Thursday, March 16, 2006

BISAKAH DIRI INI......

  • March 16, 2006 11.00pm
    Assalamualaikum…….

    Lama tidak meninggalkan catatan bukan bermakna blog ini dilupakan cuma masa yang tidak berkesempatan untuk diri berbuat demikian. Tatkala diri sibuk dihambat tugas-tugas harian serta kerja dan tugasan sebagai tambahan, perasaan dan emosi berkecamuk dan tidak keruan.
    Mana tidaknya kerna diri dihinggap rasa sangsi. Sayang ku pada kak Siti kini, seumpama pudar bagai pelangi yang kabur dari pandangan tatkala kering air hujan. Tetapi nila tiba masa tertentu rasa rindu pula datang mengganggu. Memang benar kata pendapat, “ kalau dah namanya peminat, bertahun simpan harapan, harungi dugaan, bukan mudah memadam dan melupakan.” Kesetiaanku dan kesabaran rasa bagai tercabar oleh orang sekeliling yang turut sibuk menabur berbagai cerita. Sikap kak Siti yang tidak boleh diduga dan diramal dalam menjawab pertanyaan yang disoal. Harap dia menyangkal, tapi entahlaa macam atau memang tak masuk diakal!!!
    Tapi siapa aku disisi kak Siti?? Sedangkan hard core nya si Patzzi p un menyerah diri, apatah lagi zaffirazaini ni?? Hanya aku yang perasan dan syok sendiri sedangkan kak Siti sebelah mata pun tak ambil peduli akan peminat yang makan hati.
    Sudahlaa tak mahu bercerita tentang hati yang kecewa serta terluka. Sekarang ni timbul pula rasa kasihan pada artis kesayangan. Suatu takdir ketentuan Tuhan, segala yang berlaku diluar kehendak dan kawalan.
    Ini semua dugaan dan cabaran dalam melayari bahtera kehidupan.
    “Dalam perjalanan ada dugaan dan cabaran yang mematangkan kehidupan…..”

    Wassalam,
    Dari keyboard zaffirah Zaini…

    Kenangan bersama Kak Siti Nurhaliza….

    June 2000 = Konsert Muzikal Istana Budaya
    31.05.2002= Konsert Salam Terakhir Siti untukmu Sudir
    24.05.2003= MHI bersama Kak Siti @ RTM
    27.09.2003= @ pasar malam with Siti
    14.07.2005= Rakaman rancangan Raya with Siti
    4.09.2005 = Sure Heboh @ Bukit Jalil Hotlink Booth
    25.10.2005= CT’s arrival from Makkah @ KLIA
    24.10.2005= 2nd anniversary @ RSD received phone call from CT

No comments: