Monday, June 01, 2009

Menyingkap sebuah kisah, menjadi sebuah sejarah

Lagi kisah dia? Balik-balik menulis tentang dia. Mungkin ada yang rasa kurang selesa dan menyampah juga. Buat apa nak peduli apa orang kata jika ini yang membuat diri kita gembira. Setiap cerita pasti ada mula. Dan bagaimana pula kisah ini bermula? Kisah aku dan dia serta mereka disekelilingnya.
Perjalanan bergelar seorang peminat Siti Nurhaliza seawal pembabitan dia lagi dan dikira-kira dah pun berusia 14 tahun lamanya. Namun, aku mungkin diantara peminat yang paling bertuah sekali kerana diberi kesempatan untuk mendekati.

While waiting for my tertiary education offers, basically after SPM (2003), I did a part-time job as a temporary Krista kindergarten teacher at Damai Budi, Alam Damai, Cheras. Lepas 2 minggu kerja kat situ, baru aku tahu yang berhadapan dengan tadika tu adalah rumah Siti. Dan orang pertama yang aku temui dan berkenalan adalah Kak Siti Norsaida bila dia aku menguruskan pendaftaran kemasukan sekaligus cikgu kepada anak
kedua beliau ketika itu, Anas. Memang tak sangka kan?
Catatan manis terus dilakar bila hujung tahun yang sama bertemu secara tidak sengaja dengan Siti Nurhaliza sendiri di pasar malam berdekatan kejiranan kami ketika itu. Memang kelakar kerana itulah satu-satunya pertemuan yang tak dirancang dan diduga. Pertemuan sekejap tanpa camera mahupun pen dan kertas untuk catatan kenangan menjadi titik mula bila hingga kini bagai susahnya nak berhenti dari mengejarnya lagi. Siti…situ…sana…sini…Thanks Kak Siti untuk semuanya….
Orang yang ketiga aku berkenalan ialah Kak Jue. Mana bleh lupa bila minta kak jue reserved kan sekeping CD royal albert hall concert dan minta kak CT sign siap bernama. Pertemuan diatur CD diambil didepan rumah. Thanks Kak Jue untuk semuanya….
Dan pada 15 Julai 2005, teruja dan tak sangka bila dapat emel dari yang satu ni. Memang kenal akan dia ni, tapi bila dengar macam-macam cerita, rasa takut untuk mendekati. Namun bila artikel tulisannya keluar di InTrend, bagai membuang semua persepsi. Dialah Kak Zie. Hmm… Thanks Kak Zie untuk semuanya.

10 comments:

peridot sepi said...

best nya... diberi kesempatan dan peluang untuk mengenali dan dikenali..
kim salam kat diaorang eak...
aku hanya dapat memandang dari jauh...

ZZ said...

peridot sepi....
tu lah... tak sangka... tapi kalau kiter tak cuba dan usaha... impian takkan menjadi dengan sendiri kan? jom la peridot join sekali...

Azwan Hashim said...

tahniah zaff, anda bertuah! hehe.. =)

semoga tuah dan rezeki akan sentiasa bersama kita utk bersama Kak Siti selalu..

Mengenali KZ juga sesuatu yg best dan seronok sekali.

Tanpa Kak Siti, mungkin kita sesama SZ x kenal kn..huhu =)

p/s = entry tentang Kak Siti memang selalu dinanti2 kn..hehe :P

SNHazlina said...

oit...konon duk umah x leh blogging..ni lg aktif drp eden ni haa..ape citer??
cuti skolah balik kmpg ek???

idasm said...

zaff.. elok aje update blog ni.. siap ngan pix semua... dh set streamyx kat umah ke.. hehe..
zaff antara sejuta yg bertuah!!!!

haziq-amsyar said...
This comment has been removed by the author.
haziq-amsyar said...

wah!! bertuahnya akak zaff sebab dikenali & disayangi oleh "sidia" & orang2 disekeliling "sidia".. hehe... Bestnye!!!

ZZ said...

lina... ha'ah balik kampung this weekend... bosan siut dok kat umah... malam2 menulis... 2 hari sekali gi CC paste kat blog.... hehe...

Kak ida: saya gi CC ni... tu yang bleh upload pictures...hehehe...

haziq-amsyar: korang lagi bertuah... kecik2 dah mak iti dokong korang... iskh3...

SNHazlina said...

cik zaff..nape 2 entry ni bergabung cmni? ke sy yg silap tgk nih??

haziq-amsyar said...

mama: zaff, knurul masih lagi tak boleh view entry blk kg tu.. huhu..