry2 yang seterusnya akan dinyatakan kenapa bulan Mei begitu dekat dihatiku... hehehe... Hari ni juga rindu pada 'dia' bagai bertambah dan bercambah. Aduhai.... Tapi rezeki dan suratan Illahi untukku. Lebih kurang jam 10 malam... telefonku berdering. Terima kasih yang teramat sangat untuk seorang kenalan T.A yang berada dirumah 'dia' untuk kenduri tahlil dan doa selamat.

'dia': Ya zaff....
aku: Kak CT.... rindunyer....
kak ct: hehehe... ye ke? Haa.. nak mintak doakan ape? Jodoh?
aku: hah?? Iskh... bukanlah...
kak ct: Ye ni... nanti kak ct doa cepatkan jodoh... alaaa... ngaku je la zaff...
aku: kak ct... bukanlaaa... doakan posting zaff tau...
kak ct: posting?? posting tu ape??
aku: laaaa.. posting tu bila cikgu kene hantar mengajar tu...
kak ct: ooooo... tau dah... yang paling jauh kak ct doakan.... hehehehe....
aku: kak ct...alaa..alaa.. janganlah macam tu kak ct...
kak ct: hehehe... takut. Insya'allah kak ct doakan.... nak dekat sebelah rumah?
aku: kalau boleh... hehehe... kak ct... rindulaa kenangan macam tahun lepas kat AIM.
kak ct: hehehe... takper. kalau kita kalah pun... kiter menang sorak!! sorak kuat-kuat.... hehehe..
aku: kak ct... kak zie pegi sekali kan?
kak ct: ha'ah... kak zie dgn abg ayie skali. Eh? kak zie tak update zyeezone dia ke? hehehe...
aku: tu lah.. dah lama tak update. Orang tanya khabar dia senyap jek.... iskh3.. nak merajuk dengan kak zie la kak ct.
kak ct: yerla tu zaff nak merajuk. Nanti kak ct bagitau kak zie. hehe... dia tak sihat lagi tu. Kesian kak zie..
aku: Eh, okla kak ct. Sorry kacau kak ct... safe journey... moga sihat hendaknya. Insya'allah.
kak ct: Terima kasih zaff.. bye.. asssalamualaikum.
aku: waalaikumsalam.

Ku lena dalam senyuman malam tu.... Aduhai.... dah lama ku tak merasai satu perasaan ini...

2 Mei... Hmm.. ku bercadang nak balik ke PJ petang ni. Tapi disaat-saat akhir K.A dan K.N mengajakku ke KLIA. Memandang K.A sudi menjemput ku di PJ untuk sama-sama ke KLIA, ku terus ambil keputusan untuk turut serta. Kelam kabut ku dibuatnyer. Bayangkan ku pakai seluar sukan jek kesana. Aduh... segan..segan..
Berdebar andai tak sempat gara-gara K.L sms ahli keluarga yang lain dan tiba. K.A pecut hingga 140km/j.. fuhyoo!
Akhirnya.. sempat tiba. Dan ini ku selitkan rakaman video amatur ni.