KENANGAN 19 March 2006 @ KLIA
1030AM (MH1203)
Tak terlintas di fikiran, hari ini tercipta petermuan. Pertemuan yang amat membahagiakan dan menenangkan perasaan. Akhirnya doaku dimakbulkan tuhan… Alhamdulillah… jodoh dan pertemuan yang ditetapkan oleh-NYA terlaksana jua….
Ini antara dialog panjangku dengan kak Siti Nurhaliza. Walaupun sambil berjalan, namun setengah jam terasa cukup puas…. Perbualan yang entah apa ku merepekkan…. Kak Siti sabar jerk layan peminat….hehehe….
SCENE 1
Zaff : hai, kak Siti…
Kak CT : Eh?? Datang…terima kasih…
Kak Zyee: Eh? Macam mana tau ni?? Ni mesti kak Cleo ni…..
Zaff : yer ker.?? Hehehe….ntahlaaa…. comeynyer kak Siti….akhirnya jumper juga...
K.CT : akhirnya…tu la dah lama tak nampak susahnyer nak jumpa….
Zaff : uish…..menggigil nih….hehehe… kak siti nak sign??
K.CT : apa ni?? Amboi buat koleksi pena siti yek??
Zaff : ehehhe…tulis something kak siti??
K.CT : Ok…. Jap..jap.. jalan dulu cari tempat…Cari tiang
Zaff : hah?? Cari tiang?? Nak nyorok ker kak siti??
K.CT : hehehehe….(comey nyeerr)
Zaff : (sementara tunggu siap sign) hai kak zyee…?
K.Zyee : sekarang laaa baru nak berhai..hai…
Zaff : hehehe…jangan marah kak zyee….. takper ker kak siti?? Nyanyila lagu
Penawar rindu kak siti?? Hehehe
K.CT : takper…. Yang tu suruh cleo nyanyikan….hehehe
Zaff : kak…tulis la nama saya…bley tak??
K.CT : eerrmm….okei
Zaff : eh?? Cayalah kak Siti…betul laa ejaan nama saya…merengss saya…
K.CT : eleh….hehehehe….
(pastu salam-salam ingat dah nak balik, rupa-rupanya kak Siti park kereta kat dalam KLIA. Apa lagi… iringi kak siti sampai ke kereta laaa….wakakaka…..)
SCENE 2
K.CT : eh?? Esok tak pergi Bukit
Jalil??
Zaff : bukit jalil?? Ader aper?? (muka
blurr)
K.CT : laaa…yang esok 20 aribulan
tu…
Zaff : tu bukan ker kat stadium Negara??
K.CT : eh??stadium Negara yek? Ye ker kak zyee??
K.Zyee : iyer…. Stadium Negara Ti….(kak zyee buat muka geram)
K.Ct : Alamak….silap!!! hehehehe…. (Tutup mulut…maluuss…hehehe)
Zaff : kak Siti…..zaff teruja sangat hari ini…..
K.CT : Haaa…. Nyanyi la lagu Teruja.
Zaff : lagu Teruja?? Lagu aper tuh?? (Blurr lagi….)
K.CT : aalaa… lagu Teruja yang Ella tu….
Zaff : haaah?? Aduss.. kak siti bila nampak muka kak siti jerk benda aper pun dah tak
Ingat dah kak…. Akak nyanyi laaa…
K.CT : aallaa… lagu ni…. “Teruja….Teruja…”(buat ala2 rock mcm Ella…adusss)
Zaff : oooo….hehehehe…..
(bagi chance kat orang lain pulak sembang, ku sembang ngan kak zyee….)
SCENE 3
K.CT : lepas ni aper aktivit?
Zaff: : ni la aktivit nyer….CT race…hehehe
K.CT : (gelak) ingat korang nak pergi tengok F1…
Zaff : F1?? Tak mampu la kak siti….
