Monday, June 04, 2007

ER vs Grey’s Anatomy.



"what a gorgous guy..."
Bila tengah boring2 ni, tetiba terimbas kenangan masa dok belek2 profil budak 2 Budiman tu. Masa tu aku meniliti sorang demi sorang catatan cita-cita masa depan. Hampir 100%, semuanya memilih doktor sebagai kerjaya. Aku hanya tersenyum…. Sebabnya dulu pun aku macam tu. Entah saper yang berkata, atau memaksa aku memilih cita-cita doktor sebagai impian kerjaya. Dari darjah satu dari tingkatan 3 memang aku berkobar nak jadi doktor. In fact, waktu tu tengah popular cerita ER (Emergency Room) kat tv2. Memang aku terlopong tengok cerita tu. Ketika itu aku memang tertarik dengan watak seorang doktor pompuan yang tempang kaki kiri, tapi merupakan seorang ketua diunit tu. Gosh, I juz can’t remember her name though I was really inspired by looking at her determination in working. Teruja…memang teruja. Dorang bukan saja smart, but charmed and handsome!!! (walau sakit hati, bila kat tv, orang hensem dan lawa macam dalam gambar2 tu bukan takat hensem dan cun, tapi pandai plak tu. Macam tak adil jerk..huhuhu…) Lepas tengok cerita tu, selalu berangan pakai kot putih tu (ala org kejer kilang pun pakai….hehehe) dengan stetoskop. (hik! Betul ker aku eja menda alah tu??)

Tapi malang sekali bagiku, bila tak mengukur kepandaian otakku dengan angan-angan yang dipasang. Bila result PMR ku keluar, terkedu!!! Aku takkan boleh lupa macam mana aku menangis terduduk kat depan cikgu, dan ustaz kener papah aku keluar dari bilik amik result tu. Memang waktu tu aku rasa “it’s end of my life!!!” however, Alhamdulillah, aku kuatkan hati untuk membalas dendam waktu SPM nanti. Walau rakan2ku yang lain berbangga dengan tawaran demi tawaran yang mereka dapat from MRSM, aku masih setia di SMKC. Dan aku sayangkan semua cikgu2 kat situ…. Oleh itu, aku cuba memadam impian untuk menjadi doktor dan memasang cita-cita untuk menjadi akuntan pula. Yerlaa… aku masuk kelas sains akaun. Tu untuk 3 bulan pertama, sebabkan aku fobia dengan add maths, aku masuk pula kelas geografi yang ada minor akaun. Hey… I’m really good in geografi tau… best student in SPM!! Hehehe…..

Allah S.W.T penentu segalanya…. Bila tengok pada subjek yang aku amik, it was not a good combination. I cannot apply matriks sebab tak amik add maths…so, punahlaa harapan pula nak jadi akauntan. Hmm… sekarang ni aku dah takleh pasang cita2 lagi…sebab dah ada prospeks kerjaya dah…. Ikut jerkla jalan yang terbentang, tanpa ada impian yang dipasang. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan keazaman, agar di penghujung jalan, disinari kejayaan…. Cewah!

Haa… actually, nak buat comparison between ER dengan Grey’s Anatomy. Tapi introduction cerita, melalut pula. Walau kini, ER dah takdek kat tv lagi, tapi for me, it’s still the best tv series ever. Pernah juga tengok cerita doktor2 versi Jepun entitled “The Great White Tower”. Tapi kisah ni more likely mengajak penonton melihat sifat2 pada 2 orang doktor. Macam mana seoran doktor pakar menggunakan taktik kotor untuk naik mejadi lembaga pengarah di hospital tersebut. Gila kuasa betul. Seorang lagi doktor plak, baik, murni hati tapi selalu kener buli dengan doktor gila kuasa tu. Dorang berdua kawan baik sejak kecik. Friendship, competition and survival…. Tak banyak paparkan adegan bedah2 orang ni. And now, ada Grey’s Anatomy. Nasib baik jugala ada cerita genre macam ni yang semamangnya my favourite. Kalau tak… balik2 citer CSI… Grey’s ni pulak ada slacknyer. Banyak sangat memaparkan pasal kehidupan sex doktor2 tu. Approach Grey’s pulak lebih light and comical. ER lebih serius… mungkin setting sama, tapi format yang berbeza untuk disesuaikan dengan permintaan semasa.

Dari keyboard zaffira zaini….

