Wednesday, May 30, 2007

Lirik-irik lagu yang bertakhta dihati buat masa ni...


Jika ku tak bangun esok pagi - Yusry KRU.

Jika ku tak bangun esok pagi…
Sayangku kau jagalah diri…
Sentiasa ingatkan hati…
Dirimu amat kucintai…
Andainya dihimpit kesusahan…
Sujud dan mohon pada Tuhan…
Agar diberikan bimbingan…
Meniti hidup bersendirian…
Bila terasa sejuk… Pejamkan mata…
Bayangkan dalam dakapanku…
Bila terasa rindu… Pejamkan mata…
Kita bersua dalam lena…
Kalau ada yang sudi mengganti…
Sayang… Lepaskanlah ku pergi…
Kerna insan yang seistimewamu…
Berhak untuk dicinta dalam hidup..
Sayang… Tiada apa yang kekal dalam dunia ini…
Namun, yang pasti, walaupun ku tiada nanti…
Cintaku akan kekal abadi…
Ku berharap kau takkan lupa…
Mengirimkan bekalan doa…
Kita jumpa lagi disana nanti…
Jika ku tak bangun esok pagi….


Izinku Pergi - Kaer

Sinaran mata… Cerita segalanya…
Duka lara terpendam memori semalam…
Tinggal segala cinta… tiada kembalinya…
Abadi kasih kita… Kau bawa bersama…
Mimpi indah mekar…
Saat cinta bersemi…
Sedetik asmara syurga selamanya….
Pergilah rinduku… Hilangkan dirimu…
Tak sanggup menanggung… Derita dikalbuku…
Pergilah sayangku…
Bermula semula… Semangat cintaku membara…
Kerana dia tiada niatku…
Tersemat jiwa setia bersamanya…
Cinta murni berdua… Beribu tahunnya…
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi…
Sedetik asmara , syurga selamanya…
Maafkan daku duhai kasih…
Izinkanku pergi….



Terlalu Cinta - Rossa

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi..
Aku semakin terseksa kerna tak memilikimu…
Ku cuba jalani hari dengan pengganti dirimu…
*Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu…
Mengapa semua ini terjadi kepadaku…
c/o Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya…
Namun apalah daya ini bila ternyata…
Sesungguhnya aku terlalu cinta dia….
(ulang * & c/o)




hmm... kalau cakap tak ada kaitan dengan diri, macam menipu diri sendiri. Memang lagu2 ni selalu bermain di telinga dan hati....

Alkisah....

Sungguh pantasnya masa….
hmm… dah lebih setahun meninggalkan laman… entah hormon apa yang menyerang (tetiba sekarang tgh suka kat kaler pink…hehehe), kini kembali menulis. Mungkin kerana mentorku dalam bidang pendidikan cikgu R dari segamat yang memberi suntikan. (dia ni cikgu ker doktor yek??)
Nak recap balik semua citer yang berlaku sepanjang tak menulis disini, macam mustahil jerk…. Banyak tuhhh…. Mungkin perkara yang baru berlaku dan signifikan jerk kot….
Aacchhhooo…..! (terbersin, hari ni diserang selsema, batuk dengan ulser… 1 pakej yg lengkap)

Semalam....

Sebelum mengambil keputusan nak menulis.
semula… aku dah pun amik keputusan (tgk website jerk) exam semester dua ku… agak kecewa dan sedikit pilu…. Pointer ku turun kali ni…PNGK pun terjejaslaaa… aku sedar kesilapan sendiri… betul kata ibuku, bukan takat usaha fizikal dan minda saja, kekuatan rohani dan iman perlu seiringan. Aku sedar akan semua ni, tapi tulaa, hanya kesedaran. Namun, langkah perubahan sungguh sukar dipraktikkan dan asyik ditangguhkan…. Berikan aku ruang dan masa, agar kita semua berasa bahagia….