K.CT : kita pun tak mampu gak…..hehehe. ni sokong saper ni??
K.Ash : Alonso!!
K.CT : aper ni?? Schumacher laaaa….
K.Ash : tak nak laaa…
K.CT : Schumacher sama zodiac ngan akak….hehehee. Cuti-cuti tak buat aper2 ker?
Zaff : Ni la aktivitnya….. manfaatkan cuti sekolah anda….hehehe… mcm pernah
dengar jerk…. hehehe
K.CT : yeerr…errmm….dah baca laa tu…
Zaff : tu la…. tagline yang ‘mematangkan kehidupan’ tu mana?? Takdek pun…
K.CT : tertinggal la tuuu….
Ku dah tak larat nak menaip lagi perbualan ku dengan kak Siti nurhaliza…panjang, lama, merapu raban tapi penuh keriangan dan keseronokan….hehehe….ni synopsis incidents mereng yang takleh lupa sampai bila-bila….hehehehe LOVE YOU KAK CT….ALWAYS!!!
Ku kener cubit ngan kak zyee pasal zone dah warna pink…..akan jadi zyee zone…. Wakakaka (‘meh sini budak ni…’-kak zyee) kak siti gelak jerk….
Kak Siti rangkul pinggangku masa amik gambar dan juga masa naik escalator bersama…..addusss…bestnyer!!!!
Kak Siti tarik tangan ku semasa menuju ke car park….
Rangkul bahu….dan mengusik ku… ‘alahai….bebudak comey ni…hehehe’
Dapat flying kiss jarak dekat dari kak Siti…..
Pengalaman paling manis sekali di pagi ahad yang indah….
Zaffirah Zaini
gambar kemudian la yek?? hehehehehe.......
Saturday, March 25, 2006
Thursday, March 16, 2006
BISAKAH DIRI INI......
- March 16, 2006 11.00pm
Assalamualaikum…….
Lama tidak meninggalkan catatan bukan bermakna blog ini dilupakan cuma masa yang tidak berkesempatan untuk diri berbuat demikian. Tatkala diri sibuk dihambat tugas-tugas harian serta kerja dan tugasan sebagai tambahan, perasaan dan emosi berkecamuk dan tidak keruan.
Mana tidaknya kerna diri dihinggap rasa sangsi. Sayang ku pada kak Siti kini, seumpama pudar bagai pelangi yang kabur dari pandangan tatkala kering air hujan. Tetapi nila tiba masa tertentu rasa rindu pula datang mengganggu. Memang benar kata pendapat, “ kalau dah namanya peminat, bertahun simpan harapan, harungi dugaan, bukan mudah memadam dan melupakan.” Kesetiaanku dan kesabaran rasa bagai tercabar oleh orang sekeliling yang turut sibuk menabur berbagai cerita. Sikap kak Siti yang tidak boleh diduga dan diramal dalam menjawab pertanyaan yang disoal. Harap dia menyangkal, tapi entahlaa macam atau memang tak masuk diakal!!!
Tapi siapa aku disisi kak Siti?? Sedangkan hard core nya si Patzzi p un menyerah diri, apatah lagi zaffirazaini ni?? Hanya aku yang perasan dan syok sendiri sedangkan kak Siti sebelah mata pun tak ambil peduli akan peminat yang makan hati.
Sudahlaa tak mahu bercerita tentang hati yang kecewa serta terluka. Sekarang ni timbul pula rasa kasihan pada artis kesayangan. Suatu takdir ketentuan Tuhan, segala yang berlaku diluar kehendak dan kawalan.
Ini semua dugaan dan cabaran dalam melayari bahtera kehidupan. “Dalam perjalanan ada dugaan dan cabaran yang mematangkan kehidupan…..”
Wassalam,
Dari keyboard zaffirah Zaini…
Kenangan bersama Kak Siti Nurhaliza….
