Terima kasih Kak Dora @ LG kerana sudi menganjurkan majlis yang amat bermakna
Terima kasih Kak Zie kerana sudi turut serta dan mengeluarkan kos pula
Terima kasih Kak Nurul untuk satu perkongsian rasa
Terima kasih Kak Fa, Kak Jamm, Kak Sha, Kak Anje, Kak Aizee, Kak Zetty, Kak Lia dan Kak Ehan kerana sudi meluangkan masa….
Terima kasih akan terus diucapkan kerana cipta indahnya kenangan
Terima kasih kerana sudi menerima dan membenarkan saya menjadi sebahagian kalian
Walau perkenalan menjangkau 6 tahun, 4 tahun malah ada yang seminggu, tetapi keakraban bagai untuk tahun yang ke-seribu. Sesungguhnya diri ini amat-amat terharu….
Disini, ku ingin memohon maaf andai mungkin ku tak seceria biasa dan semuanya bagai hilang rasa. Terlalu banyak perkara yang berlaku pada satu-satu masa, terlalu banyak mainan emosi dan rasa. Bila datang rasa gembira… diselubungi pula rasa bersalah dan duka. Minta maaf sangat-sangat, harap-harap tak merosakkan mood majlis.
Terima kasih juga buat Kak Saida yang kebetulan berada disitu. (cara akak peluk sayadan bisikan kata-kata buat saya sebak……)
Dan terima kasih juga buat kak CT untuk tanda ingatan. Selama 14tahun, tak pernah saya bayangkan dan gambarkan menerimanya. Sesungguhnya… sayalah yang paling bertuah didunia!!