"what a gorgous guy..."
Bila tengah boring2 ni, tetiba terimbas kenangan masa dok belek2 profil budak 2 Budiman tu. Masa tu aku meniliti sorang demi sorang catatan cita-cita masa depan. Hampir 100%, semuanya memilih doktor sebagai kerjaya. Aku hanya tersenyum…. Sebabnya dulu pun aku macam tu. Entah saper yang berkata, atau memaksa aku memilih cita-cita doktor sebagai impian kerjaya. Dari darjah satu dari tingkatan 3 memang aku berkobar nak jadi doktor. In fact, waktu tu tengah popular cerita ER (Emergency Room) kat tv2. Memang aku terlopong tengok cerita tu. Ketika itu aku memang tertarik dengan watak seorang doktor pompuan yang tempang kaki kiri, tapi merupakan seorang ketua diunit tu. Gosh, I juz can’t remember her name though I was really inspired by looking at her determination in working. Teruja…memang teruja. Dorang bukan saja smart, but charmed and handsome!!! (walau sakit hati, bila kat tv, orang hensem dan lawa macam dalam gambar2 tu bukan takat hensem dan cun, tapi pandai plak tu. Macam tak adil jerk..huhuhu…) Lepas tengok cerita tu, selalu berangan pakai kot putih tu (ala org kejer kilang pun pakai….hehehe) dengan stetoskop. (hik! Betul ker aku eja menda alah tu??)
Tapi malang sekali bagiku, bila tak mengukur kepandaian otakku dengan angan-angan yang dipasang. Bila result PMR ku keluar, terkedu!!! Aku takkan boleh lupa macam mana aku menangis terduduk kat depan cikgu, dan ustaz kener papah aku keluar dari bilik amik result tu. Memang waktu tu aku rasa “it’s end of my life!!!” however, Alhamdulillah, aku kuatkan hati untuk membalas dendam waktu SPM nanti. Walau rakan2ku yang lain berbangga dengan tawaran demi tawaran yang mereka dapat from MRSM, aku masih setia di SMKC. Dan aku sayangkan semua cikgu2 kat situ…. Oleh itu, aku cuba memadam impian untuk menjadi doktor dan memasang cita-cita untuk menjadi akuntan pula. Yerlaa… aku masuk kelas sains akaun. Tu untuk 3 bulan pertama, sebabkan aku fobia dengan add maths, aku masuk pula kelas geografi yang ada minor akaun. Hey… I’m really good in geografi tau… best student in SPM!! Hehehe…..
Allah S.W.T penentu segalanya…. Bila tengok pada subjek yang aku amik, it was not a good combination. I cannot apply matriks sebab tak amik add maths…so, punahlaa harapan pula nak jadi akauntan. Hmm… sekarang ni aku dah takleh pasang cita2 lagi…sebab dah ada prospeks kerjaya dah…. Ikut jerkla jalan yang terbentang, tanpa ada impian yang dipasang. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan keazaman, agar di penghujung jalan, disinari kejayaan…. Cewah!
Haa… actually, nak buat comparison between ER dengan Grey’s Anatomy. Tapi introduction cerita, melalut pula. Walau kini, ER dah takdek kat tv lagi, tapi for me, it’s still the best tv series ever. Pernah juga tengok cerita doktor2 versi Jepun entitled “The Great White Tower”. Tapi kisah ni more likely mengajak penonton melihat sifat2 pada 2 orang doktor. Macam mana seoran doktor pakar menggunakan taktik kotor untuk naik mejadi lembaga pengarah di hospital tersebut. Gila kuasa betul. Seorang lagi doktor plak, baik, murni hati tapi selalu kener buli dengan doktor gila kuasa tu. Dorang berdua kawan baik sejak kecik. Friendship, competition and survival…. Tak banyak paparkan adegan bedah2 orang ni. And now, ada Grey’s Anatomy. Nasib baik jugala ada cerita genre macam ni yang semamangnya my favourite. Kalau tak… balik2 citer CSI… Grey’s ni pulak ada slacknyer. Banyak sangat memaparkan pasal kehidupan sex doktor2 tu. Approach Grey’s pulak lebih light and comical. ER lebih serius… mungkin setting sama, tapi format yang berbeza untuk disesuaikan dengan permintaan semasa.
Dari keyboard zaffira zaini….
No comments:
Post a Comment