1 April adalah titik mula...
Melakar cerita, bertambah usia
Menjadi hukum dan prinsip masa
Yang dulu dan yang kini
Mana mungkin sama
Adakah aku, kamu, kita atau dia yang berubah?
Tak perlu berbalah, kerana tiada benar dan tiada salah
Mahu atau tidak... Masa yang berubah.
Hari ini 14 tahun dulu,
'Dia' hadir mengalunkan lagu
Dengan merdu dan tersipu-sipu
Dari usia sekolahku darjah 4 hingga keumur 24
14 tahun berlalu tak terasa lambat
Dan aku harap 'dia' tak lelah dan penat
Untuk terus menjadi yang terhebat...
Dalam 14 tahun, pelbagai catatan dilakar
Yang manis dan bahagia...mahupun
Yang tangis dan duka.
Semuanya dilalui dengan azam dan tekad
Agar laluan yang ditempuh sentiasa selamat...
'Dia' dan kerjaya membesar dan dewasa di hadapan mata
Dan aku sedar, 'dia' juga hanya insan biasa
Terkadang 'dia' khilaf dan salah
Dan aku tak mahu menjadi pendokong yang rebah
Aku mahu 'dia' baiki, hijrah dan berubah....
zaffirazaini, 31.03.09 (8.30pm)

7 comments:
Cayalah Zaff...sebuah ilham yg menarik dan penuh erti..
Azwan tertaik dgn penutup:
Aku mahu 'dia' baiki, hijrah dan berubah....
Harapan Azwan juga, Moga2 perjalanan seni 'dia' terus semakin sinar "cahayanya" dan diberkati semua.
InsyaAllah, tiba waktu dan harinya, "penantian" itu bakal menjelma.. :)
amin.... huhuhu....
aku pun tahu... (ikut nada lagu awie..).. hehe
menariknya nukilan hati.. letaklah kat sz zaff...
salam.. akak zaff, bestnye baca nukilan & tengok gambar yang akak zaff buat ni!! cantik sgt!!! we like!! hari ni besday haziq & ulang tahun mak iti.. jangan lupa bagi hadiah..hehehe..
hepi birthday HAZIQ!!! Jadilah abg long yang soleh nanti ya?? Amin... hehehe...
kak ida... malulah nk letak kat SZ... hehe..=) Thanks for the comment...
ala.. letaklah.. letaklah sekali ngan pix yg penuh bererti tu... letaklah zaff... (memujuk ni...hehe)
Post a Comment