Wednesday, July 15, 2009

The BIGGEST news EVER!!!!

Mimpi ngeri…. Kenyataan yang paling ditakuti akhirnya menjadi realiti. Last Monday evening around 2.30pm (13 July), dengan segala kekuatan mental, ku menelefon sendiri KPM. (Thanks a lot to Ecah for the sms and the number given.) Bagai hilang punca dan butir bicara setelah ku bacakan nombor IC…. Ku akan diletakkan di SABAH!!!! Ya Allah…dugaan apakah ini? Immediately, phone my parents. Dorang pun hanya mampu terdiam. Dan hari itu airmataku bagaikan sungguh murah. Setiap kali mendengar dan membaca kata-kata pujukan mahupun semangat, setiap kali itulah ku menangis lagi. Malam tu juga ku print surat rayuan. Semalaman pula tak dapat tido. Memang amat-amat tertekan sampai terasa macam nak pegi pharmacy beli anti-depression pills!! Dan malam tu kalau ikut kata hati, buat loan peribadi dan bayar balik rm60,000 tu.

Pagi esoknya bangun awal coz kene ikut ibu ke KWSP dan TH, uruskan banking matters. Dalam kul 11am ke Nestle, met my cousins, Dida. Dah janji nak amik cuppies yang aku tempah last week. Dari PJ, terus ke Cheras dimana ku akan hantar cuppies tu kepada K.J. Memang dah lama berniat nak hadiahkan K.J cuppies sempena hari jadinya. Hehehe… suka tengok reaksi K.J bila dia bukak kotak tu. Aku sengaja pilih tema sukan kesukaanya dan aku sendiri tak sangka hasil buatan Kak Ngah yang memang superb!!! Nampaknya K.S berminat sangat nak tempah cuppies tu untuk birthday 2 anaknya hujung minggu ni. Lepas dekat setengah jam disana, aku pun drive balik Kajang. Baru sedar, dah 1 hari suntuk ku tak makan ape2. Tapi memang aku tak rasa lapar langsung. Dah hilang selera agaknya…bila tengok nasi terus jadi loya. (takpe bleh kurus!hehe..) Aku call Lina nak bersembang dan tenangkan hati. Yup.. Lina, Mamas dan Azlan… nama2 yang ku selalu sebut kat sini turut dihantar ke Sabah.

Aku: Na… susahnya aku nak accept ni Na…

Na: Dah tu nak buat macam mana? Pikir gaji kiter banyak dari orang lain tu je. Lebih rm1000 tau dari guru semenanjung. Bayangkan…. Rm3000 lebih… dekat rm4000 tau.

Aku: alaa… duit banyak tapi emosi dan hati tak hepi apa guna?? (tapi sebenarnya ku dah tertarik dah dengan jumlah gaji tu….hehehe) Na… kalau kiter berdua tinggal sekali… satu sekolah… alangkah INDAHNYA SABAH tu kan???

Na: Satu skola tu tak mungkin je…. Tapi satu tempat tinggal pun takpe kan? Huhuhu….

Aku: Na… aku tak kuat nak tempuh semua ni sorang-sorang Na….

Na: Kiter tawakal jekla Zaff…. (lina cuba memujukku)

Aku: Entahla.. Na…

Itu jek yang mampu aku ungkap…. “Entahlaaa…” Keterujaan nak konvo pun dah hilang. Tak dapat amik jubah sendiri…. Dan tak dapat nak hadiri raptai juga. Rasa macam tak payah pegi konvo terus pun takpe kan?
Menghitung hari ke 3/8/09…… Beg besar belum beli lagi ni…Hmmm…

7 comments:

idasm said...

zaff, kak ida turut simpati dgn berita yg zaff, terima tu.
tabahkan hatimu. walau jauh beribu batu, pasti ada hikmatnya tu..
mana tau bertemu jodoh kat situ...
hehehehe..
gurau aje jgn marah yea..
ala.. senyumlah sikit!

anggaplah ini satu pengorbanan seorang pendidik buat bakal generasi kita...

ZZ said...

kak ida.... huhuhuhu... dah tak terkata ni kak.... thanks kak untuk semuanya....=)

SNHazlina said...

zaf..zaf..kite tak dpt balik raya..tiket flight dh abes..hahahah...

Azwan Hashim said...

zaff..setuju dgn kata2 kak ida..hehehe..

jgn cedih2 ek..gaji masyukkk tu.. leh blanja lps ni..hehehe :P

selamat bertugas yer cikgu!!! =)

nurul said...

zaff, betul cakap kak ida & azwan tu... tabahkan hati, kuatkan semangat ye.. semua yang berlaku ada hikmahnya... Take care tau.. nanti pesan ngan Alan, jaga zaff baik2, jgn nakal2 ye..

izzah said...

sepatutnye saya yang nak sabah...hmm sy suke sana...insyaAllah Zaff akan okay kat sane...mule2 nak start ni, kat mane2 pun susah...sy kat johor nanti, entah ceruk mane dihantar...kalau kat sini, diorang hantar pedalaman...setau sy kalau sabah swak, cikgu2 perempuan dari sini takkan dihantar tempat yg teruk2...

ZZ said...

huhuhu...izzah.... huhuhu...

mama nuruls.... thanks for everything...