Thursday, July 23, 2009

102nd entry : Terlupa… Melupakan…. Dan Dilupakan

Terlupa bukan sesuatu yang disengaja
Melupakan adalah sesuatu yang perlu dicuba
Dan Dilupakan pula sesuatu yang pedih untuk diterima.

Bila terlupa, sehabis baik akan cubauntuk memaafkan

Tapi bila dilupakan, adalah lebih baik untuk belajar melupakan

Agar tidak wujud dendam dan sakit hati

Yang akhirnya hanya memakan diri sendiri…

Namun, melupakan bukanlah mudah

Meninggalkan kenangan-kenangan indah amatlah payah

Sekali lagi… biarlah hanya aku yang beralah……


Ku akui ku sangat-sangat menginginkanmu

Tapi kini ku sedar ku diantara kalian

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Ku akui ku sangat-sangat mengharapkanmu

Tapi kini ku sedar ku tak akan bisa

Aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Lupakan aku kembali padanya

Aku bukan siapa-siapa untukmu


Ku cintaimu tak beerti bahawa

Ku harus memilikimu selamanya


(D’massiv – Di AnTara kALiaN)


Sekali lagi entry beremosi yang ku sendiri tak mahu ia terus-terusan disini. Tapi inilah rasa hati yang gagal untuk disembunyi. Walau ku tahu dan malu akan banyaknya mata yang membaca dan juga hati yang meneka, tapi ku masih cuba untuk tidak bentangkan semua kerana mahu simpankan sedikit untuk sebuah rahsia.

1 comment:

syaida said...

zaff, sungguh puitis. kuatkan semangat kerana kesediahan bukanlah abadi dan sesebuah kegembiran itu juga tidak semestinya hakiki... i miss you.