Tuesday, June 23, 2009

Route + Tin = ROUTINE??

Isnin (22 June) – Pagi-pagi lagi ada ‘orang tu’ menganggu lenaku. (hahaha…) Hari ni dan hari-hari sebelumnyer lepas subuh memang aku akan sambung tido lagi. Hehehe… yerla, bangun awal-awal sangat takde mende nak buat. Ibu on duty siapkan breakfast bukannya ku taknak membantu, tapi aperla sangat buat breakfast tu. Hahaha… turn ku plak masuk dapur jam 8 pagi dan tugasku untuk mengemas segala sepah-sepah yang telah ditinggalkan oleh Ibu, Ayah, Ain dan Adik. Yerla… dorang nak gi kerja dan sekolah, abis tinggalkan dapur tunggang langgang. Takper, Along ada untuk mengemas. Dari jam 8 pagi sampai la jam 10 pagi, ku dapat beres bersihkan dapur basah, kemas dapur kering, sidai baju dan vacuum rumah. Lepas tu nak buat ape?

Selesai mencantikkan diri… lepak-lepak aje, dan aku sambung tonton CD3 konsert jelajah Fantasia tour. Malam tadi tak sempat bila dah dekat jam 1 pagi sempat hanya 2CD. Hmmm… konsert jelajah, sebuah sejarah dan ketika itu mengenalinya secara dekat belum lagi dapat. Aku menonton dengan penuh ketelitian, tak dapat lari dari membuat perbandingan. Itulah ‘dia’ 5 tahun sudah tapi sedikit pun ‘dia’ tak berubah yang berubah hanyalah lahiriah. Namun, ‘dia’ tetap ‘dia’, masih serupa dan sama. Dan sekali lagi aku beremosi dalam mencari erti…………

For lunch memang ku selalunya tak masak coz panaskan lauk malam tadi je. And hanya Angah je yang makan lunch pun. Me?? Hehe..ku tgh diet nasi dan hari ni pula saje puasa sunat Isnin. Dah lama tak puasa. Sedar tak sedar minggu depan dah pun Rejab rupanya.

Bila weekdays, lepas Zohor dah nak kene plan nak masak apa untuk dinner. If needed, kene call Ibu dulu mintak approval. Dan hari ni rasa macam nak masak tomyam. Dah lama tak masak menu ni. Mula-mula ku nak pegi Giant sorang2 beli barang dapur, tapi Angah plak nak keluar. Suruh dia jekla pegi beli barang. Lagipun list dan penerangan dah diberi, kalau salah entahlah….

Haa.. nak tulis tentang rancangan TV. (nak tiru Lina…Lina suka tulis TV programme dalam blog dia…hehehe) Dari Isnin - Jumaat kadang-kadang ku tengok cerita Upik Abu dan Laura tu. Tapi memang takkan missed tengok LALOLA. Best citer nih… pastu tengok plak e-toyol.com. Sebenarnye nak tengok FIDA jek, ceritanye tak best pun. Jadi sambil masak2 sambil tengok citer ni. Habis yang tu, tengok plak Aqso dan Madina kat TV9. Cerita ni pun dapat tengok sikit2 jek, ulang-alik dapur ke ruang TV. Jam 6.30ptg dah siap masak dinner…. Yang lain pun dah sampai rumah…

Bila malam pula tak menentu tengok TV. Ibu tak bagi tengok TV coz adik2 nak studi…maka layan CD kat laptop jek. (dahla takde Astro… iskh3…)

2 comments:

haziq-amsyar said...

mama: alalala...ciannya tak de astro ye.. kalo tak boleh layan "the biggest looser" hehe.. best tau cite ni.. mlm td layan VCD SN fantasia tour ke?? jgn lupa fokus bila ct nyanyi lagu surrender coz ada 1 part tu kamera fokus kat knurul & hubby ye..(seronok tau masa ni!!)

haziq-amsyar said...
This comment has been removed by the author.