Monday, July 06, 2009

Ulser dan sambal tumis bilis.

1 Julai. (rabu) Hmm… takde ape yang menarik hari ni. Yang menarik ialah membaca newspapers reviews on SATU. Kesemuanya bagi review yang amat memberansangkan, lebih-lebih lagi Utusan. Hehehe… Hari ni yang tak bestnyer plak, dapat ulser. Alaaa… nak makan manggis….nanti habis. Huhuhu…. Ku ni amat jarang kene ulser, bila sekali-sekala kene ulser ni lidah dok ‘main’ dengan ulser. Hahaha… buruk sungguh perangai.

2 Julai (Khamis) Fuh… hujan pagi. Besstnyeer… Sejuuk jer.. lebih-lebih lagi untuk sebuah villa diatas bukit yang dikelilingi alam semulajadi. Hehehe…. Tapi kene bangun pagi coz nak kene hantar Ibu gi ofis. Balik rumah balik, basuh baju. Haaa.. while waiting for the washing machine to do its job…. Ku bleh tetido dan tido tu plak best jek mimpi…. Mimpi main badminton dengan Kak CT dan Akk PA!! hahaha… Mungkin ku memang nak join sangat jemputan main badminton kat Alam Damai Sports Centre Sabtu ni.

Bila dah tersedar dekat Jam 12 tgh hari, kelam kabut gi sidai baju. Hehehe… hari ni semua pun berpuasa sunat Khamis dan Rejab, jadi takyah prepare lunch. Tapi entah kenapa lepas zohor jek, tetiba teringin yang amat sangat nak makan sambal tumis ikan bilis. Tak kisahla ulser ni, nak juga makan sambal tumis bilis. Dengan kepakaran, ku pun masakla sambal tumis bilis special ni. Special tau coz pakai gula melaka. Superb!!!

Dah dekat waktu berbuka, ku dan Angah ke Tesco pergi amik KFC. Ain, adik ke-3 ku tu menang esei wrtitng anjuran KFC, dan dapat coupon 1 bucket of KFC. Makanya, kami sekeluarga berbuka dengan nasi, sambal tumis dan KFC. Ape punyer combination of menu la tu….hahaha….

3 Julai (Jumaat) Kene ikut Ibu pegi opis lagi?? Ni sebab gara-gara nak kene jumpa tailor, tempah kebaya plak. Dah settle, balik rumah dan bereskan kerja-kerja rumah. Aduh… tensionnyer…nak masak aper malam ni??? Dah kekeringan idea dah….. Ulser plak ni makin pedih… lagilaaa tension….iskh3…

Yieehaaa… setiap hari Jumaat adalah hari yang dinantikan. Cerita NurKasih TV3 jam 9.00pm memang amat-amat ditunggu oleh seisi keluarga. Memang best giler drama ni. Untuk minggu ni, Kak Nurul tak dapat tengok… ada kenduri dirumah mertuanya, maka kenelah jadi menantu contoh. Tak gitu kak Nurul?? Hehehe….. untuk episode kali ni, kesian si Nur tu, digantung tak bertali, memendam pedih dihati, membawa haluan sendiri, sambung belajar di university dan terpaksa bohong keluarga sendiri. Adam yang hampeh lagi keras hati masih tetap dengan keputusan untuk ke Australia dan kembali dengan cara hidup lamanya.

Secara peribadi, untuk peminat dan pembaca setia novel melayu, jalan ceritanyer macam klise… Have I read this somewhere?? Hmm.. tapi itulah, still nak tengok dan taknak miss cerita ni. Boleh menang drama bersiri terbaik tahun 2009 dengan senimatografi yang amat cantik.

1 comment:

haziq-amsyar said...

mama: tak dapat tengok cite nur kasih...huhu... thanks for the sinopsis... malam nanti nak tgk rakaman kat tv3 nye website..hehe..