Friday, June 01, 2007

Mereka yang dikagumi, mereka sumber inspirasi…

Dalam meniti sebatang jalan yang bernama kehidupan, amat mustahil untuk kita berjalan atau memandu sendirian. Walau ada diantara kita dengan lantang bersuara, ‘aku sendiri boleh buat dan capai segalanya’, namun, jauh disuatu tempat, kita akan mengeluh penat. Kita tak mampu dan memang tak mampu jalani segalanya sendirian. Mahu atau tidak kita perlukan teman.
Ini kisah rakan kuliahku yang aku sendiri tak begitu rapat. Menurut cerita teman seasramanya, dia selalu bercakap dengan ‘patung itik’ kesayangannya ketika ditimpa masalah. Mula-mula aku dengar memang seram dan ngeri kerna tak sangka orangnya macam ni. Tapi lama-lama timbul pula rasa simpati…
Bagi aku, teman yang sejati adalah sesuatu yang perlu dicari. Tapi nak cari kat mana?? Aku sendiri tak tau sama ada aku dah jumpa ke belum. Aku definiskan teman sejati sebagai teman yang sentiasa berada disisi dan selamanya menemani. Sejak dari alam sekolah hinggan kini, aku memang punya ramai teman dan kenalan. Tapi mereka hanya datang dan pergi. Masa sentiasa dekat, memang mengaku teman rapat. Tapi bila tamat sekolah, semuanya kemana entah. Sama juga dengan rakan2 kuliah. Bila cuti semester, nak tggu balasan sms punyala payah. Rakan-rakan yang satu lagi ni, bila ada agenda tentang ‘dia’ baru dengar berita. Aku masih memerhati dan meniliti serta cuba mentafsir situasi…
Apa laa aku ni, tajuk lain pi cerita lain. Sebenarnya, aku nak ceritakan tentang insan2 yang telah meniup sumber motivasi dan kekuatan diri agar diri lebih kuat berdiri. Ada sebab dan justifikasi mengapa mereka aku pilih sebagai sumber inspirasi.




1) Dato’ Siti Nurhaliza = seawal usia darjah 5, aku amat mengaguminya. Pada dirinya aku melihat akan kelembutan yang dipamerkan dan juga ketegasan dalam keputusan. Bila bersamanya, hati sentiasa gembira. Dan seperti dia, aku juga mahu orang2 yang berada disampingku gembira. Hehehe…



2) Pn. Rozie Abd Razak = seorang wanita yang kuat dan gigih berkerja. Walau aku baru sahaja mengenalinya…(baru setahun jagung) layanan mesra yang diberi, buat diri berasa begitu dihargai. Secara jujur, aku mengagumi kemampuannya dalam membentuk keluarga dan membina kerjaya…


3) Cikgu Reen = seorang guru yang aku rasa sangat istimewa. Mengenali dirinya membuat diri rasa teruja. Pertama kali aku mengenali, seroang guru melayu mengajar di sekolah minoriti. Sejujurnya, aku amat mengagumi guru sekolah menengah ini. Walau rasanya anak muridnya lebih besar darinya…(hehehe) tapi jangan sangkal kebolehan dan tinggi ilmu didada… (iskh..jgn puji lebih-lebih, dia tgh baca tuu…)


4) Dr. Cleo in the making = seorang lagi kenalan yang pada mulanya hanya bermesra dialam maya. Bila mengetahui latar belakang peribadi, betapa tinggi semangat akak ni dalam memperitngkat sahsiah diri. Belajar bukan perkara yang mudah. (aku nak abiskan ijazah pun payah) Untuk itu aku harus belajar dari dia bagaimana untuk menjadi pelajar berjaya.
sekian dulu...

Merapu jerklaa....

Datang bagai ribut, pergi macam semut…

Aduuhh… dalam jarak tak sampai sebulan, aku jatuh (gedebub) sakit lagi. Kali ni batuk dan selsema pula. Kalau selsema jerk ku tahan lagi… tapi bila kener batuk, macam nak meletup peparu. Aku ni jarang jatuh sakit sebenarnyer. Masa form 5 and form 4, 2 tahun aku jadi best student untuk kehadiran 100%. In fact, rekod tu dikekalkan sehingga la ku di IPTA. Setahun boleh kira baper kali aku demam, batuk or selsema. Tapi sekali sakit, memang tumbang terus. Orang selalu cakap…(sebenarnya ibuku yg selalu cakap) sakit ni macam kifarah dosa. Kalau kita sabar dan redha, insya’allah, dos-dosa kecil akan diampunkan…. Oleh itu, sabar dan redha jerklaa…hehehe…. =)
Cuti yang blurr…

