Tuesday, September 15, 2009

114th entry: The journey back for Hari Raya….

Barisan guru2 cuns... hehe... in brown beside me tu Ustazah Suziyah or Kak Zi.. then same theme with me Agnes, KPLI from Sarawak, in blue Kak Rosni (orang kristian dusun) dan kak Suriani KPLI also. Hmm.. dorang dah last kat skola tu... going to miss them....

At last… 15sept 2009 the last day of school before all the Muslims are off for 1 week holidays hari raya starting this Sunday. Happiest moment right?? Hmm.. not really. My flight ticket is on the 18th which this Friday from Sandakan to LCCT. (another 3days to go…huhu…) And due to Hari raya celebration, my school has taken the chance toheld a special occasion. All the pupils and the teacher s form the afternoon session were asked to come over during the morning session. Hmm… no T&L activity and the school session ended at 11am. (Untungnya for those who bought tiket hari ni mcm Ustazah Zi tu…… huhuhu…)

Kak Zi yang menceriakan hidupku. Lawakss dia ni. "Kawe gi mano pun, baik belajo ket Mesir ko, dok ket sabah ni ko... kawe cakap Kelate sokmo." hahaha... Kenyataan ni akan keluar bila aku try cakap Sabah.

Sumbangan dihulurkan kepada anak2 yatim dan murid miskin, baik dari pihak sekolah mahupun dari individu perseorangan. Ramai juga guru-guru yang aku lihat mengeluarkan wang poket mereka sendiri menghulurkan duit raya. Hati amat meruntun untuk sama menyertai…kalau lah aku sudah bergaji. Nama mereka disebut satu persatu…. Lagu Airmata Syawal menjadi latar, bagai meruntun sayu. Ku cuba menahan airmataku agar tidak jatuh dihadapan murid2… tapi akhirnya gagal bila anak2 yatim sekecil tahun 1 terpinga-pinga naik ke pentas, yang sudah sedikit dewasa menangis tersesak-esak bagai memahami situasi yang mereka alami. Ku berdoa agar ku tak sia2 kan mereka… besarlah harapan untuk melihat mereka berjaya menjadi manusia yang berguna.
  • Bulleted List
Comel kan 2 budak2 kecik kat depan ni?? Pity them.... Bersyukurlah kita akan kurniaan ibu bapa kepada kita... huhu...

Finished with that… I just loitering around the school. Sitting and chit chating with them. Sempat juga kuhulurkan senaskhah buku dan duit raya buat Jannah, anak muridku di 4 Iltizam. Maybe it seemed that I am biased, but she is a very good girl. She stays with her aunt as her father is working somewhere in the Peninsular while her mom has passed away after giving birth to her brother. Sedih kan??Yes!! i'm being biased. i do love 4 Iltizam more than 4 ilham... huhu... forgive me 4 ilham...
Comelnyeeerrr Zaidruzaini...(the one with songkok)


The girl in yellow (kat sini prefects wear yellow)..Chong Ming Mei... Best dia nih... sporting. Another girl tu Sharifah.

Dorang ni pantang bergambar. Iskh3... mcm last day je kan?? hahaha... entah baper lamalaa ku disini....



Packed all the things and fully prepared for the journey to Sandakan tomorrow at 1pm together with Sze Mei and kak Sophea. LInaaa.... nantikan ketibaan ku dalam jam 4ptg ya?? hehe...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin....=)

Saturday, September 12, 2009

Hikmah berseorangan dan pengajaran dibulan Ramadhan.


Tinggal lebih kurang seminggu Ramadhan semester ini akan meninggalkan kita. Bagaimana dengan CGPA nya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ramadhan ku ditempat baru dan suasana baru amatlah berbeza. Disini ku bersahur sekadar minum air dan kalau rajin lagi dengan kurma atau biskut. Ku segan nak join ‘keluarga angkat’ ku ni bersahur. Almaklumla.. dah la tak membantu, tiba-tiba nak join makan pula. Terlapas sahur pun selalu bila disini jam 4pg tu dah dikira lewat. Kalau di daerah asalku, jam 5pg masih banyak lagi waktu, tapi disini ku dah bersiap sebagai guru.

