Tuesday, January 01, 2008

Imbasan Kenangan 2007...


Januari 2007
= 11 january tiap2 tahun… punya makna yang tersendiri…
= 26 january… Olay Concert di Palace of Golden Horses. Sambutan Birthday Surprise for CT diatas pentas. Pengalaman manis yang takkan lupa buat selama-lamanya…


Febuary 2007
= hmm.. takdek acara dengan DCT, tetapi saat manis dengan ‘pengurus peribadi’ menjadi peneman dan pemandu untuk satu hari (3.2.07)… Kehulu kehilir mencari hadiah hari jadi… Bila kita nak buat lagi?? Hehe…


March 2007
= DCT sangat aktif dengan aktiviti seni, tapi ku plak busy study… DCT @ Muzik2 (2.3.07), Sempat Drive seorang diri ke Ulu kelang pertama kali ke Final Pantene... (11.3.07)…DCT @ Prelude AIM (16.3.07) dan DCT @ Istana Budaya Konsert Bahtera Merdeka. (23.3.07)


April 2007
= 1 April 2007 genap 12 tahun insan seni bernama Siti Nurhaliza bertarung di medan industri hiburan. Menjadi tetamu di carta ERA (8.4.07), cergas bagai atlit di arena sukan berkampung di Fiesta Media Idola (13-15 april)…. Menjayakan konsert idaman Istana Cinta tribute to P.ramlee & Saloma di IB (21.4.07). Sambutan Secretary’s week 3 hari selepas (24.4.07) di Palace of Golden Horses.
= Betapa sibuk ‘dia’ dibulan April… punya 2 komitmen pada hari yang sama hingga Juwito Suwito pengganti di HITZ 1… (27.4.07)
= meneruskan kegemilangan di Anugerah Industri Muzik (28.4.07) serta turut berjalan kaki bersama peminat… BigWalk Malaymail (29.4.07)… Saperlaa mereka yang bertuah tu ya?? Zaff tgh exam waktu tuuuu.. huhu..


May 2007
=bulan yang amat bermakna bila diri dah mengecap usia 22… dan ada ‘orang tu’ plak 33… saper yek?? Hehe.. Hari Guru juga jatuh pada bulan yang sama…


June 2007
= didalam diari ku tak tercatat apa-apa… barangkali tertinggal events agaknya… hehe..


July 2007
= Ku pertama kali menjejakkan kaki ke UM… (9.7.07) Peluang CTRACE menjadi-jadi bila ‘dia’ menjadi juri di MYSTARZ LG… tanggal 8.7.07, warna pengalamanku bertambah bila SATU LIFT dengan CT!!! fuuhhhyyyooo!!
= Sekejap jek dah setahun bila 17July tahun lalu, ‘dia’ umum cinta hati.. (tetiba terkenang memori tuu..) Pada pagi, 19.7.07… K.CT dapat anak buah baru!! Puteri Siti Nurinsyirah Damia selamat dilahirkan.


Ogos 2007
= kesinambungan MYSTARZ LG diteruskan… tiap2 minggu penuh suka… Dan tanggal 24.8.07 … satu lagi catatan paling indah…. Peluang meraikan DCT di One World Hotel.
September 2007
= Final MYSTARZ LG di Putrajaya (9.9.07) turut bersua… walau hanya beberapa minit cuma… Ramadhan tiba…. Rakaman Raya pun bermula…. Joget Lambak bersama Fara Fauzana, (23.9.07) kami turut bersama….


Oktober 2007
= Habis Ramadhan, tiba plak Syawal dan baru Hari Raya Ke-5, (21.10.07) ke Teater Muzikal P.Ramlee pula kami singgah. Masih sekarang menggemari dan nak menontonnya lagi…. Sungguhpun pementasan belum berakhir, Majlis Jamuan Raya di RSD (29.10.07) hadir menambah seri… Terima Kasih diatas segala-galanya…


November 2007
= Perjuangan di medan Anugerah Juara Lagu, kembali beraksi… (18.11.07) Kategori Balada dan (25.11.07) Bagi Kategori Pop Rock… Tahniah!! Selamat berjuang di final nanti…


Disember 2007
= Bulan terakhir… (10.12.07) Pelancaran album ke-12 Hadiah Daripada Hati di The Legend Hotel KL.. Ku berpeluang seludup masuk… hehe.. terima kasih kak CT… 13.12.07 pula terbang menunaikan rukun islam yang ke-5 dan aktiviti penutup tirai tahun 2007 ini… sudah tentu Majlis Gathering Ulangtahun Sitizone.com yang ke-4… 24 Disember tapi sambutan 29 Disember…

Itulah corat-coret kisah perjalanan hidupku sepanjang tahun ini… Moga tahun hadapan, 2008, punya peluang dan ruang untuk sinar kebahagiaan terus menerangi…. Amin.

Pelancaran Hadiah Dpd Hati

Di Legend Hotel Kuala Lumpur... Isnin, 10 Disember 2007... jam 3pm


tak mampu dan mungkin malas nak buat review... hehe.. tapi favourite yang teramat favourite dalam album tu of course CINTAMU!!!! WANITA!!! tu jerk yang mampu ditulis... hehe... Malasnyer nak tulis...