June 2000 = Konsert Muzikal Istana Budaya
31.05.2002= Konsert Salam Terakhir Siti untukmu Sudir
24.05.2003= MHI bersama Kak Siti @ RTM
27.09.2003= @ pasar malam with Siti
14.07.2005= Rakaman rancangan Raya with Siti
4.09.2005 = Sure Heboh @ Bukit Jalil Hotlink Booth
25.10.2005= CT’s arrival from Makkah @ KLIA
24.10.2005= 2nd anniversary @ RSD received phone call from CT
Saturday, March 04, 2006
INTRIG CINTA...HEHEHE
March 3, 2006 11.50 pm
Assalamualaikum pemula bicara….semoga semua dilimpahi sejahtera….
Catatan terus dilakar…. Minggu ini terasa sangat sukar lalu ku semai benih sabar. Hmmm…. Kisah bermula dengan cerita Kak CT. Walau puteri itu kalah di ABP…. Ku masih boleh menerima realiti keputusan tatkala rakyat menjadi juri. Mungkin bukan rezeki kak CT meraih gelaran lalu mempertahankan kemenangan. Ku tak amik pusing kata orang, walau media menyerang puteriku sayang bahawa zaman kejatuhan menjemput datang. Biarlah mereka bacul berkata, tanpa mengira ada hati yang terluka…..
Habis cerita ABP…. Komitmen maktab datang tanpa henti. Dimana penghujungnya pun ku tak pasti. Mahu atau tidak, walau ini bukan kehendak, ku buat jua kerna tak dapat dielak. Bukan sahaja risau akan pelajaran dan tugasan, bahkan juga dimana akan ku tinggal bila keluarga membuat keputusan memulakan perpindahan. Saban hari ku berdoa dengan harapan, agar ku dapat teman bersama menanggung kos kehidupan. Tapi, bagaimana, dimana dan mengapa tiada?? Persoalan yang bermain dibenak fikiran….=(
Belum jejak bulan 4, assignment bulan 5 dah dapat….adduss… ku dpat Sekolah Kampung Pandan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. (ROS) Alamak… jauhnyer!!! Naper laa tak dapat sekola yang dekat?? Takla aku dihambat penat. Hmm… tak kisah sangat faktor jauh atau dekat…tapi rakan sejawat yang ku dapat…. Ya rabbi, beristghfar panjang ku lihat senarai, pabila shamala dan harjinder turut tersenarai. Tutor plak Pn.Zaira yang ku tak berapa kenal….
Ku cuba untuk menerima semua ini dengan sepositif yang mungkin, dengan seceria dan segembira yang mungkin. Ini semua dugaan dan cabaran dalam melayari bahtera kehidupan. “Dalam perjalanan ada dugaan dan cabaran yang mematangkan kehidupan…..”
Wassalam,
Dari keyboard zaffirah Zaini…
Friday, February 24, 2006
biarlah rahsia...hehehe =]
Assalamualaikum….
Hmm… masih tak percaya lagi ku dah ada blog sendiri….hehehehe=] Rasa tak sabo menulis dan meluahkan segalanya disini. Apa yang menarik?? Basically for me, it was the same routine that I repeat again and again. Go to sleep at 12.30am and wake up at 5.30am everyday. Then, catch the bus and walk to Maktab. Quite bored right?? Huhuhu….=(
But suddenly, there was a very interesting news. About someone that gives a great impact on my life. Siti Nurhaliza and Datuk Khalid!!! It was a tremendous shock for Siti’s fan worldwide. Me?? Muahaha… I quite ready with the news… I had expected this and I knew about it. For me, kak siti juga manusia biasa, punya perasaan dicintai dan bercinta. Mungkin orang itulah jodoh yang terbaik buatnya yang diberi pada kak siti dari yang Maha Esa. She is perfect in her career, so maybe this is the slack… adelaa hikmahnya tuu…
Haa… esok ku akan ke maktab, bawak kereta…harap pak guard tu benarkanla kereta kancil ku itu masuk. Esok…ku juga ada lunch appointment ngan Sitizoners di RSD. Hajat di hati nak ketemu Kak Zyee kerna rindu padanya menggunung tinggi… ehehehe…=]
Dari keyboard zaffirah zaini
Wednesday, February 22, 2006
catatan pertama....