Bulan Mei datang dan pergi…
Bila langkah jerk ke tahun baru, bulan yang aku tak jemu2 tunggu ialah bulan Mei. Istimewa dan beerti, bukan saja buat diri sendiri tapi juga buat orang-orang yang disayangi…. Hari lahir aku, hari lahir ibu, hari lahir “akakku”, hari ibu dan hari guru. Semua hari2 ni sangat dekat dihatiku. Tu belum lagi hari belia, hari jururawatlaa, hari kanak-kanak…etc. semuanya bulan yang sama, tipulaa kalau tak bangga…hehehe….
Bulan Mei tahun ni plak seperti tahun lepas School Orientation Programme, for this year upgrade sikit jadi School Orientation Programme. From 7days now, 14 days. Kali ni para trainees dapat freedom pilih sekolah sendiri. So, my group (A&E) and I decided Sek. Keb Taman Segar. Member lagi 2 org tu terpaksa bersetuju dengan desakanku yang nak sangat kembali ke sekolah tu. Bukan aper, mengimbau sejarah lama. Di situla aku 15 tahun dulu, menjejakkan kaki di alam darjah 1. Belajar mengira, menulis dan membaca. Betapa indah zaman riang itu. Walau tak serik2 dimarahi cikgu, aku tetap dengan nakalku. Selalu juga aku terfikir, adakah ketentuan illahi yang menetapkan aku seorang cikgu, bagai satu pembalasan? (hukum karma) Masa sekolah menengah, cikgu sains ku, Cikgu Norhana dia pernah cakap “nanti kalau awak jadi cikgu…awak rasalaa…” aduhh… takut pula. Dulu memang aku bencikan kerjaya sebagai guru. In fact, dalam list pilihan (dalam otakku) yang paling last sekali. Dek desakan keluarga, kiranya ni satu kes kener paksa. Dan betullah kata orang, (ntah saperla orang2 tu) ‘tak kenal maka tak cinta’. However, as I go through the course and classes on how to be a teacher, I started to fall in love with this career. Dan sedar tak sedar, dah masuk 4 tahun aku part time jadi guru tuisyen. I just love being a teacher!!
Alamak…. Dah menyimpang. Berbalik pada cerita Sek Keb Tmn Segar tu tadi. Actually, we were so grateful to have the school. The management, especially the GPK, Ms Teoh, was extremely nice and kind to us. Dia siap belanja makan. Memang sedih sangat nak tinggalkan sekolah tu. Aku sanggup keluar duit poketku beli dan tak tido siapkan party packs untuk ‘anak-anak’ kesayanganku seramai 34org di kelas 2 Budiman. Dorang memang bijak dan comel. Betapa bertuahnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Sudah tentu ibu bapa punya harapan, dan aku sebagai guru dapat melihatnya didalam mata mereka. Betapa besarnya tanggungjawab yang aku pikul…
Rewind lagi…..
Sebelum menjalani SEP tu… from 4th to 6th of May, college ada buat vacation to Redang. Fuh… almost half of a thousand sorang. Tapi takperlakan..once in a blue moon… punyerlaa aku excited nak pergi, sebab dah lama tak travel, asyik2 cheras…….kajang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tuulaa… saper suruh main hujan?? Kan dah demam. Memang frust… aku demam. Selalu ku demam biasa2 jerk, 1 hari pun boleh baik tanpa makan ubat. Tapi kali ni ku pun rasa teruk semacam. Nyaris2 pitam (beberapa kali). Tapi aku bertuah, punya rakan2 yang sangat prihatin. Sampai aku rasa macam menyusahkan plak ikut dorang pi Redang ni. Thanks a lot to Tussna. Dia dah korbankan bekalan ubat dia bila ubat yang aku bawak habis. Mana taknyer, ubat yang patut ku telan 3x jerk 1 hari, ku bantai 6x. Teori bangang manala ku pkai, konon bleh cepat baik… hampeh jerk….Haish. Balik dari KL, hilang suara dekat 2 minggu. Tapi suka juga sekali-sekala dengar suara sendiri yang serak2 basah…comel plak… (muahaha…)
Sebelum percutian, dah pun lalui peperiksaan. (result dah tau dah pun) dan satu lagi event…konsert istana cinta by DCT…(hmm..dh kuar tv dah pun..)


Sekian dulu….

testing..testing...

salam bahagia... wah...masih wujud rupernyer laman yg gelap gelita ni...hehehe...setelah mengalami proses rampasan tanah...(takdek internet connection bila pindah rumah baru...) sudah lebih satahun rupernyer tidak menjenguk laman ni.... banyak sungguh lalang dan bukan takat sarang spider.... raksasa pun mungkin ader.... nantilaaa citer panjang... "semarakkan semula cinta yang hilang..." =)