Selamat Hari Lahir Kok Jue!!!
Happy Besday Sutang!!! hehehehe..... =)
Moga dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan dan bahagia dunia dan akhirat.... Amin....
pssstt... Bila kok jue nak belanja 'nasi minyak' ni?? hehehe....=)
As always being predicted, the news on the abolishment of PPSMI was not a shock. But the shocking thing was…Why suddenly there are reports on bad student’s achievements in math and science? All this while, whenever the UPSR, PMR and SPM results came out, everything was good and the students were performing very well with the new policy. But now? Were all the reports previously done just to deceive our people?
I do have a very firm believe that teaching Maths and Science in English was not the medium to enhance our quality of English. Maths and Science are content subjects, it is difficult to attract and gain the student’s interest to the subjects as the ‘language’ may scare and hinder them from liking these two critical subjects. So, to all teachers and trainee teachers (especially those who have already devoted and going to devote their 6 years of studies for PPSMI) do accept this with open hearts. (Apela aku nak buat dengan buku2 yang melambak tu… aduhai… rugi2…)
Besides that, English teachers have to double up their teaching time and prepare tons of lesson plans. (nanti sure sampai dah takde idea nak ajo topic ape) This will not inclusive extra-curricular activities. (Banyak keje siut!!) And the best thing is.. no more 5% allowance for teaching Maths and Science. (Economy tengah down… kerajaan kene jimat. Kene faham ya para guru semua??)
“Untuk mengatasi kelemahan pelajar2 dalam Bahasa Inggeris, kita akan menempatkan 14,000 bakal guru ni diluar bandar.”- MoE. Giler berderau mendengar kenyataan ni dan aku masih tak bersedia untuk menghadapi kemungkinan buruk ni. Hantarlah aku ke ceruk mana pun, even ke kampung orang asli sekalipun…. Tapi HANYA DI SELANGOR!!!!!!!!!!!!!!!!! Huuuuwwwaaaaaaaa…………………
1 Julai. (rabu) Hmm… takde ape yang menarik hari ni. Yang menarik ialah membaca newspapers reviews on SATU. Kesemuanya bagi review yang amat memberansangkan, lebih-lebih lagi Utusan. Hehehe… Hari ni yang tak bestnyer plak, dapat ulser. Alaaa… nak makan manggis….nanti habis. Huhuhu…. Ku ni amat jarang kene ulser, bila sekali-sekala kene ulser ni lidah dok ‘main’ dengan ulser. Hahaha… buruk sungguh perangai.
2 Julai (Khamis) Fuh… hujan pagi. Besstnyeer… Sejuuk jer.. lebih-lebih lagi untuk sebuah villa diatas bukit yang dikelilingi alam semulajadi. Hehehe…. Tapi kene bangun pagi coz nak kene hantar Ibu gi ofis. Balik rumah balik, basuh baju. Haaa.. while waiting for the washing machine to do its job…. Ku bleh tetido dan tido tu plak best jek mimpi…. Mimpi main badminton dengan Kak CT dan Akk PA!! hahaha… Mungkin ku memang nak join sangat jemputan main badminton kat Alam Damai Sports Centre Sabtu ni.
Bila dah tersedar dekat Jam 12 tgh hari, kelam kabut gi sidai baju. Hehehe… hari ni semua pun berpuasa sunat Khamis dan Rejab, jadi takyah prepare lunch. Tapi entah kenapa lepas zohor jek, tetiba teringin yang amat sangat nak makan sambal tumis ikan bilis. Tak kisahla ulser ni, nak juga makan sambal tumis bilis. Dengan kepakaran, ku pun masakla sambal tumis bilis special ni. Special tau coz pakai gula melaka. Superb!!!
Dah dekat waktu berbuka, ku dan Angah ke Tesco pergi amik KFC. Ain, adik ke-3 ku tu menang esei wrtitng anjuran KFC, dan dapat coupon 1 bucket of KFC. Makanya, kami sekeluarga berbuka dengan nasi, sambal tumis dan KFC. Ape punyer combination of menu la tu….hahaha….
3 Julai (Jumaat) Kene ikut Ibu pegi opis lagi?? Ni sebab gara-gara nak kene jumpa tailor, tempah kebaya plak. Dah settle, balik rumah dan bereskan kerja-kerja rumah. Aduh… tensionnyer…nak masak aper malam ni??? Dah kekeringan idea dah….. Ulser plak ni makin pedih… lagilaaa tension….iskh3…
Yieehaaa… setiap hari Jumaat adalah hari yang dinantikan. Cerita NurKasih TV3 jam 9.00pm memang amat-amat ditunggu oleh seisi keluarga. Memang best giler drama ni. Untuk minggu ni, Kak Nurul tak dapat tengok… ada kenduri dirumah mertuanya, maka kenelah jadi menantu contoh. Tak gitu kak Nurul?? Hehehe….. untuk episode kali ni, kesian si Nur tu, digantung tak bertali, memendam pedih dihati, membawa haluan sendiri, sambung belajar di university dan terpaksa bohong keluarga sendiri. Adam yang hampeh lagi keras hati masih tetap dengan keputusan untuk ke Australia dan kembali dengan cara hidup lamanya.
Secara peribadi, untuk peminat dan pembaca setia novel melayu, jalan ceritanyer macam klise… Have I read this somewhere?? Hmm.. tapi itulah, still nak tengok dan taknak miss cerita ni. Boleh menang drama bersiri terbaik tahun 2009 dengan senimatografi yang amat cantik.
