Monday, August 31, 2009
Bila kebosanan di airport KK.....
Sunday, August 30, 2009
Here we go again....
Tapi masih sukar… amat sukar. It’s not the school… the school is superb fine. It’s not the people… the people there are superb kind. It is because of me… me who still cannot accept this full heartedly. Maybe due to the fact of not having my personal space, (a room/house to rent) I feel so uncomfortable. The difficulty to move around makes me feels helpless. (beware of ‘teksi sapu’.. banyak cerita menakutkan dari penduduk tempatan)
Untuk itu sekali lagi, biarlah waktu yang menjadi penentu…. Bagi ku masa adalah jawapan untuk segalanya. So, I got a very special messages to my coursemates especially those who got posted just in the peninsular, korang semua jangan nak menggatal potong line kami2 yang ‘over the sea’ nak transfer back to peninsular. Cik Ju and Cik Rahah…. Siaplaaa klau korang berdua potong line Cik Zaff ni…. GrrrGrr…
(CiK Rahah asyik sebut jek nak tukar balik KL ya?? No!! You can’t… dahla bleh drive pegi Johor dan pegi skola… dahla rumah best… satu skul plak dgn Miss Nuur…. Nak tuka lagi?? Takde.. duduk situ diam2… or you nak tuka suka sama suka dengan I…. Cik Rahah?? Hahaha…=P)
Depart from KLIA to KK… 31/8 = 9.00am and arrive at 11.35am
Depart from KK to Lahad Datu.. 4.05pm and arrive at 5.00pm
Giler lamanya stranded kat airport KK tuuu…. Dah laa sorang2 bulan puasa plak tu…huwaaa….
p/s: yeay..yeay.. dah ada celcom broadband….=D hopefully the connection stable…
Think of internet connection, streamyx is always the best. Missing those beautiful moments at PJ. Kalau bulan puasa kiter bertujuh Lina, Anis, Jue, Aizam, Izz and Maz (except Peik Jin) akan berbuka skali. Pastu Lina, Aizam dan Zaff yang slalu balik ni akan bawak food dari rumah kan? Hmm.. sickly missing our good old days…
Friday, August 21, 2009
109th entry : Serik... Serik...
Venue : Green Cow studio Bndr Sri Damansara.
Konsep persembahan agak menarik bila diselang-seli dengan sketch between artis yang terlibat. Mereka terdiri daripada Dato’CT, Saida, Sairah, CODA, Aizat, MakLang dan Louisa Chong. Rindunya pada teman-teman SZ yang rata-rata semuanya bertanya tentang ku ditempat baru. AZ pula tak habis-habis mengusikku…. Hai, version cerita siapalaa yang dia dengar tu ya?? Huhu…. Habis rakaman hampir ke jam 12tgh malam. Ku memang tak dapat nak tunggu lagi. Kesian juga kat Masz tak dapat jumpa DCT dan ambil gambar. Nak buat macam mana… ku harus pulang sebelum 1 pagi. Hmm… ramai yang memahami situasi diri ini…. Memecut pulang ke Kajang hanya mengambil masa dalam 30minit. Aik?? Cepat plak… hehe... (Sure masz takut bila ku pecut gila-gila punyer...)
Hmm... rasa terkilan sangat takde simpanan gambar kenangan bersama rakan-rakan SZ...huhu... bila laa kiter leh jumpa lagi kan??? huhu....
108th entry: After 6 years....
Venue : Dewan Tunku Canselor (DCT…eh?? DTC..hehe)
Tuesday, August 18, 2009
107th entry: Berperang dengan emosi sendiri....
Bagai mimpi yang sukar dipercaya tapi itulah yang nyata, saat dan hari itu pun tiba. 2nd of August 2009, 2.30pm me and family except for Angah arrived at Empress Hotel, Sepang. With all the strength dan dengan susah payahnya ku cuba mengangkut sendiri all the bags up to the room. Mamas has waited for me as she was my roommate for that 1 night stay at Empress. Hmm.. telah diduga dan jangka menangis bila bersalaman dengan keluarga. Sebelah petang MakNgah and family paid a short visit too and right after the dinner, the seminar begin. Guru Sandaran Terlatih (GST) itulah nama jawatan yang akan dipegang untuk lebih kurang setahun. No doubt, I was frustrated at the moment I heard that. (tak cukup ke dah belajar 6 tahun tu?)
3 August = The journey to Sabah and Sarawak begun. Sayonara to all my friends who have been posted to various districts in Sarawak. Around 1 hour after their leaving, it was our turn t fly. How did I feel?? Still in the midst of confusion…What am I doing here at the airport? (masih sukar untuk mempercayai semua ini….) The flight to Sabah took about 3 hours and around 3pm we finally arrived in Kota Kinabalu!! Checked in Tang Dynasty Hotel and be prepared for more and more talks and seminar. (asyik laa mende yang sama…. Indoctrination. “Kamu jangan harapla nak tukar. Jangan buang masa dengan rayuan….”) still staying with the same roommate, Mamas.
4 August = After anxiously waiting, around 10.30am, finally we got the name of school. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan rakan-rakan, ku ditempatkan di Sekolah Pekan Lahad Datu, berhampiran dengan airport Lahad Datu. Dan jam 4.05pm terbanglah dengan pesawat ringan MASwings ke Lahad Datu dengan perjalanan mengambil masa 50mins. Selamat tiba dan terpinga-pinga, me, sze mei and azlan akhirnya terpisah membawa dan dibawa ke destinasi masing. Sedih dan sayu kerana selepas ini semuanya bergantung pada diri sendiri. Ku dibawa Cikgu Khairul wakil SK Pekan dan PN.Aisyah wakil PPD LD terus ke sekolah. For tonight, ku akan bermalam dirumah KS dna KN. Berlawan dengan rasa segan dan malu, sukar diatasi tapi harus ditempuhi.
5 August = Report duty. Terpinga-pinga lagi sekali bila pihak pengurusan sibuk sana sini. Penat dengan senyuman yang tak seiring dengan sebenarnya perasaan, ku berkenalan dan berteman dengan guru-guru praktikal atau guru yang baru berpindah ke sekolah tu. Hanya mereka yang memahami bagaimana keadaannya ditempat yang asing dan baru. Rata-rata, yang lahir dari bibir mereka, mereka simpati dan kasihan bila ku dicampak dan dibiarkan seorang diri disini.Bagiku, mereka hanya berkata, tapi hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan ku waktu tu.
6 August = ku takkan lupa tarikh ni sampai bila-bila. Hari ni ku kene keluar dari rumah KS dan KN yang ku dan tumpang untuk 2 malam. “Bila kita dah terlalu selesa dengan kehidupan kita, kita mungkin sukar menerima orang lain” Syukur, GB allowed me to stay for around 1 week dikuarters yang dia tak gunakannya. Maka dengan bantuan Adeq, seorang kenalan yang diperkenalkan melalui Izzah, my coursemate, ku mengangkut sekali lagi. Kali ni ku sempat beli tilam dan baldi. The condition of the house was out of my expectation. There’s nothing except for build in cupboard and ceiling fan. Dapur dan pintu utama rosak. Kotor pula jangan cakaplah. Yes, luckily Amita was there and I’m not alone but she stayed in a room inclusive toilet. (dia dengan dunianya) Jadi berbekalkan sabun basuh baju yang ku bawa, ku pun bersihkan bilik dan toilet. Tanpa sedar, dah pun masuk waktu maghrib, dan ku hanya berbuka dengan air mineral bila rupanya Maggi yang ku beli tu nak masak pakai ape?? Ketika ini hanya Allah je tempat ku mengadu dan curahkan semuanya. Maghrib ku terpaksa diqada’ bila lantai masih kotor dan basah dan solat ku hanya bertawakal kepada-Nya tanpa mengetahui arah kiblat. Ku tak mampu nak jawab panggilan telefon Ibu sebab ku taknak Ibu risau andai dia tahu keadaan sebenar. Itulah saat paling menyukarkan untukku….. I was totally down at that moment.
7 August = Did not get the chance to teach yet. Bila seorang diri dibilik, menangis dan menangis lagi…
8 August = Bangun pagi rasa macam tak sihat, tapi ku gagahkan diri join Special Olympic (sukan kanak-kanak istimewa) di Padang Perbandaran. Ku taknak stress sorang-sorang dalam bilik. Later, around 2.30pm met Azlan and Sze mei at the town KFC. Bila masing-masing bertukar cerita, there are pro’s and con’s. Syukur, ku dikurnikan sekolah dan pengurusan yang berimbang rasa bila cuti ku diluluskan dari 14 hingga 21 August sempena konvokesyen dan cuti sekolah. However, I’m lost in searching a good place to stay. Finished with that, ku dijemput Pakcik Umar, suami Makcik Rahma rakan sejawat Ibu Agrobank Lahad Datu. Alhamdulillah, merekalah waris terdekat ku disini. Mereka pun sudi menumpangkan ku andai ku masih belum ketemu rumah sewa.
9 August = Ahad yang tiada apa yang menarik. Rindunya pada alat yang bermama TV.
10 August = Hari pertama mengajar tapi waktu terjejas dengan perhimpunan dan menjadi juri pulafor jazz chants dan Action songs competition. Hari ni ku berbuka puasa dalam gelap pula. Aduhai….
