Tuesday, June 30, 2009

SATU yang TERHEBAT!!




Teks disediakan oleh Zaffirah Zaini

Dipentaskan di pentas bertaraf dunia, (tapi tempat duduk jer entah ape2) Istana Budaya, ikon lagenda muzik tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza telah merealisasikan impiannya yang SATU iaitu sebuah konsert istimewa dan eksklusif untuk peminat-peminatnya yang setia untuk 14 tahun lamanya. Meminjam kata-kata Pat Ibrahim yang bertindak selaku Pengarah Konsert tersebut, persembahan lebih
2 jam itu bertunjangkan SATU jiwa, SATU rasa dan SATU inspirasi dimana pelbagai elemen muzik, grafik, visual dan tarian telah diSATUkan untuk memberi sebuah dimensi baru dalam persembahan Dato’ Siti Nurhaliza. Selain Pat, konsep persembahan ini juga turut diilhamkan oleh Dato’ Siti sendiri dan kakak iparnya yang juga selaku Pengurus Peribadinya, Rozi.

Kejayaan kesuluruhan konsert ini turut didokong pasukan Siti Nurhaliza Productions selaku krew penerbitan selaras dengan salah satu misi syarikat tersebut iaitu menerbitkan karya-karya
seni yang terbaik. Namun begitu, dalam menyusuri cerita dan emosi, persembahan bermula sedikit perlahan. Tampil dengan tema putih dan bermula dengan HATI bagai menarik penonton untuk membuka sedikit ruang di hati sendiri dan mengundang rasa untuk dikongsi. Setelah itu, Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Senidah Biasa serta Purnama Merindu dialunkan. Untuk segmen kedua, penyanyi jelita itu tampil dengan busana hijau dalam segmen tradisional. Gabungan lagu-lagu dari Cindai, Balqis dan Nirmala sehinggalah yang terkini iaitu Bulan yang Mesra dan Cinta Ini mempedengarkan gemersik kelunakan vocal penyanyi hebat itu.

Mungkin ada baiknya perjalanan diawal sedikit perlahan kerana penonton ‘dikejutkan’ dengan props yang mega dan aksi ala-ala Broadway Dato’Siti. Dengan busana cantik gabungan hitam dan putih, Dato’ Siti sememangya mempunyai stamina yang tinggi untuk segmen Pop Rock ini. Pengguanan teknologi pentas yang canggih dan penguasaan pentas yang maksimum amat mengagumkan. Keberanian Dato’Siti tika meniti tangga-tangga yang tinggi untuk Siti, Situ, Sana, Sini membuat penonton tidak berkelip. Mengekalkan props yang serupa, Destinasi Cinta terus membuat penonton bersorak dengan kelincahanSiti menari ala-ala tentera. Sungguh mengagumkan!!!

Bagai tiada penat dan terus bersemangat, Siti terus mengalunkan Kurniaan Dalam Samaran didalam busana Jepun yang tampak sangat indah. Elemen dramatik yang diilhamkan oleh penghibur muda itu sendiri mampu memukau setiap penonton dimana penggunaan kain yang panjang melatari persembahan. Memang hebat!

Tibalah di segmen yang terakhir dimana Siti tampil dengan busana peach. Bagai menghargai sokongan dan ‘cinta’ peminat setianya, dua lagu terakhir yang bergema ialah DiTaman Teman dan Cahaya Cinta.

Dari padangan peribadi, konsert ini secara kesuluruhannya memang hebat dan belum ada mana-mana artis mahupun produksi tempatan yang mampu menghasilkan acara sehebat ini. Bagai menerbitkan sebuah perasaan yang membuak-buak untuk menonton konsert ini sekali lagi. Saya ingin menonton segmen pertama dan kedua sekali lagi kerana ingin mencari rasional dan kaitan lagu-lagu tersebut. Dan saya juga ingin menonton sekali lagi segmen lagu-lagu pop seperti Siti Situ Sana Sini dan Destinasi Cinta kerana saya masih belum PUAS menontonnya! SNP harus keluarkan DVD konsert ini secepat mungkin.

Corat-coret :

  1. Tetamu VVIP, Tun Dr. Mahathir dan isteri turut hadir dan menerima tepukan yang gemuruh dari semua penonton yang hadir.
  2. Selain rakan artis dari seberang, Kris dayanti dan Rossa, beberapa artis tempatan turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Dato’ Siti. Mereka ialah Ning Baizura dan suami, Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Jamal Abdillah.
  3. Dato’ Siti terlalu menghargai peminat-peminatnya yang tidak jemu melambai kepadanya dengan selalu membalas lambaian mereka. (siap balas flying kiss lagi…. Hahaha… saper ek?)
  4. Tidak seperti di Konsert Royal Albert Hall, penonton bagai teragak-agak untuk berdiri. Mungkin kerana ‘takut’ orang IB agaknya.

4 comments:

Azwan Hashim said...

Konsert SATU- SUPERB!!!!

Zaff, klu semua sz dpt berkumpul dok skali kn best - ari yg sama.. mesti lg gempak panggung sari tu!!

yg penting seat kta memang strategik kn..lagi2 belah wan, kiri.. hehe..
=)

azlan said...

wah, syok baca.. sedey x dpt join.. hope ada dvd la. huhuhu...

quratwo said...

i x suke tarian tradisonal buat terlalu kontemp..ballet jek banyak..hilang keindahan lenggok zapin..ayah i kate menyemak je penari2 tu..baik siti nyanyi sorang jek... hee well yg penting i da bawak sorang fans from Bali tgk..dia sgt2 puas hati n teruja bile siti sanggup laaa dok bersengkang mate sign autograp..dia cakap kalau kat indonesia toksah harap artis buat macam tu hee..dia sgt2 salute dgn siti..yg x best ialah g ngan mak n ayah iskh ngak dapat jerit2 aaa...skemaaa...

Anonymous said...

yg rugi nya penonton agak kaku ..kan? kena strategize lagi tahun depan.