Oda dibumi Anbia- Dato' CT.
Izinkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?
Penganiayaan datu bangsa terhadap
Satu bangsa yang lain
Begitulah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan !!
Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya Rebah dihinggap peluru yang tak bermata
Berkawat lasykar angkuh
Di balik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun dihatinya
Dunia bagai pejamkan mata serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa sedangkan mungkar beraja... oh (oh mengapa?... ohhh)
Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin, Namlus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari Lasykar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya
Kanak-kanak atau orang tua Tidak mengapa
Pada mereka sama sahaja!
Mengalir darah merah
Di atas bumi suci Anbia
Laungan Intifada...
Bergema membakar semangat perjuangannya
Sampai bila...?
Sampai bilakah penindasan dan Kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
Terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?
Aku sendiri menanti jawapnya...

LET US ALL STAND UP TOGETHER, BOYCOTT ALL THE ZIONIST PRODUCTS. SUPPORT OUR VERY OWN MALAYSIAN PRODUCT.
No comments:
Post a Comment