Dari pintu masuk hingga ke pintu kereta….
Kami pun mengambil tempat duduk masing2. Hmm… dekat dengan juri nampaknya. Tapi yang paling dekat k.aizee… dah boleh jadi juri keempat. Hehehe…. Jam sudah hampir ke jam 6pm. Dah nak start dah mystarz LG ni…. Mana ‘juri’ tu? Tetiba zaff perasan kelibat seseorang ditepi stage. Almaklumla orang duduk tepi sekali, nak mengelak kamera tv. Takut ibu kat rumah nampak, kene marah sebab tak minta izin dia dulu…huhuhu. “eh?? Rambut pendek?? Betul ker dia ni??” sambil zaff membetulkan specs dimataku. Haaaa!!! Sungguhh.. itu memang dia!!!!! Dato’ Ct Nurhaliza!!! Hati menjerit suka!!! Hati melaung teruja!!!!! Gembira tak terkata!!! Dari jauh dapat melihat, dia membalas senyuman, turut juga membalas lambaian. “Rileks zaffira zaini… jaga perangai…” peringatan buat diri sendiri. But, there’s something missing. Bagai tak lengkap rasa teruja bila mata masih mencari yang lagi ‘satu’. Hmm… bukan rezeki lagi nak jumpa sorang lagi. Huhuhu…..
Well, we also had so much fun ketika menyaksikan performance all the six contestants. Semua best… tapi Emeer yang berusia 12 tahun tu superb!!! Sayang kat adik emeer… hehehe. Sedar tak sedar, acara pun tamat. Apalagi kami pun meluru keluar….
Agenda tidak berhenti takat itu. Kami menanti diluar, punya hajat dan niat yang satu. Kami sempat bergambar kenangan di poster mystarz. (ini taktik supaya takdekla org tertanya-tanya, kami menunggu siapa…) lebih kurang 5 minit selepas itu… kak ct keluar…. Ikut hati nak terkam jerk…. Tapi sabar… control cun sikit… Hehehe… Kami bertanya khabar, bersalam dan berpelukan erat dan bergurau senda menceriakan suasana. Habis gambar kenangan, ingat tiba masa perpisahan, tanpa sedar kak ct bersuara…”Jom ikut kak ct naik lif??” “haa?? Biar betul ni kak Ct..” “Jomlaa… “ kak Ct paut bahu…. Adduuuhh!!! Rasa nak pengsan time tu. Kaki bagai tak terasa memijak lantai… berbual dan terus berbual. Bila diri berkata esok (9.7.07) akan bermula semester, terus kak ct kata.. " Good luck and all the best. Buat yang terbaik tau…” ku tersenyum… tetiba… “eh?? Lepas ni taklehla join aktiviti (ctrace) macam ni lagi…” ketawa kak ct. “Eh… boleh kak ct… zaff selinap. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan…” jawab zaff ala gaya seorang guru. “Bijak…bijak… budak ni” balas kak siti. Segalanya bagai penuh dengan usikan nakal dan tawa keriangan, tanpa sedar sampai juga di tempat parkir kereta. Dah menanti, Mercedes dato’ CT….sedih dan berat hati, pertemuan indah akhirnya berakhir. Seperti kelaziman, kak ct tak pernah lupa “Sampaikan salam pada semua ya??” pesan kak ct. “ We all always love you kak ct…..” laungan terakhir kami…. “Love you all too.” Balas kak ct dari dalam kereta sekali dengan pakej flying kiss tu… Terus melambai tangan hingga Mercedes hilang dari pandangan…. dan bibir terukir senyuman.....=)
No comments:
Post a Comment