11 August = I handed in the letter on my application to extend my convocation leaves. “Saya dah luluskan, tapi kene bincang juga dengan Guru Besar.”- en.Rahim (PK) berderau darah ku bila mendengarnya. I thought it was already confirmed. Tiket flight pun dah book on the 31st nanti. After the school’s session ended, I walked into the GB’s room. Alhamdulillah, diluluskan. Sujud syukurku kepada-Nya. There were a lot of interesting stories about my 2 classes, 4 Iltizam and 4 Ilham. Maybe I will write down in another special entry.
12 August = hari yang ditempuh, sehabis baik mengelakdari mengeluh. Meneruskan kerja-kerja mennggunting dan menyusun kupon yang beribu-ribu sempena acara hari Sabtu. (lega juga ku tiada disitu nanti. Hehehe….)
13 August = hari yang ku rasa busy melampau. Ku kene siapkan dan uruskan semuanya sebelum pulang. Hari ni juga ku diberi tugas menjadi juruacara. Memang keberatan, tapi terima sahajalah bila kita masih baru disini. Senyuman dipamer seikhlas rasa bila esok ku akan terbang semula. Ramai juga yang memesan kiriman yang beraneka. Bunyi jek loceng, ku bergegas balik ke bilik dan berkemas sekali lagi. Lepas Asar hari ni, ku akan berpindah pula ke rumah Pakcik Umar dan Makcik Rahma. (tempat tinggal yang ke -3 dalam kurang 2 minggu, ku dah penat hidup macam ni….) Aku menumpang di bilik solat rumah mereka. Jadinya, ku bentang tilam, dan susun baju kat situ. Ku terpaksa kosong kan beg untuk pulang ke KL esoknya. Malam yang panjang bila setiap sejam ku terjaga. Ditempat baru barangkali…..
14 August = jam 5 dah terjaga. (memang kat sini life starts at 6am… dah cerah macam jam 7am kat semenanjung. Beza waktu solat semuanya dalam sejam lebih awal) Jam 7 pagi Pakcik Umar dah menghantar ku ke airport dan flight ku pagi ni jam 8.15am dari LD ke KK. Explorace sorang-sorang di airport. Tiba di KK jam 9 lebih lepak di McD, online sehingga jam 11. Ku pun check in untuk flight jam 12pm. Tiba di KLIA jam 3pm, memang mencabar. Th e plane landed at the International gate bukannya domestic. Maka ku pun bertanya sini sana untuk collect my big red bag. Lepas zohor di KLIA, naik pula ERL hingga ke Putrajaya menanti pula Ayah disana. Selamat tiba dirumah jam 5pm……
Disini, ku ingin mengucap terima kasih yang tidak bertepi kepada keluarga, sepupu, sahabat dan teman rapat seperti K.Nurul, K.Zetty, K.Zie, K.Jue, Fairuz Selamat, Lina, Mamas, Aizam, Adeq, yang tidak putus-putus bertanya khabar dan memberi kata-kata dorongan serta semangat sekaligus meringankan beban emosi sunyi dan sendiri yang amatlah berat untuk ditempuhi……
Saturday, August 01, 2009
Terima Kasih Yang Teramat Sangat.....
Terima kasih Kak Dora @ LG kerana sudi menganjurkan majlis yang amat bermakna
Terima kasih Kak Zie kerana sudi turut serta dan mengeluarkan kos pula
Terima kasih Kak Nurul untuk satu perkongsian rasa
Terima kasih Kak Fa, Kak Jamm, Kak Sha, Kak Anje, Kak Aizee, Kak Zetty, Kak Lia dan Kak Ehan kerana sudi meluangkan masa….
Terima kasih akan terus diucapkan kerana cipta indahnya kenangan
Terima kasih kerana sudi menerima dan membenarkan saya menjadi sebahagian kalian
Walau perkenalan menjangkau 6 tahun, 4 tahun malah ada yang seminggu, tetapi keakraban bagai untuk tahun yang ke-seribu. Sesungguhnya diri ini amat-amat terharu….
Disini, ku ingin memohon maaf andai mungkin ku tak seceria biasa dan semuanya bagai hilang rasa. Terlalu banyak perkara yang berlaku pada satu-satu masa, terlalu banyak mainan emosi dan rasa. Bila datang rasa gembira… diselubungi pula rasa bersalah dan duka. Minta maaf sangat-sangat, harap-harap tak merosakkan mood majlis.
Terima kasih juga buat Kak Saida yang kebetulan berada disitu. (cara akak peluk sayadan bisikan kata-kata buat saya sebak……)
Dan terima kasih juga buat kak CT untuk tanda ingatan. Selama 14tahun, tak pernah saya bayangkan dan gambarkan menerimanya. Sesungguhnya… sayalah yang paling bertuah didunia!!