Alalala...comeynyer dia....Ni put'a masa baby..... Sekarang dah darjah 3 dah....Mungkin ada baiknya perjalanan diawal sedikit perlahan kerana penonton ‘dikejutkan’ dengan props yang mega dan aksi ala-ala Broadway Dato’Siti. Dengan busana cantik gabungan hitam dan putih, Dato’ Siti sememangya mempunyai stamina yang tinggi untuk segmen Pop Rock ini. Pengguanan teknologi pentas yang canggih dan penguasaan pentas yang maksimum amat mengagumkan. Keberanian Dato’Siti tika meniti tangga-tangga yang tinggi untuk Siti, Situ, Sana, Sini membuat penonton tidak berkelip. Mengekalkan props yang serupa, Destinasi Cinta terus membuat penonton bersorak dengan kelincahanSiti menari ala-ala tentera. Sungguh mengagumkan!!!
Bagai tiada penat dan terus bersemangat, Siti terus mengalunkan Kurniaan Dalam Samaran didalam busana Jepun yang tampak sangat indah. Elemen dramatik yang diilhamkan oleh penghibur muda itu sendiri mampu memukau setiap penonton dimana penggunaan kain yang panjang melatari persembahan. Memang hebat!
Tibalah di segmen yang terakhir dimana Siti tampil dengan busana peach. Bagai menghargai sokongan dan ‘cinta’ peminat setianya, dua lagu terakhir yang bergema ialah DiTaman Teman dan Cahaya Cinta.
Dari padangan peribadi, konsert ini secara kesuluruhannya memang hebat dan belum ada mana-mana artis mahupun produksi tempatan yang mampu menghasilkan acara sehebat ini. Bagai menerbitkan sebuah perasaan yang membuak-buak untuk menonton konsert ini sekali lagi. Saya ingin menonton segmen pertama dan kedua sekali lagi kerana ingin mencari rasional dan kaitan lagu-lagu tersebut. Dan saya juga ingin menonton sekali lagi segmen lagu-lagu pop seperti Siti Situ Sana Sini dan Destinasi Cinta kerana saya masih belum PUAS menontonnya! SNP harus keluarkan DVD konsert ini secepat mungkin.
Corat-coret :
Isnin (22 June) – Pagi-pagi lagi ada ‘orang tu’ menganggu lenaku. (hahaha…) Hari ni dan hari-hari sebelumnyer lepas subuh memang aku akan sambung tido lagi. Hehehe… yerla, bangun awal-awal sangat takde mende nak buat. Ibu on duty siapkan breakfast bukannya ku taknak membantu, tapi aperla sangat buat breakfast tu. Hahaha… turn ku plak masuk dapur jam 8 pagi dan tugasku untuk mengemas segala sepah-sepah yang telah ditinggalkan oleh Ibu, Ayah, Ain dan Adik. Yerla… dorang nak gi kerja dan sekolah, abis tinggalkan dapur tunggang langgang. Takper, Along ada untuk mengemas. Dari jam 8 pagi sampai la jam 10 pagi, ku dapat beres bersihkan dapur basah, kemas dapur kering, sidai baju dan vacuum rumah. Lepas tu nak buat ape?
Selesai mencantikkan diri… lepak-lepak aje, dan aku sambung tonton CD3 konsert jelajah Fantasia tour. Malam tadi tak sempat bila dah dekat jam 1 pagi sempat hanya 2CD. Hmmm… konsert jelajah, sebuah sejarah dan ketika itu mengenalinya secara dekat belum lagi dapat. Aku menonton dengan penuh ketelitian, tak dapat lari dari membuat perbandingan. Itulah ‘dia’ 5 tahun sudah tapi sedikit pun ‘dia’ tak berubah yang berubah hanyalah lahiriah. Namun, ‘dia’ tetap ‘dia’, masih serupa dan sama. Dan sekali lagi aku beremosi dalam mencari erti…………
For lunch memang ku selalunya tak masak coz panaskan lauk malam tadi je. And hanya Angah je yang makan lunch pun. Me?? Hehe..ku tgh diet nasi dan hari ni pula saje puasa sunat Isnin. Dah lama tak puasa. Sedar tak sedar minggu depan dah pun Rejab rupanya.
Bila weekdays, lepas Zohor dah nak kene plan nak masak apa untuk dinner. If needed, kene call Ibu dulu mintak approval. Dan hari ni rasa macam nak masak tomyam. Dah lama tak masak menu ni. Mula-mula ku nak pegi Giant sorang2 beli barang dapur, tapi Angah plak nak keluar. Suruh dia jekla pegi beli barang. Lagipun list dan penerangan dah diberi, kalau salah entahlah….
Haa.. nak tulis tentang rancangan TV. (nak tiru Lina…Lina suka tulis TV programme dalam blog dia…hehehe) Dari Isnin - Jumaat kadang-kadang ku tengok cerita Upik Abu dan Laura tu. Tapi memang takkan missed tengok LALOLA. Best citer nih… pastu tengok plak e-toyol.com. Sebenarnye nak tengok FIDA jek, ceritanye tak best pun. Jadi sambil masak2 sambil tengok citer ni. Habis yang tu, tengok plak Aqso dan Madina kat TV9. Cerita ni pun dapat tengok sikit2 jek, ulang-alik dapur ke ruang TV. Jam 6.30ptg dah siap masak dinner…. Yang lain pun dah sampai rumah…
Bila malam pula tak menentu tengok TV. Ibu tak bagi tengok TV coz adik2 nak studi…maka layan CD kat laptop jek. (dahla takde Astro… iskh3…)