20 February 2006 11.40pm…..
Hmm… episod pertama perjalanan kehidupan dilakar. Tak pernah2 ku buat camni, tetiba hati terdetik nak menulis. Nak tau sebab apa?? Mungkin pengaruh idolaku kak zyee… yerlaa..seronok baca catatan org lain, diri teringin juga berbuat demikian. Bukan untuk meniru, sekadar menjadi ikutan. Hehehe… kak rozie abd razak, kakak ipar ct nurhaliza, best gak baca catatan dia…
Eh?? Watper citer pasal org lain plak ni?? Bukankah ini catatan Zaffirah Zaini?? Okeilaa.. hari ni hari Isnin… hari yg paling ku tak suka. Terasa panjang dan lambatnya masa. Memang dah menjadi rutin harian, pukul 5.30 pagi lena dikejutkan. Tadi start kuliah setelah cuti seminggu..pergh..ngantuknyer semacam maka kepala pun mulala nak meragam. Kepala berat mata pun berat. Tapi ku terpaksa bangkit dan tinggalkan katil walau semacam sukar ditinggalkan. Lepas siap berdandan… bas stop hala tujuan. Ade lesen kereta, tapi apa guna jika perkhidmatan awam ini juga yg memaksa. Mahu tak mahu ku naiki juga, atas satu arahan pengarah yg gila kuasa, kereta pelajar dilarang kemasukkannya.
Ku tunggu bas dgn kesabaran, tapi jelingan tertumpu didada akhbar,wajah kak siti tersiar. Pergh… bangga ku dibuatnya. Idolaku membuat amal kebajikan, setengah juta wang ringgit diberikan pada agensi dadah kebangsaan. Pagiku diserikan keceriaan. Namun keceriaan tak berpanjangan… tatkala hari berlalu pergi, banyak sungguh bebanan yg kugalasi. Inilah harga yang harus kubayar, tatkala melalui lebuhraya bergelar pelajar. Assignment diberi tinggi menggunung, beratnya rasa tak tertanggung. Tak cukup dgn itu, hari sukan pula datang menganggu. Adduss… tabahkanlah hatiku, ya tuhanku… berikanlah ku keberkatan dlm mengharungi bahtera kehidupan. Aku cemburu melihat rakan2 seperjuangan, berjuang atas nama hiburan, membantu menegakkan seorang insan yg menjdi igauan. Mereka dikurnia masa, wang ringgit dan peluang, menatap dan berjumpa puteri yang dijulang. Aku cemburu bukan kepalang….
Tatkala banyak yg tiba, ku cuba menjadi positif, ceria dan gembira. Tak mahu terlalu tertekan dan berdukacita, kelak kerja terbengkalai, hidupku rugi dan masa depan tergadai. Ku cuba sedaya upaya, mengecapi segala cita, agar menjadi kebanggaan diri dan keluarga. Oleh itu, sampai disini sahaja catatan kali ini. Harap tulisan ini tidak berakhir disini dan menjadi kenangan abadi untuk tatapan kemudian hari menjadi kenangan seribu erti. Ada kelapangan ku menulis lagi, dengan cerita dan kisah yang penuh warna-warni.
Dari keyboard Zaffirah Zaini.
11.00pm

welcome!!!!
hai!!!! welcome to my site....
hmm... don't know what to write. maybe i'll think about it later. wait for a moment...yeah??
feel free to be here....=]
hmm... don't know what to write. maybe i'll think about it later. wait for a moment...yeah??
feel free to be here....=]
Subscribe to:
Posts (Atom)