Friday, July 10, 2009

Prasasti Seni… Transkripsi… dan Hadiah Daripada Hati….

Saki baki cuti dihabiskan dengan apresiasi lagu-lagu Siti. Hehehe… dah dekat setahun ku menggunkan laptop Compaq ni setelah laptop Acer ku ‘meletop’…. Dan baru kini ku masukkan lagu2 Siti dari album2 terdahulu. Dah bosan asyik dengar lagu-lagu era masa kini… hehehe…

Prasasti Seni… Album pertama Siti yang ku beli versi CD. Mahal tau.. RM45.00 masa mula-mula keluar dan aku beli ni kat Mydin Kotaraya. Dah bertahun tak kesana sejak ‘braces’ dah ditanggalkan bila temujanji dengan pakar orthodontic di Cahaya Suria dah tamat. Prasasti Seni memang best… lebih-lebih lagi ada disertakan sekali 1 VCD bentuk love in which CT bercerita mengenai album. Best sesangat….. lebih menghargai album yang satu ni bila mendengar dengan teliti. Amat menyukai KM, S, IC dan PM.

Transkripsi dan Prasasti Seni punyer sedikit persamaan bila mana disertakan juga kata-kata bukan nyanyian semata. Jika Prasasti Seni lebih puitis dengan kata-kata, Transkripsi pula ada cerita dan tawa. Transkripsi sarat dan padat dengan emosi dan lontaran vocal yang hebat. Tapi mungkin ku dah selalu sangat dengar 3 track yang pertama 4S, BR, DC jadi bosan pula. Lebih menggemari dan larut dalam emosi CUM, BHM, RKS, IC dan B.

Hadiah Daripada Hati… album pop yang tekini. Ramai yang berkata, lagu-lagu dalam HDH adalah ‘lebihan’ dari Transkripsi. Mungkin ada benarnya juga bila kedua-dua album ini kedengaran serupa. Tapi itu tak bermakna ia tak berkualiti malah punya beza dari Transkripsi… lagu KM, MC, SL, dan S menyerlah dengan arrangement yang lebih segar dan tak jemu didengar.

Untuk rumusannya, walau ape pun genre lagu, walau siapa pun pencipta dan penulis liriknya, sekiranya pelontar vokal itu ialah DCT…. Aku pasti menggemarinya… hehehe…=)
p/s: Jika peminat anda CT yang tegar, sila selesaikan acronym nama-nama lagu diatas. Hahaha….

No comments: