Wednesday, July 15, 2009

Hari ini… Dah 4 tahun dah…


Hari ini, 15 Julai… dah genap 4 tahun.

17 dan 18 Julai… Happy Birthday Mashitah dan Anas!!! (hehe… dapat tahu hari lahir dorang ni semalam dari Ibu dorang) Hmm.. Anas dah nak masuk 10 tahun…. Aku dah tua!!! Huhu… yerla dulu masa first time jumpa Anas, umur dia 3 tahun…pakai pampers lagi tau pegi tadika. Hehe… jangan marah ya Ibu Anas?

19 Julai… Happy Birthday Damia!! Mana bleh tak tau tarikh birthday Damia bila kelahiran dia diumumkan kat HotFM lagi waktu tu. Hehehe… Moga besar nanti menjadi kebanggaan keluarga... Amin... Tapi birthday abang-abang Damia tak ingat sangat… Confius tarikh. Hahaha…

Happy birthday buat Mak Kak Nurul juga. Selamat mencari kedai Chincken Chop yang best tu ya? Hehehe…

Azlan!!! Sorry…sorry…. Happy belated birthday. Bila buka emel dan tengok alerts FS, baru teringat. Hehehe…. Happy Birthday Bah!!! (betulke cakap Sabah ni?)

The BIGGEST news EVER!!!!

Mimpi ngeri…. Kenyataan yang paling ditakuti akhirnya menjadi realiti. Last Monday evening around 2.30pm (13 July), dengan segala kekuatan mental, ku menelefon sendiri KPM. (Thanks a lot to Ecah for the sms and the number given.) Bagai hilang punca dan butir bicara setelah ku bacakan nombor IC…. Ku akan diletakkan di SABAH!!!! Ya Allah…dugaan apakah ini? Immediately, phone my parents. Dorang pun hanya mampu terdiam. Dan hari itu airmataku bagaikan sungguh murah. Setiap kali mendengar dan membaca kata-kata pujukan mahupun semangat, setiap kali itulah ku menangis lagi. Malam tu juga ku print surat rayuan. Semalaman pula tak dapat tido. Memang amat-amat tertekan sampai terasa macam nak pegi pharmacy beli anti-depression pills!! Dan malam tu kalau ikut kata hati, buat loan peribadi dan bayar balik rm60,000 tu.

Pagi esoknya bangun awal coz kene ikut ibu ke KWSP dan TH, uruskan banking matters. Dalam kul 11am ke Nestle, met my cousins, Dida. Dah janji nak amik cuppies yang aku tempah last week. Dari PJ, terus ke Cheras dimana ku akan hantar cuppies tu kepada K.J. Memang dah lama berniat nak hadiahkan K.J cuppies sempena hari jadinya. Hehehe… suka tengok reaksi K.J bila dia bukak kotak tu. Aku sengaja pilih tema sukan kesukaanya dan aku sendiri tak sangka hasil buatan Kak Ngah yang memang superb!!! Nampaknya K.S berminat sangat nak tempah cuppies tu untuk birthday 2 anaknya hujung minggu ni. Lepas dekat setengah jam disana, aku pun drive balik Kajang. Baru sedar, dah 1 hari suntuk ku tak makan ape2. Tapi memang aku tak rasa lapar langsung. Dah hilang selera agaknya…bila tengok nasi terus jadi loya. (takpe bleh kurus!hehe..) Aku call Lina nak bersembang dan tenangkan hati. Yup.. Lina, Mamas dan Azlan… nama2 yang ku selalu sebut kat sini turut dihantar ke Sabah.

Aku: Na… susahnya aku nak accept ni Na…

Na: Dah tu nak buat macam mana? Pikir gaji kiter banyak dari orang lain tu je. Lebih rm1000 tau dari guru semenanjung. Bayangkan…. Rm3000 lebih… dekat rm4000 tau.

Aku: alaa… duit banyak tapi emosi dan hati tak hepi apa guna?? (tapi sebenarnya ku dah tertarik dah dengan jumlah gaji tu….hehehe) Na… kalau kiter berdua tinggal sekali… satu sekolah… alangkah INDAHNYA SABAH tu kan???

Na: Satu skola tu tak mungkin je…. Tapi satu tempat tinggal pun takpe kan? Huhuhu….

Aku: Na… aku tak kuat nak tempuh semua ni sorang-sorang Na….

Na: Kiter tawakal jekla Zaff…. (lina cuba memujukku)

Aku: Entahla.. Na…

Itu jek yang mampu aku ungkap…. “Entahlaaa…” Keterujaan nak konvo pun dah hilang. Tak dapat amik jubah sendiri…. Dan tak dapat nak hadiri raptai juga. Rasa macam tak payah pegi konvo terus pun takpe kan?
Menghitung hari ke 3/8/09…… Beg besar belum beli lagi ni…Hmmm…