Tuesday, October 30, 2007

P.RAMLEE THE MUSICAL… SATU PRODUKSI YANG CEMERLANG!



P.RAMLEE THE MUSICAL… SATU PRODUKSI YANG CEMERLANG!

Ahad, 21 Oktober 2007 jam 3.30pm. Pementesan yang ke-5 teater ulung terbitan Infiniti Production di Panggung Sari Istana Budaya. Sebelum persembahan bermula, diri agak skeptical dengan kredibilti teater ini. Apa lagi tentang P.Ramlee? Lagu-lagunya kebanyakan dah tahu… tu pun hasil pengajaran Cikgu Dato’ CT masa Konsert Istana Cinta bulan Mei yang lalu. Hmm… mengharapkan sesuatu yang luar biasa….
Perjalanan cerita bermula dengan emosi gembira dan happy. Kisah Ramlee di zaman remajanya, (Shafie@Mukhsin) sudah pun tergila-gilakan Azizah (Rachel Mystarz) yang sudah nampak kejelitaannya. Sukardi (Emeer Mystarz) teman baik yang amat setia menemani, telatah yang mencuit hati.

Cinta Ramlee (Sean Gahzi) dan Azizah (dato’ CT) amat teguh dan utuh hingga mereka meningkat dewasa…. Namun percintaan sembunyi mereka tidak mendapat restu keluarga bila pangkat dan darjat menjadi isu utama. Ramlee mendapat tawaran bekerja di Singapura dari Malay Film Production (MFP). Dengan mengalunkan sebuah lagu yang indah, rasa sedih dan kecewa Azizah diluah… “Ini adalah takdir kita, Ramlee”- Azizah…. “Apakah takdir kita?”- Ramlee “Bertemu dan berpisah….”- Azizah…. satu pujian buat dato’ CT yang pertama kali berlakon. It was so convincing and appealing. Sehingga menitis jua airmata…( saper tuh ya?)
Ramlee membawa hatinya yang duka jauh ke Singapura. Tapi rindu dan cintanya terhadap Azizah amat mendalam… walaupun setelah kahwin ‘terperanjat’ dengan Junaidah (Atilia), Azizah masih bertakhta dihatinya. Melihat dan cuba menyelami hati seniman yang bernama P.Ramlee ini, betapa dia kerap dikecewakan. Selepas Junaidah, Norizan (Melisa saila) pula wanita di hati Ramlee. Tetapi nama Azizah belum padam dari ingatan. Filem pertama arahan P.Ramlee, Penarik Beca merupakan refleksi dari kisah cintanya dengan Azizah. ”Berjumpa dan bercinta… tetapi menderita…”

“Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” Norizan dilaporkan curang terhadap Ramlee dan mahligai perkahwinan mereka turut musnah. “Patah tumbuh hilang berganti”… Saloma (Liza hanim) muncul mencuri hati Ramlee. Kisah cinta mereka penuh suka dan warna-warni antara Sally dan Remy… mereka saling lengkap melengkapi… dan inilah perkahwinan yang akhirnya kekal abadi….

Demikianlah, serba sedikit teater review dari zaffirazaini. Secara peribadi, ia benar-benar menyentuh hati nurani. Betapa insan seni hebat bernama P.Ramlee punya kisah hidup yang meruntun hati. Lakonan dan lagu-lagunya menghiburkan kita semua, tetapi, dia juga manusia biasa punya cerita suka duka yang hari ini, terbongkar kepada generasi muda…. Tahniah buat semua krew yang terlibat… ia memang hebat!!

1 comment:

Anonymous said...

zaf, bile nak add post baru? awak nye gamba ada dlam myspace time awak n others support ct utk pop rock
--awak pakai baju hitam ngan tudung pink kan? kalau tak silap laaa...
cepatla add post baru zaff..nak dgr story awak pg semi pop rock aritu..he he he...n nak dgr awak nye citer utk album baru ct...saya nak pg bli hari ni tapi tak dapat..so sy kene la tunggu...

from ur cute fren..
jahwati...