Ramadhan disini berbuka awal. Ku membantu ‘makcik’ apa yang patut. Hmm… mereka ni lebih suka membeli bila dalam peti sejuk takde apa sangat yang boleh dimasak. Lagipun ku tak berani nak main masak, dibuatnya lain cara dan citarasa lain pula ceritanya. Jam 6.15ptg dah pun berbuka bersama-sama ‘keluarga angkat’ ku ni memang simple. Jadi sekadar nasi dan lauk pauk kadang2 ada kuih. Jadi dalam masa 30minit selesai dah. Siap berkemas ku minta diri masuk ke bilik solat maghrib. Selalunya lepas ni dah tak keluar2 bilik dah. Cuma jumaat malam tumpang tengok tv untuk Nurkasih dan kadang2 mengajar English pada ‘adik angkat’, Zubair namanya.
Bila sorang2 dalam bilik lepas solat maghrib sementara menanti Isya’, al-Quran lah mengisi masa. Inilah salah satu hikmah yang ku peroleh bila disini. Kat sini ku tak berapa sibuk dengan itu dan ini. Isya’ masuk jam 7.30pm dan 7.45pm ku dah mula buat terawih. (syukur ada buku panduan tu) Mula-mula tu memang syahdu terawih sorang2 tapi kini dah ok dah.

Bila berseorangan disini… hanya diri sendiri bersama Pencipta. Tiada keluarga… tiada teman gelak dan tawa…. Jadi hanya didalam doalah dicurahkan semua. Suatu sesalan andai dulu bagai lokek untuk meluangkan masa bersama-Nya. Ya Rahman.. Ya Rahim… permudahkanlah urusan, keluarkanlah hambaMu ni dari kegusaran, kesusahan dankepayahan. Sesungguhnya, hanya Mu Ya Allah yang menentukan segala-galanya…Amin.

*Amat-amat diruntun sayu menulis sambil mendengar alunan Asma Ul Husna dari DCT....*

Tuesday, September 08, 2009

112th entry: Hmmm...

Interviewer : Do you like to become a teacher?
Me : Not really.
Interviewer : But, why are you here for the interview?
Me : Because my mom asked me to do so.
Interviewer : If we send you somewhere far to teach, are you willing to go?
Me : No, I’m not.

That was just a part of my first enrollment interview back in year 2003. I wonder why the KPM still offer me the course even though I was honest to say I am not really preferred to be a teacher. I didn’t have any other option than just to accept it as there was only one way out which was form 6. Yet, they also sent me so far away to teach even though I was daring enough to say I’m not willing. Why KPM?? Why??? Bila ini yang dipersoalkan hati, akal hanya mampu memujuk… Ini semua kerja TUHAN Yang SATU… Hanya Allah yang Maha Tahu.
Namun hati yang masih bagai tak puas hati, masih berusaha untuk mencari jalan yang diingini.

Kenapa hati masih tak puas hati?? Because all the sweet promises given by KPM before I arrived ‘here’ were not fulfilled. ‘Jangan risau… tempat tinggal akan disediakan.’ ‘Kami akan bantu guru-guru baru…’ ‘Sekarang dah maju… tunggu gaji takkan sampai 3 bulan dah lagi.’ But now… ape cerita?? Ku dah penat kehulu hilir naik teksi bayo teksi mencari rumah sewa… ku dah malu dan segan nak bertanya sini sana dengan soalan yang sama. Persatuan guru2 semenanjung membisu, PPD pula dah membatu. Bila kerani bagitau gaji ku November, ku terpinga. Macam mana Azlan yang di Jeroco yang estet boleh gaji bulan Oktober? Salah aku ke gaji lambat atau ada pihak yang buat kerja lewat? Ya, memang aku terdesak akan gaji ni… duit rumah, duit teksi, duit broadband, duit flight, kos kehidupan yang lain-lain. Bukan family tidak membantu, tetapi bila kos dah lebih seribu, satu bebanan yang aku sendiri malu.

Raya tahun ni juga berbeza. Tidak membantu buat biskut raya… tidak keluar membeli belah juga. Tapi syukur ku diberi kesempatan untuk seminggu beraya. Hmm.. lepas ni balik semula bila cuti akhir tahun. Itu adalah tempoh paling lama untuk ku balik semula ke daerah yang ku selalu rindui…….