Bila tgh dihambat kesibukan, cuti adalah perkara yang amat diperlukan. Tapi bila diberi cuti sebulan, rasa blurr tak keruan…. Cuti punya banyak definisi. Ada yang maksudkan beristirehat, bangun tengah hari pun boleh, dan ada juga yang maksudkan cuba lari dari tanggungjawab dengan mengambil cuti. Tak kurang juga yang maksudkan…ehem.. orang pompuan tau la kan maknanya…hehehe. Tapi cuti yang tgh aku lewati ni sekadar cuti dari kuliah. Rutin yang berbeza tapi penatnyer macam sama jerk. By looking at the positive side, tanggungjawab yang satu lagi ni dapat melengkapkan lagi untuk menjadi insan yang berdikari. Takdekla orang mengata, belajar tinggi melangit tapi masak nasi hangit…. Hehehe.
Kadang-kadang aku selalu terfikir. Ibuku serba-serbi lengkap. Cukup sempurna. Kerja pejabat pulang lewat, memasak pun best sangat, menjahit pun hebat. Aku bolehla takat kerja dapur, tapi kerja tangan, hancur! Sungguhpun macam tu, aku ada juga rakan-rakan yang satu ape pun tak tau. Yang peliknyer, parents dorang tak ambil kisah pun. Mungkin aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang masih lagi mengamalkan ciri-ciri irama Malaysia. Pernah aku memberontak tak puas hati, tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku punya keluarga satu hari nanti, aku pun nak guna cara yang sama…. Hik!! Apehal la aku bleh terfikir sampai ke situ…hehehe…
Datang bagai ribut, pergi macam semut…

Aduuhh… dalam jarak tak sampai sebulan, aku jatuh (gedebub) sakit lagi. Kali ni batuk dan selsema pula. Kalau selsema jerk ku tahan lagi… tapi bila kener batuk, macam nak meletup peparu. Aku ni jarang jatuh sakit sebenarnyer. Masa form 5 and form 4, 2 tahun aku jadi best student untuk kehadiran 100%. In fact, rekod tu dikekalkan sehingga la ku di IPTA. Setahun boleh kira baper kali aku demam, batuk or selsema. Tapi sekali sakit, memang tumbang terus. Orang selalu cakap…(sebenarnya ibuku yg selalu cakap) sakit ni macam kifarah dosa. Kalau kita sabar dan redha, insya’allah, dos-dosa kecil akan diampunkan…. Oleh itu, sabar dan redha jerklaa…hehehe…. =)




Cuti yang blurr…


Bila tgh dihambat kesibukan, cuti adalah perkara yang amat diperlukan. Tapi bila diberi cuti sebulan, rasa blurr tak keruan…. Cuti punya banyak definisi. Ada yang maksudkan beristirehat, bangun tengah hari pun boleh, dan ada juga yang maksudkan cuba lari dari tanggungjawab dengan mengambil cuti. Tak kurang juga yang maksudkan…ehem.. orang pompuan tau la kan maknanya…hehehe. Tapi cuti yang tgh aku lewati ni sekadar cuti dari kuliah. Rutin yang berbeza tapi penatnyer macam sama jerk. By looking at the positive side, tanggungjawab yang satu lagi ni dapat melengkapkan lagi untuk menjadi insan yang berdikari. Takdekla orang mengata, belajar tinggi melangit tapi masak nasi hangit…. Hehehe.
Kadang-kadang aku selalu terfikir. Ibuku serba-serbi lengkap. Cukuo sempurna. Kerja pejabat pulang lewat, memasak pun best sangat, menjahit pun hebat. Aku bolehla takat kerja dapur, tapi kerja tangan, hancur! Sungguhpun macam tu, aku ada juga rakan-rakan yang satu ape pun tak tau. Yang peliknyer, parents dorang tak ambil kisah pun. Mungkin aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang masih lagi mengamalkan ciri-ciri irama Malaysia. Pernah aku memberontak tak puas hati, tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku punya keluarga satu hari nanti, aku pun nak guna cara yang sama…. Hik!! Apehal la aku bleh terfikir sampai ke situ…hehehe…