Ini kisah rakan kuliahku yang aku sendiri tak begitu rapat. Menurut cerita teman seasramanya, dia selalu bercakap dengan ‘patung itik’ kesayangannya ketika ditimpa masalah. Mula-mula aku dengar memang seram dan ngeri kerna tak sangka orangnya macam ni. Tapi lama-lama timbul pula rasa simpati…
Bagi aku, teman yang sejati adalah sesuatu yang perlu dicari. Tapi nak cari kat mana?? Aku sendiri tak tau sama ada aku dah jumpa ke belum. Aku definiskan teman sejati sebagai teman yang sentiasa berada disisi dan selamanya menemani. Sejak dari alam sekolah hinggan kini, aku memang punya ramai teman dan kenalan. Tapi mereka hanya datang dan pergi. Masa sentiasa dekat, memang mengaku teman rapat. Tapi bila tamat sekolah, semuanya kemana entah. Sama juga dengan rakan2 kuliah. Bila cuti semester, nak tggu balasan sms punyala payah. Rakan-rakan yang satu lagi ni, bila ada agenda tentang ‘dia’ baru dengar berita. Aku masih memerhati dan meniliti serta cuba mentafsir situasi…
Apa laa aku ni, tajuk lain pi cerita lain. Sebenarnya, aku nak ceritakan tentang insan2 yang telah meniup sumber motivasi dan kekuatan diri agar diri lebih kuat berdiri. Ada sebab dan justifikasi mengapa mereka aku pilih sebagai sumber inspirasi.
1) Dato’ Siti Nurhaliza = seawal usia darjah 5, aku amat mengaguminya. Pada dirinya aku melihat akan kelembutan yang dipamerkan dan juga ketegasan dalam keputusan. Bila bersamanya, hati sentiasa gembira. Dan seperti dia, aku juga mahu orang2 yang berada disampingku gembira. Hehehe…
2) Pn. Rozie Abd Razak = seorang wanita yang kuat dan gigih berkerja. Walau aku baru sahaja mengenalinya…(baru setahun jagung) layanan mesra yang diberi, buat diri berasa begitu dihargai. Secara jujur, aku mengagumi kemampuannya dalam membentuk keluarga dan membina kerjaya…
3) Cikgu Reen = seorang guru yang aku rasa sangat istimewa. Mengenali dirinya membuat diri rasa teruja. Pertama kali aku mengenali, seroang guru melayu mengajar di sekolah minoriti. Sejujurnya, aku amat mengagumi guru sekolah menengah ini. Walau rasanya anak muridnya lebih besar darinya…(hehehe) tapi jangan sangkal kebolehan dan tinggi ilmu didada… (iskh..jgn puji lebih-lebih, dia tgh baca tuu…)
4) Dr. Cleo in the making = seorang lagi kenalan yang pada mulanya hanya bermesra dialam maya. Bila mengetahui latar belakang peribadi, betapa tinggi semangat akak ni dalam memperitngkat sahsiah diri. Belajar bukan perkara yang mudah. (aku nak abiskan ijazah pun payah) Untuk itu aku harus belajar dari dia bagaimana untuk menjadi pelajar berjaya.
sekian dulu...